Ikan cencaru sumbat atau dipanggil juga ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah. Makan dengan nasi panas, memang dah tak payah lauk lain dah.
Sumbat inti penuh-penuh baru terlebih sedap ikan tuh. Kalau nak tahu ramuan kelapa parut dicampur serai , bawang dan daun kunyit memang mantaplah rasanya.
Jom semak resipi ikan cencaru sumbat kelapa yang gerenti enak ni dari Puan June Ahmad. Katanya, ” Dah sumbat inti penuh-penuh tak payah nak lilit benang berbagai, curah aje telor kat sepanjang inti, kat pipi ikan sekali. Bila goreng inti tak keluar.”
CENCARU SUMBAT KELAPA @ NYOK
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
4 ekor ikan | saiz sederhana besar
8 sudu besar kelapa parut putih -beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi.
.
4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.
7. Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.
Sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
Kesedapan bakso terletak pada kuah. Bagi menghasilkan kuah yang sedap, bahan-bahannya perlu ditumis. Boleh belajar buat kuah bakso dari perkongsian Awwabin. Menurutnya Awwabin, dia belajar buat bakso dari tukang masak (orang Indonesia) dan telah beberapa kali membuatnya. Hidangan ini cukup untuk satu plastik bihun, atau sekilo mi. Makan panas-panas untuk hidangan makan malam, memang padu.
Kuah Bakso
Bahan A
3 labu bawang putih(kisar)-BELI ONLINE DI SINI
Halia(kisar)-BELI ONLINE DI SINI
3 bungkus sup bunjut
(Tumis semua bahan A)
Bahan B
Lada hitam
(Tumbuk,masukkan dalam kuah)
Bahan C
Bebola daging Ramly.(saya potong dua,sebab nak bagi nampak banyak)
Daging(tak nak letak pun tak apa)
Kaki, leher,kepak ayam
(Rebus semua bahan c)
Sambal Kicap
Cili merah
2 ulas bawang putih
Bawang goreng
Kicap
2 sudu teh cuka
Gula dan garam secukup rasa
Tambah air sikit
(Semua kisar)
Cara memasak:
1.Rebus semua bahan C sehingga empuk.
2.Sementara menunggu rebusan empuk, tumis semua bahan A sehingga kekuningan.
3.Kemudian masukkan bahan A yang ditumis ke dalam air rebusan.
4.Akhir sekali masukkan bahan B.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kredit : Awwabin Ismi
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DI SINI.
Masakan Filipina agak ringkas namun ia banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya seperti Malaysia dan Indonesia. Antara menu yang terkenal adalah Ayam Adoba rasanya lebih kurang Ayam Kicap di Malaysia dan Indonesia, sementara Ayam Pocherol seperti Ayam Stew. Teringin nak rasa? Jom cuba!
1. ADOBA CHICKEN ( AYAM KICAP FILIPINA)
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana, cuci dan tos
1 biji bawang Holland
3cm halia muda | hiris memanjang
2 biji kentang | belah empat
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
Air sesucupnya
4 helai daun salam
Garam, gula dan perasa secukupnya
2 sudu makan minyak masak
BAHAN PERAPAN :
4 sudu makan kicap
2 sudu makan cuka makan
4 ulas bawang putih | cincang halus
4 helai daun salam
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 biji kentang | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK :
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, dan perap sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland bersama halia dan daun salam hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
Tambah air, tutup periuk dan biar ayam dan kentang empuk.
Baru masukkan kicap pekat dan kicap pekat manis dan sos tiram.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ayam Adoba ini lebih kurang masak kicap tetapi ia tidak menggunakan serai atau cili padi. Jika ingin pedas boleh tambah cili.
2. TORTANG TALONG (TERUNG DADAR FILIPINA)
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Terung dibelah dua tetapi tidak putus, kemudian bakar hingga lembut.
Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.
Kacau rata. Ketepikan.
Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
Tuanagkan lebihan telur di atas terus tadi.
Goreng hingga masak.
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.
3. SINIGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan kembung | bersihkan dan tos
1liter air basuhan beras yang kedua
1 biji lemon | ambil jusnya sahaja
1 biji bawang besar | belah empat
2 ulas bawang putih | titik
4cm halia | titik
1/2 biji mangga muda | potong dadu
1 potong timun siam | potong dadu
Sedikit hirisan bunga kubis
10 biji cili padi merah dan hijau
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam periuk bersama air, hirisana bawang besar, halia. Renehkan hingga mengelegak.
Masukkan hirisan mangga, timun cina, bunga kubis dan hirisan cili.
Selepas dua atau tiga minit perasakan dengan jus lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
Biarkan mereneh seketika, dan setelah cukup rasa, tutup api.
Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Masakan ini hampir sama dengan singgang ikan di Malaysia, cuma rasanya lebih pedas dan banyak campuran sayurnya.
4. BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | potong kiub
1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
1 biji kentang | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
3 ulas bawang putih | cincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh empingan cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.
Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang puting hingga wangi.
Masukkan daging, kacau hingga dahing berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.
5. FILIPINO PICADILLO
BAHAN-BAHAN:
300gm daging cincang
1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
1/2 batang lobak merah | potong dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
5 biji cili padi | hiris halus
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap masin
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan hirisan bawang Holland, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging berubah warna.
Masukkan kentang dan lobak merah, kacau lagi.
Perasakan dengan sos tomato, kicap masin, serbuk lada hitam, garam dan gula secukupnya.