Bila tiba hari raya, pelbagai juadah yang enak dan membuka selera ada disediakan bagi menyambutnya. Antara hidangan yang wajib ada ialah aneka rendang, kuah kacang, laksa dan sebagainya.
Untuk menghasilkan hidangan-hidangan ni, antara herba yang wajib ada ialah daun kunyit, daun kesum, daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tapi bila nak raya, bahan-bahan ni memang susah nak dapat stok dari pasar. Malah harganya juga mahal dari biasa terutamanya bagi daun kunyit dan bunga kantan.
Jangan risau kerana anda dah boleh beli herba-herba yang diperlukan dan simpan guna petua di bawah ni. Hasilnya herba-herba ini kekal segar lebih lama.
Petua yang anda boleh amalkan adalah:
Ads
1. DAUN KUNYIT, KESUM & LIMAU PURUT
Bersihkan daun kemudian keringkan menggunakan tisu hingga kering.
Simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk beku.
Ads
2. SERAI
Basuh serai bagi menghilangkan pasir dan kotoran.
Lap hingga kering dan bungkus menggunakan kertas.
Simpan di ruangan sejuk beku dan keluarkan bila ingin menggunakannya.
Ads
3. BUNGA KANTAN
Lap bunga kantan menggunakan tisu bagi hilangkan kotoran.
Bungkus menggunakan kertas dengan kemas.
Masukkan dalam plastik dan simpan di ruang sejuk beku.
Bila hendak digunakan, keluarkan, basuh bersih dan masukkan ke dalam masakan.
Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekarang ini makanan frozen sangat membantu memudahkan kerja penyediaan makanan, sebab itulah ia sangat popular di kalangan mak-mak bekerja dan sibuk. Malah boleh dikatakan kebanyakan peti sejuk setiap keluarga sekarang ada menyimpan makanan frozen. Dalam pada memudahkan kerja memasak, ramai juga yang risau dengan mitos-mitos yang tersebar, mengatakan pengambilan secara rutin makanan frozen tidak baik untuk kesihatan.
Berikut lima mitos yang mungkin korang selalu dengar mengenai makanan frozen, kalau nak tahu sejauh mana kebenarannya boleh baca info berikut:-
Makanan Frozen Kurang Sihat Berbanding Yang Segar
Ini mitos yang paling kerap didengari, sedangkan ini sebenarnya tidak betul. Yang sebenarnya, proses pembekuan makanan menjadikan nutrisi dan zat di dalamnya lebih baik terpelihara berbanding makanan yang segar. Hakikatnya, makanan tidak difrozenkan pun boleh hilang kandungan nutrisi melalu proses memasask juga mudah tercemar.
Makanan Frozen Tinggi Kandungan Garam
Dengan penambahan garam boleh menyebabkan kadar natrium atau sodium tinggi. Namun bukan semua makann sejuk beku mengandungi garam, Oleh boleh je kalau korang makanan makanan frozen.
Makana Frozen Boleh Dicairkan Hanya Dengan Siram Air Panas.
Biasanya yang menggunakan cara ini adalah mereka yang kurang sabar, padahal air panas boleh menyebabkan makanan frozen tidak masak sekata atau sempurna. Oleh itu, lebih baik cairkankan makanan frozen dengan memindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk semalaman sebelum makanan itu dimasak.
Maknan Frozen Perlu Segera Dimasukkan Semula Dalam Freezer.
Makanan frozen yang dibeli dari pasaraya sebaik tak perlu segera dimasukkan dalam freezer. Kenapa? Ini jawapannya. Plastik pembungkus makanan frozen yang tersedia di pasaraya umumnya masih ada udara yang boleh mengurangkan kualiti makanan tersebut bila disimpan. Dari terus menyimpannya dalam freezer, buang saja plastiknya dan masukkan dalam bekas kerdap udara yang lain, kemudian baru masukkan dalam freezer, ia lebih selamat.
Makanan Frozen Ada Tarikh Luput
Selagi tak digunakan dan disimpan dalam freezer, makan frozen masih boleh digunakan walaupun telah melepasi tarikh luputnya. Alasannya, kandungan bakteria tidak membiak jika tidak dikeluarkan dari freezer dan kandungan makanan tetap sama dan masih boleh digunakan tanpa was-was.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasa sayang nak buang lebihan kuah rendang ayam atau daging, sambal ikan atau telur . Jadi korang hanya perlu kreatif sedikit cipta menu baru supaya lebihan kuah dan sambal ini boleh dimanfaatkan. Secara tidak langsung, ia menggelakkan pembaziran dan menjimatkan masa memasak di dapur. Berikut cadangannya:-
Kuah Rendang
Lebihan kuah rendang ayam atau daging, anda boleh jadikan pes untuk nasi goreng. Anda hanya perlu tumiskan semula kuah ini dan masukkan nasi di dalamnya, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Boleh juga tambah sedikit sayur dan hirisan cili jika suka. Atau kuah rendang juga sedap dimasukkan dalam telur goreng hancur, ia menjadikan telur yang digoreng lebih sedap.
