Masakan ni simple je nak buat dia, tapi kalau dapat makan memang sedap sehingga menjilat jari. Lebih-lebih lagi bila makan dengan keluarga, mesti anak-anak suka.
Menerusi perkongsian daripada Che Nolly, tidak perlu ambil masa lama untuk menyediakan menu ini. Jom kita cuba.
RESIPI SAYUR TAUGE HIJAU
BAHAN-BAHAN:
Tauge hijau/tau miu /pea sprout Tofu telur/Japanese Tofu |dipotong bulat Sedikit tepung bestari – beli online di sini 2 ekor sotong | dipotong 3 cendawan shitake | dipotong nipis – beli online di sini 1 sudu sos tiram – beli online di sini Sedikit secukup rasa Maggi Sedikit minyak masak untuk goreng & menumis
1. Gaul japanese tofu bersama sedikit tepung bestari. Kemudian, digoreng garing. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk kasar. Tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan sos tiram dan serbuk secukup rasa Maggi. Kacau rata. Kemudian, masukkan sotong dan kacau rata. 4. Masukkan cendawan shitake yang telah direndam dan dipotong nipis. Gaul sebati. 5. Kemudian masukkan sedikit air supaya bahan tumis tidak kering dan hangit. 6. Masukkan tauge hijau/tau miu/pea sprout. Gaul kesemua bahan sehingga sebati. 7. Akhir sekali, masukkan japanese tofu. Gaul rata. Siap sudah menu sayur tauge hijau tumis bersama japanese taufu.
Hidangan menu Paprik memang sedap. Tidak kiralah jika ianya menggunakan ayam, daging, makanan laut atau belut, semuanya memang enak. Kuah berperisa yang separa pekat dan dicampur dengan pelbagai jenis sayuran ternyata digemari ramai. Nak cuba masak menu sedap ni hari ni? Resipi Ayam Paprik Thai perkongsian saudari HasnieZa Nor antara yang mudah dicuba. Jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI AYAM PAPRIK THAI
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong kecil
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 inci halia – tumbuk
1-2 batang serai -ketuk
4-5 helai daun limau purut
3 biji cili merah – tumbuk
Hirisan lobak merah secukupnya
Bunga kubis secukupnya
Kacang panjang secukupnya
Hirisan timun secukupnya – buang empulur
Ketiak jagung @ baby corn secukupnya – hiris
1 sudu makan cili kering kisar
Sos cili thai secukupnya
Sos tiram secukupnya
Pes tomyam secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu makan tepung jagung
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili merah dan sedikit hirisan bawang besar hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kering kisar, sedikit pes tomyam, daun limau purut dan serai. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos cili thai dan sos tiram secukupnya.
4. Tambahkan ayam yang dipotong kecil. Jika mahukan paprik yang berkuah seperti dalam gambar diatas, masukkan sedikit air. Kacau rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
5. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Boleh abaikan jika tiada.
6. Seterusnya masukkan semua hirisan sayur. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
7. Sayur tidak perlu dimasak lama kerana jika lembik dan layu, rasa paprik jadi kurang enak.
Ni dia lauk pauk kampung yang mampu mengembalikan nostalgia masakan oleh bonda tercinta di desa. Resipi ever green ni memang mudah dimasak dan menjadi sajian warisan yang rasanya terpahat di ingatan.
Jom masak sendiri lauk pauk ni mudah aje dan boleh diwariskan pada anak-anak nanti.
1. PUCUK PAKU TUMIS CILI DENGAN DAGING
.
BAHAN-BAHAN:
Secekak besar pucuk paku | ambil pucuk dan daun & pucuk muda sahaja
100gm hirisan daging
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
4 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan pucuk paku yang telah dicuci bersih.
Kacau rata hingga pucuk paku layu.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan air asam jawa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan pucuk paku sedia dihidangkan.
2. KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
500ml air rebusan tulang
250ml santan
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sebuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulasa bawang putih
4cm halia muda
3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
3. KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
10 biji cili padi hijau | hiris halus
2 biji cili merah hiris
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
4. KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
.
BAHAN-BAHAN:
500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
15 biji cili padi | hriis
15 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan tauchu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata hingga air kupang kering.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.
5. GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
.
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
2 biji terung bulat | belah empat
500ml santan kelapa
2 keping asam gelugor
2 sudu makan rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
4 biji bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan rempah campur
1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
INGIN MENUMIS DAN MENGGORENG MAKANAN DENGAN AIR FRYER, LAYARINYA DI SINI.
Sate adalah antara makanan yang menjadi kegemaran ramai dan resipinya ada pelbagai versi. Bagi anda yang nak cuba buat sateyang sedap dan mudah, resipi perkongsian saudari Zahiza Asfar ni boleh dicuba. Menurut beliau, ini adalah resipi sate ayam viral yang beliau hasilkan setiap hari untuk jualan. Pasti sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SATE AYAM VIRAL
BAHAN-BAHAN:
2 kg isi ayam – dipotong
1/2 kg gula
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
4 batang serai
5 inci halia / lengkuas
2 sudu makan serbuk jintan manis
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Basuh isi ayam hingga bersih. Toskan.
Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas hingga halus.
Masukkan isi ayam ke dalam bekas. Tambahkan gula, bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Perap seketika isi ayam dan kemudian cucuk menggunakan lidi. Saiznya ikut selera.
Bakar sate hingga masak dan nikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!