Ambil tepung jagung, tepung ang kwe dan masukkan cendol dan bahan-bahan lain, boleh dimasak lepat cendol. Resipi yang dikongsi oleh Wawa ni memang meletoplah sedapnya.
Dah masak, biarkan sejuk sikit dan masukkan dalam peti ais memang padulah bila lalu kat tekak. Berbalutkan daun pisang memang beraroma wangi lah jawabnya. Jom cuba…
LEPAT CENDOL
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung
1 cawan gula
2 sudu makan tepung ang kwe
5 cawan santan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 bungkus cendol * basuh dan tos
Daun pandan untuk membungkus * layukan atas api dahulu
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung jagung, gula, tepung ang kwe
2. Masukkan santan yang telah di tapis
3. Masukkan garam & daun pandan
4. Masak atas api yang sederhana perlahan. Sentiasa kacau.
5. Kacau sehingga adunan menjadi pekat & likat
Ads
6. Masukkan cendol & gaul
7. Sedia untuk dibungkus (Hati2 yea panas sangat.kalau ada sarung tangan boleh pakai. huhu)
*kalau buat banyak sebaiknya sorang sentiasa kacau atas api, sorang lagi bungkus…sebab nanti adunan capat berketul kalau xkacau.
Ads
Selamat mencuba
Facebook
https://www.facebook.com/sha.wawa.3
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bosan dengan menu yang sama atau mahukan kelainan. Boleh saja sediakan menu mi yang tidak membosan dan disukai sekeluarga. Hidangan mi kari ala nyonya yang pastinya tidak muak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Rempah ratus yang digunakan memberikan aroma yang menyelerakan. Dikongsikan resipi enak ini.
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
500gm ayam | potong kecil
1kg kerang | rebus dan ambil isi
300gm udang | rebus dan buang kulit
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai | hiris nipis
10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus | potong dua
2 tangkai sawi | potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi | potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Sesekali, selera kita pasti berubah-ubah kan? Asyik makan nasi, nak juga rasa makan pasta. Kali ini kami tampilkan resipi ringkas tapi bukan main sedap lagi iaitu Angel Hair Goreng Cili Padi. Kalau ikutkan, pasta memang tidak pedas. Tapi kita ubah sedikit untuk sesuaikan dengan cita rasa tempatan. Letak cili padilah baru syok!
ANGEL HAIR GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN
2 sudu makan minyak masak| untuk menumis
5 ulas bawang putih | cencang halus
10 tangkai cili padi | tumbuk kasar
300 gram daging | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 peket pasta angel hair | celur dan toskan
1 batang lobak merah | parut kasar
¼ biji kobis | hiris halus
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu teh serbuk lada hitam
Lada sulah secukup rasa
Cencangan daun bawang – hiasan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili padi.
2. Masukkan hirisan daging dan sos tiram. Goreng sehingga daging masak.
3. Masukkan pasta angel hair dan gaul sebati.
4. Masukkan lobak merah dan kobis. Kaup-balikkan semua bahan sehingga sebati.
5. Tambah MAGGI CUKUP RASA, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
6. Tabur cencangan daun bawang sebagai hiasan.
* Selepas menggunakan MAGGI CUKUP RASA, anda tak perlu masukkan garam kerana segalanya sudah cukup dalam setiap penggunaan serbuk MAGGI CUKUP RASA. Senang, kan?
Nak tengok video masak Angel Hair Cili Padi? Jom tengok di sini.