Sambal Merah
Kalau masak sambal ikan, tapi ikannya sudah habis tapi sambal masih ada, jangan buang ye.Anda boleh olah sedikit untuk buat telur goreng atau rebus dengan citarasa tiga rasa. Apa perlu anda lakukan, panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dengan serai titik, tomato yang dipotong dadu dan hirisan daun limau purut. Kemudian tambahkan dengan lebihan kuah sambal tadi serta sedikit sos cili dan plum, gaul rata dan masukkan telur yang siap di goreng atau rebus. Jika kurang masin boleh tambah secubit garam. Maka jadilah menu baru Telur Berlada Tiga Rasa.
Kuah Kari Daging /Ayam
Sayang kalau anda buang lebihan kuah kari daging atau ayam. Sebenarnya anda boleh gunakan kuah ini untuk campuran dalam penyediaan inti kentang karipap. Caranya mudah saja, anda hanya perlu sediakan kentang yang dipotong dadu kecil, sedikit bawang besar cincang, bawang putih cincang halus dan daun kari. Kemudian tumis, bawang besar dan putih serta daun kari hingga wangi. Masukkan kentang dan kacau rata, diikuti dengan kuah kari tadi. Kacau rata hingga kentang empuk dan kuah kering. Tambahkan perasa seperti garam dan gula jika perlu. Tak perlu tambah ayam atau daging lagi, sebab kuah tadi sudah ada rasa ayam atau daging.
Sambal Hijau
Ikan Sambal Hijau, ikan sudah habis, tapi lebihan sambalnya masih ada. Jangan buang, jadikan ia Tukar je dengan udang. . Anda hanya perlu goreng udang, kemudian tumiskan hirisan bawang besar dan sedikit kacang pis. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang tadi hingga wangi kemudian masukkan udang goreng dan kacang pis dan lebihan sambal hijau tadi, kacau rata supaya sebati, jika kurang rasa tambahkan perasa dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali tutup dan hidangkan.
Kuah Pecal
Jika sayur-sayuran untuk pecal sudah habis tapi kuahnya masih berbaki, jangan buang. Anda boleh gunakan untuk jadikan sambal pencicah cucur udang dan cucur sayur. Caranya Anda hanya perlukan sedikit bawang merah dan putih yang di kisar, kemudian tumis hingga wangi. Kemudian masukkan kuah kacang tadi dan tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kuah Spageti Balognes
Percaya atau tidak lebihan kuah balognes boleh digunakan sebagai perencah untuk Nasi Tomato. Anda yang perlu tambah satu atau dua biji tomato cincang, sedikit bawang Holland, halia dan mentega. Caranya mudah sahaja, panaskan mentega dan tumis bawang Holland dan halia. Kemudian masukkan lebihan kuah balognes, kacau rata dan masukkan beras yang telah direndam, seterusnya tambahkan air, tomato cincang serta garam secukupnya. Biarkana nasi masak seperti biasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau suka makan jagung, ada baiknya kita tanam sendiri di rumah. Supaya dapat hasil jagung yang penuh dengan isi yang besar boleh gunakan cara yang dikongsi Farah Aisyah Ahmad.
Kaedah ini katanya digunakan untuk menanam jagung sebanyak lima kali dan ternyata semuanya mendapat hasil yang memuaskan hati.
Terlebih dahulu bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki.
Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam (biji benih jenama Grabbit).
1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari ke-10. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Buat pendebungaan manual, untuk dapat isi jagung penuh
Bila pokok jagung sudah berbunga, lakukan pendebungaan manual. Ia sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Caranya, secara ringkas ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan atau oles pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Untuk lebih faham bunga jantan dan bunga betina boleh lihat gambar rajah di bawah. Bunga jantan berada di atas manakala bunga betina bunga betina celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Nasi Kerabu Darat dengan rencah ikan panggang, kelapa goreng, budu dan ulam-ulaman segar. Resipi tradisional Pantai Timur yang mudah, ringkas dan cukup menyelerakan.