Terasa nak makan Putu Bambu atau Putu Piring homemade tapi tak ada acuan? Usah risau, guna je acuan lompang yang ada di rumah. Jadilah namanya Putu Lompang. Ha…Mudah je nak buat ni. Empunya resipi; Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit ubah suai pada resepi asal. Rasanya sedap macam yang dibeli dekat pasar malam. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah-langkah di bawah ni.
RESIPI PUTU LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
Kelapa
Tepung beras
Gula melaka
* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan banyak, lebihkan jumlahnya.
CARA MEMASAK:
Ads
1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.
2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh.
3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk. Biar air tu jadi wangi.
4. Ambil tepung yang telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).
5. Kemudian masukkan sedikit garam.
6. Ambil air panas yang dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dalam tepung dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.
7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit supaya padat.
Ads
8. Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah hingga habis.
9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.)
10. Angkat dan keluarkan putu dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
Ads
NOTA: Semasa isi tepung ke dalam acuan, kalau boleh jangan penuhkan acuan sebab putu ni tak boleh tebal sangat. Acuan lompang kan tinggi. Jadi kalau boleh jangan penuh. Sebab takut nanti putu tak masak dan rasa tepung je.
Pemanis mulut yang digemari warga netizen ketika ini, viral sampai mendapat banyak perkongsian. Resipi ni tentu sedap, cara masak pun tak susah mana yang penting ianya mudah dan sedap dimakan! Nak tahu rasanya jom kita cuba.
RESIPI PUDING BISKUT CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
20gm agar2 bertali..cuci..rendam 1 jam..toskan
5 cawan air
1 cawan gula..boleh kurangkan
Biskut crackers secukupnya
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
5 sudu besar tepung kastard..bancuh dulu dgn sedikit air
Secubit garam
1 sudu besar milo
1 sudu besar serbuk koko
Pewarna ikut suka
CARA MEMASAK:
1) Masak agar2 bersama air hingga larut agar2.. Masukkan gula..kacau sekata
2) Masukkan susu cair..kacau2 kemudian bubuh secubit garam..biarkan mendidih sebentar
3) Masukkan tepung kastard..kacau2 dgn segera..bimbang nanti tepung kastard akan berketul..tutup api
4) Bahagi adunan sama byk.. Satu bekas warnakan ikut suka..satu bekas campur dgn milo dan serbuk koko..kacau2 sebati
5) Basahkan loyang.. Ambil 1 cawan agar2 berwarna..tuang dlm loyang..biarkan sederhana beku.. Susun dgn segera biskut crackers (akak potong 2 biskut ni)..susun jarak2 kan sedikit dlm loyang hingga penuh.. Tuang 1 cawan agar2 milo/coklat tadi..susun lagi biskut tadi
6) Tuang berselang seli sekali dgn biskut sehingga habis adunan agar2
7) Puding biskut dah beku..simpan dlm peti sejuk 3-4 jam..cungkil bahagian tepi loyang dgn pisau plastik..cuba terbalikkan dlm puding tu perlahan2 atas alas yg rata
Resipi bingka roti ini boleh jadi olahan jika ada banyak lebihan roti. Daripada terbiar sampai expired dan naik kulat elok buat hidangan ini.
Enak dijadikan hidangan petang gabungan santan dan esen vanila buatkan bingka ini wangi dan lemak berkrim. Bila dah siap masak memang cepat saja licin.
Cara membuatnya sangat mudah, tak perlu kisar apa-apapun cuma gaul dan terus bakar. Boleh tambah kismis dan ceri untuk lebih menarik. Jom cuba, sekali buat mesti nak ulang!
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Ini kami kongsikan empat kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Wajib dicuba.
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
Setelah sejuk, boleh dipotong.
Sedia dinikmati.
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
Sedia dinikmati.
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
1 1/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...