Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2kg tomato ranum
2 labu bawang putih | dikisar kasar
Daun thyme segar /kering secukupnya
Daun parsley segar/ kering secukupnya
Oregano segar/kering secukupnya
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Garam dan gula perang secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.
2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.
3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.
Ads
4. Kupas kulit tomato hingga habis.
5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.
Ads
6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.
7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.
8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.
9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
Ads
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.
12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.
INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Siapa saja tidak menggemari mi kari. Bila dihidangkan dengan kuah yang penuh dengan isi seperti ayam, udang , kerang dan sebagainya memanglah kenyang. Rezeki anak-anak, malam ini mama masakkan hidangan istimewa untuk sekeluarga nikmati.
Mi Kari Chinese Style Bahan-bahan: 1 bungkus mi – celur 2 biji bawang besar – kisar 3 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang merah – kisar 2 batang serai – diketuk 2 bungkus kecil serbuk kari daging(saya guna rempah cap O sedap. 1 mangkuk kecil cili kisar l/2 ekor ayam (potong kecil) 1 mangkuk besar santan segar Tauhu kering Fish cake / fish ball Hiasan Telur rebus Taugeh – celur Sawi – celur Sambal Limau nipis. Kacang panjang- celur
Sambal: 1.Segengam cili kering kemudian rebus sekejap, bila dah masak atau kembang, kisar bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, letak garam dan secubit gula.
Cara penyediaan kuah kari :- 1.Panaskan periuk, letakkan minyak dan goreng serai sebentar.Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan,masukkan rempah kari yang telah dicampur satu mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak. 2.Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak kemudian masukkan santan. (sukatan santan agak-agak jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair) kalau tadi letak santan pekat segar,lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping. 3.Biar kuah mendidih.Perasakan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kalau anda makan ajinomoto masukkan sekali.Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering.
Suka makan Kuetiau Kungfu? Lepas ni tak perlu lagi nikmati hidangan ini di kedai makan kerana anda boleh hasilkan sendiri sajian KuetiauKungfu yang sedap secara homemade. Cara pembuatannya pun sangat mudah dan menggunakan bahan yang ringkas. Nak buat? Resipi perkongsian saudari Nur Khalida Khalid ni antara yang terbaik. Selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU KUNGFU HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus kuetiau
3 biji telur
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3-4 ulas bawang putih – dicincang
Sos tiram secukupnya
1 kiub pati ayam
Sedikit garam dan lada sulah
Bancuhan tepung jagung secukupnya – untuk memekatkan kuah
Air secukupnya
BAHAN A:
Isi ayam – dihiris
Udang – dibersihkan
Sotong – dipotong kecil
BAHAN B:
Sayur Pakchoy secukupnya – dipotong
2-3 batang jagung muda – dihiris
Bunga kubis – dipotong kecil
Lobak merah – dipotong kecil
Tomato – dihiris
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang hingga wangi. 2. Masukkan sos tiram dan kiub pati ayam. Gaul rata. Tambahkan air ikut sebanyak mana yang dikehendaki. 3. Seterusnya masukkan isi ayam, lobak merah dan jagung muda. Masak seketika. 4. Kemudian masukkan udang, sotong, bunga kubis dan juga sayur pakchoy. Biarkan mendidih dan sayur separuh masak. 5. Masukkan bancuhan tepung jagung ikut kepekatan yang dikehendaki dan perasakan dengan garam serta lada sulah dengan secukupnya. Jika kuah sudah masin, abaikan penggunaan garam.
6. Untuk menyediakan kuetiau, pecahkan telur dan masukkan sedikit lada sulah. Pukul hingga sebati. 7. Gaul kuetiau bersama bancuhan telur tadi hingga rata.
8. Panaskan minyak sedikit banyak, kemudian goreng kuetiau seakan menggoreng telur dadar. Kuetiau yang garing membuatkan hidangan Kuetiau kungfu jadi lebih sedap.
Asam Laksa Cina, memang sedap dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Enak!
Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair.
Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
CARA MASAK ASAM LAKSA CINA YANG ENAK SEMPURNA
BAHAN-BAHAN KUAH:
3 liter air 1 kg ikan sardin/kembung/selayang 1 tin sardin Ayam Brand (425 gram )- kuah tak ambil – beli online disini 5 senduk cili kisar – beli online disini 3 sudu makan asam jawa – beli online disini 8 keping asam keping gred bagus (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping) – beli online disini 5 tangkai daun kesum 3 batang bunga kantan 2 tangkai daun pudina Gula melaka/gula merah hancur secukupnya – beli online disini Garam dan serbuk perasa P/S : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Empunya resipi tidak letak.
BAHAN KISAR:
100gm bawang merah besar India – beli online disini 25gm belacan – beli online disini 13 tangkai cili padi hijau 1 batang serai saiz sederhana 300gm nanas 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci lengkuas
ULAM ASAM LAKSA CINA (HIRIS):
Daun salad Bawang merah besar India Asam limau kasturi Telur rebus Timun Cili Padi Daun Pudina
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing. 3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang. 4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih. 5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah. 6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. 8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!