
Cornflakes Madu ni antara biskut raya yang paling mudah nak buat. Boleh dikatakan, setiap rumah pasti ada biskut ni. Bukan sahaja budak-budak, malah orang dewasa pun suka makan biskut ni. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas. Hanya guna empat bahan sahaja. Modal pun tak banyak. Bestkan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hanna Yasmeen. Pasti puas hati.
RESEPI BISKUT CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
- 125gm mentega
- 1/2 cawan gula perang (brown sugar)
- 5 sudu makan madu
- 250gm emping jagung ( cornflakes)

CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula perang dan madu. Cairkan guna api sederhana. Bila sudah cair, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
2. Kemudian masukkan emping jagung. Gaul sebati hingga semua emping disaluti campuran madu.
3. Isikan emping jagung tadi ke dalam cawan kertas. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing.

4. Bakar biskut dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 10 minit. Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. Jadi kena pandai sesuaikan.

5. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

Kredit resipi & foto: Hanna Yasmeen
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Biskut Cornflakes Sedap & Murah, Gerenti Licin Balang Kuih.

Sekarang ni musim kita berjimat cermat, namun sambutan Aidil Fitri tak meriah tanpa kuih raya. Untuk tetap meriah, anda boleh cuba empat variasi kudapan raya berasasjan Cornflakes ini. Ia rangup, sedap, murah dan kanak-kanak amat menyukainya, gerenti licin balang kuih anda.

CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
300 gram cornflakes | 6 cawan
100 gram madu | 2/3 cawan
125 gram mentega
1-2 sudu besar gula
Sedikit manik gula |hiasan jika suka
CARA MEMBUAT:
- Cairkan mentega. Kemudian masukkan gula dan madu. Kacau sehingga sebati.
- Dalam bekas lain, ramaskan cornflakes supaya hancur sedikit.
Tuang madu tadi ke dalam cornflakes dan gaul rata. - Masukkan cornflakes ke dalam baking paper cup yang kecil.
- Taburkan manik gula ke atas cornflakes tadi.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°c selama 10 minit.
- Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit : resepi_ala_kampung

CORNFLAKES COKLAT
BAHAN-BAHAN:
250gm Milk Compound Chocolate Beryls
5 cawan conflakes | sukatan belun diramas
1/2 cawan badam cincang
1sudu makan mentega
Papercup | secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Cairkan coklat bersama mentega, biarkan sejuk.
- Sangai Almond hingga rangup, ketepikan.
- Dalam bekas masukkan cornflakes dan Ramas sikit supaya sedikit hancur.
- Kemudian campurkan ke dalamnya badam yang telah disangai tadi dan tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi. Gaul rata.
- Masukkan dalam papercub menggunakan sudu.
- Biarkan sejuk atau masuk dalam peti ais selama 5 minit.
- Setelah coklat sejuk, Simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & photo: Ayu Idris

CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega | sebarang jenis
1 cawan gula aicing | tak suka manis, ¾ cawan sahaja
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
3 cawan cornflakes | ramas sedikit
Chocolate chips | secukupnya
Chocolate rice ( jika suka
Badam cincang | jika suka
CARA MEMBUAT:
- Kacau sebati mentega, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
- Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak. Kacau sebati. Adunan memang lembik sedikit.
- Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
- Sudukan adunan atas loyang yang disapu mentega.
- Atau nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Kemudian golek-golekkan dalam baki cornflakes
- Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
- Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’C masa 20minit atau ikut oven masing-masing (api atas bawah).
- Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
Kredit: Nestle Breakfast Cereals Malaysia

BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
50gm tepung jagung
100gm gula aising | kalau guna gula castor/brown kurangkan sikit gula
200gm tepung gandum
1 mangkuk Cornflakes telah diramas | untuk lebih rangup boleh tambah.
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukup | untuk salut doh
CARA MEMBUAT:
- Pukul menetega dengan gula hingga sebati dan nampak berkrim. Tak perlu lama.
- Masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik).
- Masukkan cornflakes yang sudah diramas ke dalam adunan dan sebatikan. Sudukan atau cubit sedikit adunan tepung dan golekkan ke dalam cornflakes . (Ikut kreativiti masing² jgn terlampau besar).
- Bakar smpai masak suhu 160°C selama 15 – 20 minit ikut oven masing².
Kredit : dhizzlin bake
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Biskut Raya Lama. Kembalikan Nostalgia Di Pagi Raya

