Sedapnya Ayam Goreng ala KFC ni. Kalau makan di restoran makanan segera, pasti mahal harganya. Kini anda boleh hasilkan menu yang seakan sama namun secara homemade. Lebih jimat dan puas makan. Guna 2 bahan je. Sesuai untuk ibu-ibu yang sukakan resipi yang simple dan cepat. Oh ya…Pasti ramai tertanya-tanya macam mana nak buat Ayam Goreng yang rangup dan berkerinting macam di restoran tu kan? Saudari Reha Rahma ada kongsikan petuanya. Selamat mencuba!
Jom tonton video MINIT EKSPRESS : Resipi PAD KRA PAO
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam. Gaulkan bersama serbuk kunyit.
Ads
2. Masukkan stok pati ayam. Sebatikan. Perasa ini sudah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan yang enak.
3. Perap ayam selama sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Empunya resipi biasanya perap semalaman di dalam peti.
4. Untuk bahan salutan, satukan tepung bistari dan tepung gandum.
5. Salut ayam perapan dengan tepung hingga rata.
Ads
6. Petua untuk dapatkan salutan ayam yang berkerinting adalah dengan mencelupkan ayam bersalut tepung ke dalam air rendam selama beberapa saat.
7. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak keriting pada tepungnya. Untuk hasilkan lebih banyak kerinting, boleh ulang langkah dengan rendam ayam sekali lagi ke dalam air dan salut dengan tepung macam proses awal tadi.
8. Goreng ayam dengan api sederhana sehingga garing dan kekuningan.
9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Ramai orang suka makan nasi minyak tiap kali kenduri. Mesti rindukan nak makan nasi minyak. Tapi dengan sekarang keadaan kes yan semakin meningkat, ada yang terpaksa ditangguhkan niatnya.
Yang teringin nak makan nasi minyak, bolehlah cuba resipi nasi minyak bersama daging masak hitam dan acar tumis yang dikongsikan Nurul Ateekah ini.
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 pot beras basmati 1 cawan susu cair 5 biji bawang merah | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 2cm halia | dihiris @ ditumbuk 1 batang serai | diketuk 1 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 batang kecil kayu manis 3 biji bunga cengkih 2-3 sudu besar minyak sapi Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit (hujung sudu) Garam & serbuk perasa (agak-agak)
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan (P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air). 2. Tumiskan bahan-bahan sehingga naik bau. Dalam gambar, yang warna putih tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing mengeluarkan minyaknya, lemak beku tu la. Macam minyak sapi tu)
6. Masukkan beras. Lubangkan 4 tempat dan masukkan pewarna kuning telur. Tunggu 10 minit, gambuskan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.
7. Bila nasi dah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar dan kismis (jika suka).
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging (direbus sehingga empuk) 4@5 sudu besar kacang peas dalam tin (jika suka) 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar kismis ½ botol kecil kicap manis (saya guna cap kipas udang) 1 batang serai | diketuk 2 batang daun kari 1 sudu besar air asam jawa 2 biji bawang besar | dihiris halus 2 sudu besar serbuk kari daging 1 sudu besar serbuk sup 1 batang kayu manis + 1 biji buah pelaga + 1biji bunga lawang + 2 biji bunga cengkih 3 sudu besar gula pasir @ gula melaka Garam & serbuk perasa Minyak masak (untuk menumis) 4 senduk air rebusan daging
5 batang batang serai 10 tangkai cili kering (boleh tambah jika suka pedas) Halia sebesar ibu jari 20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar 4 biji buah keras 10 biji bawang putih
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai, bawang yang dihiris, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis. Masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak dan masak. 3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk kari dan serbuk sup (masak seketika).
4. Masukkan 1 sudu besar air asam jawa, kicap manis dan air rebusan daging (4 senduk) dan masukkan sekali daging yang telah direbus. 5. Masukkan kismis, kacang peas dan masak sehingga agak sedikit kering (kalau suka berkuah pun tak apa) 6. Perasakan dengan gula melaka, gula putih, garam dan serbuk perasa (rasakan secukup rasa yang dimahukan). Siap.
