Resipi Cendawan Goreng Telur Masin yang bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya juga setanding kudapan premium di restoran! Cendawan tiram yang digoreng rangup, disalut pula dengan kuah lemak masin dari serbuk telur masin dan mentega – memang satu gabungan yang buatkan anda nak ulang lagi dan lagi. Tak sedar dah habis sepinggan. Jom cuba!
CENDAWAN GORENG TELUR MASIN
Bahan-bahan:
2 pek cendawan tiram
Tepung bestari
Air secukupnya
Bahan Salted Egg:
2 sudu mentega
5 ulas bawang putih | dicincang
3 tangkai daun kari
5 biji cili padi
3 sudu besar serbuk telur masin
Cara Memasak:
1. Di dalam mangkuk, gaulkan cendawan tiram bersama tepung Bestari. Tambahkan sedikit air dan gaul rata.
2. Kemudian, goreng cendawan di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
3. Di dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bawang putih. Kacau hingga naik bau.
4. Masukkan daun kari dan cili padi. Cili padi bertujuan untuk hilangkan rasa muak telur masin.
5. Masukkan serbuk telur masin dan gaul rata.
6. Masukkan cendawan goreng tadi dan gaul sebati.
7. Cendawan Goreng Telur Masin siap untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuah Lontong @ Kuah Lodeh pasangannya tentulah Sambal Bilis. Dimakan bersama nasi himpit, memang enak tak terkata. Menu ini sangat sesuai dinikmati di waktu pagi dan sinonim sebagai juadah pilihan di pagi raya. Bagi anda yang bercadang untuk masak Kuah Lontong dan Sambal Bilis, resipi perkongsian dari saudari Hajah Arani ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahannya.
1/4 biji kubis
1 batang lobak merah- potong panjang
9 tangkai kacang panjang
1 ikat suhun
1 keping fucuk – potong panjang
1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
1/2 biji kelapa parut
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering – beli online disini
1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
3.Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4. Masukkan serbuk kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur-sayuran, suhun dan tempe yang telah digoreng. Kacau guna api perlahan sahaja.
5. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap.
250gm ikan bilis – beli online disini
Minyak masak secukupnya
160gm cili kering – rebus dan kisar – beli online disini
1-2 keping gula melaka – beli online disini
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 keping asam gelugur atau secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis – beli online disini
Sedikit aji – jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland – hiris
1 kg bawang merah
15 ulas bawang putih – optional
1.Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul-betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi.
2.Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya berperisa dan sebati.
3. Masukkan asam keping dan daun pandan.
4. Masukkan juga cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat.
5. Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga betul-betul masak.
6. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi.
7. Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa.
8. Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa-apa rasa yang kurang. Sedia untuk dinikmati.
Nota:
Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap.
Selepas diangkat, bolehlah senduk keluar minyak yang berlebihan dalam sambal.
Sedapnya PetaiJeruk. Tidak dinafikan ulam kampung ni memang menjadi kegemaran ramai dan menambah selera makan. Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Jadi sempena musim petai ni apa kata anda cuba hasilkan sendiri Jeruk Petai untuk stok di rumah. Mudah je kalau ikut resipi perkongsian saudari ZiLa KJ ni. Pasti puas hati.
RESIPI PETAI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Basuh petai hingga bersih.
2. Didihkan air dalam periuk. Kemudian rebus petai tadi.
3. Bila warna kulit petai bertukar warna seperti dalam gambar, angkat dan toskan airnya.
4. Setelah petai sedikit suam, keluarkan isi dari kulit. Isi petai dimasukkan dalam bekas berisi air biasa.
5. Bila siap dikupas, basuh petai tadi bagi membuang lendir dan sisa kulit yang masih melekat. Tos guna penapis. 6. Biarkan petai dalam penapis semalaman. Ia bertujuan memastikan air rebusan betul-betul kering. Nanti bila dijeruk, petai masih rasa rangup. 7. Masukkan petai ke dalam balang bersih. Kemudian isi air masak hingga melebihi paras petai. 8. Letak garam kasar secukupnya di bahagian permukaan atas. Tak perlu gaul atau goncang kerana garam akan larut perlahan-lahan. Masukkan juga cili padi untuk rasa pedas (jika suka). Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari. 9. Cukup tempoh 3 hari, ambil sebiji petai dan rasa. Jika tidak masin, tambah sedikit lagi garam. 10. Selepas seminggu, petai jeruk sedia untuk dinikmati.
Masak Asam Rebus Batang Keladi memang sangat-sangat mudah. Tidak menggunakan banyak bahan malah rencahnya juga simple. Namun jika tidak berhati-hati, boleh gatal jari dibuatnya. Tidak kisahlah kan? Janji sedap dimakan. Jom masak resipi perkongsian saudari Nazuhaina Azu ni. Pasti puas hati. Selamat mencuba!
RESIPI ASAM REBUS BATANG KELADI SEDAP & TAK GATAL
BAHAN-BAHAN: Batang Keladi – kulitnya disiat dan dipotong. Kalau ada ubinya, ambil sekali 4 keping asam gelugor 2 batang serai – dititik 4 tangkai daun kesum Garam Gula Air secukupnya
BAHAN KISAR: 4 tangkai cili merah 8 tangkai cili api 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 genggam ikan bilis – beli online disini 1 inci kunyit hidup Sedikit belacan bakar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rebus batang keladi dan ubinya sehingga empuk.
2. Toskan.
3. Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk dikisar.
4. Bahan-bahan yang siap dikisar.
5. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, daun kesum dan serai ke dalam kuali atau periuk.Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
6. Masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi dan perasakan dengan garam dan gula denagn secukup rasa.Biarkan mereneh seketika.Tutup api.
Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan pati air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.