ACAR TIMUN BERTUMIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun | dipotong 1 biji lobak merah | dipotong 15 biji bawang kecil 15 biji bawang putih 2 cm halia | dihiris halus 1 sudu besar biji sawi 3 sudu besar cili kisar 1 sudu besar rempah kari ikan 1 sudu besar gula melaka 1 sudu besar gula putih 2 sudu besar kismis 2 sudu besar cuka Garam (agak-agak) Serbuk perasa 1 tangkai daun kari 3 sudu besar minyak masak
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan biji sawi dan daun kari. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. 2. Masukkan serbuk kari dan masak seketika. Masukkan halia, bawang kecil dan bawang putih, masak sehingga lembut (guna api perlahan). 3. Apabila sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa dan kismis. 4. Masukkan lobak merah dan timun. Masak sehingga lembut.
P/S: sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam, ayam masak tomato, ayam masak merah, kari ayam, kari daging, masak kurma ayam, daging,kambing atau telur atau ikut yang disukai.
Cuaca panas begini sedap dapat makan pemanis mulut yang sejuk. Apa lagi yang mudah kalau bukan puding. Selain membuat puding biasa , ada pula jagung manis di dapur. Jomlah kita buat puding jagung. Ikut resipi yang dikongsi oleh Norfazida GdaPuding Jagung Filipina. Jika buat loyang kecil, setengah dari resipi
MAJA BLANCA (Puding Jagung Filipina) Bahan-bahan: 1 tin jagung manis/krim 1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1 tin susu pekat-BELI ONLINE DI SINI 1 1/2 cawan gula (saya kurangkan)- BELI ONLINE DI SINI 3 cawan santan 3 cawan air (1 cawan utk bancuh tepung) 200gm tepung jagung Secubit garam Keju blok/kacang tanah
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan kecuali air satu cawan, tepung jagung dan keju/kacang tanah. Masak sebentar hingga berwap. 2.Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan secawan air. Kacau dengan sekata tanpa henti hingga pekat berkilat dan meruap-ruap atau meletup-letup. Tutup api.
3.Tuangkan ke dalam loyang/acuan dengan cepat supaya puding terbentuk cantik. 4.Sejukkan baru disimpan ke dalam peti ais selama beberapa jam. Keluarkan dari peti ais, sagatkan keju blok untuk citarasa moden atau taburkan kacang tanah yang dikisar kasar untuk yang lebih tradisional di atas puding.
5.Bolehlah dipotong dan dihidangkan. Kredit: Norfazida Gda
Ramai beranggapan kalau buat mi rebus ni remeh dan banyak bahan campurannya. Kali ini RASA kongsikan satu resipi mi rebus yang ringkas, tak banyak bahan campuran tapi rasa memang sedap dan tidak mengecewakan anda dan keluarga. Apa kata korang cuba masaknya hujung minggu ini.
MI REBUS: BAHAN-BAHAN:
1paket mi kuning | celur dan tos
2keping tauhu | goreng dan hiris
2biji telur | rebus dan belah dua
1 keping dada ayam, goreng | carik-carikkannya
Sedikit hirisan daun bawang, cili hijau dan merah, bawang goreng dan hirisan limau kasturi BAHAN KUAH:
1sudu makan pes cili kering
2ulas bawang putih | kisar
3ulas bawang merah | kisar
2cm halia | kisar
2sudu makan udang kering | kisar asing
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung jagung
1 biji keledek oren + 1 biji kentang | rebus empuk & kisar halus
Rempah penumis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumis rempah menumis hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering.
2. Tumis hingga pecah minyak, masukkan serbuk kari dan udang kering kisar, kacau lagi seketika dan masukkan air (jika ada air rebusan daging).
3. Setelah mendidih campuran keledek dan ketang kisar. Kacau lagi tambahkan pula tepung jagung, renehkan atas api sederhana.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api.
6. Masukkan mi dalam mangkuk, tuangkan kuah. Kemudian letakkan di atasnya hirisan tauhu, telur, daun bawang, bawang goreng, hirisan cili dan limau kasturi serta ayam yang telah dicarik-carik tadi.
7. Mi rebus sedia dihidangkan.
Credit : SuiSan Aliezsha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Daging Goreng Halia ala Chinese Muslim yang sedap, mudah dan lembut. Lengkap dengan cara perap daging serta petua masak supaya lebih juicy dan berperisa.