Biskut raya yang kita biasa makan masa zaman kanak-kanak dulu memang sedap. Tak ada pun berwarna warni macam biskut zaman sekarang. Simple sahaja. Namun rasanya memangsedap dan teringat-ingat sampai sekarang. Mahu mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak anda? Jom, kita cuba resipi biskut oldschool yang RASA tampilkan kali ini.
1. BISKUT SAMPRIT

BAHAN-BAHAN:
- 185gm gula
- 375gm mentega
- 60gm tepung kastad | diayak
- 60gm tepung jagung | diayak
- 375gm tepun gandum | diayak
- 1 sudu makan esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- Ceri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
- Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
- Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.
- Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.
2. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:
- 160gm mentega
- 100gm minyak sapi
- 1 biji telur
- 80gm gula halus
- 400gm tepung naik sendiri
- 200gm gula ising | ditabur
BAHAN INTI:
- 150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus
- 60gm gula halus
- 30gm mentega
CARA MEMASAK:
- Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
- Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.
- Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.
- Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.
3. BISKUT TELUR REBUS

BAHAN-BAHAN:
- 500gm mentega
- 350gm gula halus
- 250gm tepung gandum |diayak
- 250gm tepung jagung | diayak
- 125gm tepung kastad | diayak
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh esen vanilla
- Gula berwarna secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul hingga rata.
- Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
- Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.
- Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dengan secukupnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.
4. ALMOND LONDON

BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
- 450gm tepung gandum
- 2 sudu teh emplex
- 220gm gula ising
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:
- 450gm coklat masakan
- 1/2 sudu makan lemak sayuran
- 3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
- Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
- Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
- Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
- Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
- Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
- Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.
Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
5. TAT NANAS TERATAI

BAHAN-BAHAN:
- 120gm mentega
- 120gm minyak sapi
- 450gm tepung gandum
- 1 biji telur gred B
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
- Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
- Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.
6. BATANG BURUK

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 150gm tepung beras
- 1/2 biji santan kelapa
- 100gm tepung kacang hijau
- 120gm gula ising
- 2 biji telur
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
- Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
- Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
- Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
- Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
- Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
- Sedia untuk dinikmati.
7. BISKUT AISKRIM

BAHAN-BAHAN:
- 130gm mentega
- 60gm gula ising
- 160gm tepung gandum
- 30gm tepung jagung
- 20gm tepung ubi
- 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 20gm serbuk badam
- Sedikit esen vanilla
- 1 biji kuning telur | untuk sapuan
- Sedikit coklat masakan | dicairkan
- Gula-gula manik | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
- Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
- Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
- Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
8. MAMA CAREY

BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 125gm gula kastor
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 330gm tepung gandum | diayak
- 65gm tepung jagung | diayak
- 65gm susu tepung | diayak
BAHAN ISING:
- 1 biji putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung
- 90gm gula ising
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.
- Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
- Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,
- Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.
- Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.
- Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
- Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.
9. BISKUT CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:
- 125gm mentega
- 90gm gula kastor
- 1 biji telur
- 80gm kismis hitam
- 125gm tepung naik sendiri | diayak
- 375gm cornflakes | diramas kasar
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula hingga rata.
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
- Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
- Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.
- Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
10. BISKUT MAZOLA

BAHAN-BAHAN:
- 185gm tepung gandum | diayak
- 60gm tepung gandum | diayak
- 140gm gula halus
- 125gm kacang tumbuk
- 1 sudu teh esen vanilla
- Minyak Mazola secukupnya
BAHAN HIASAN:
- Kacang tumbuk kasar secukupnya
- Kuning telur untuk sapuan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang boleh dikepal.
- Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
- Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya.
- Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C.
- Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kek Pandan Bersantan Mudah & Tak Muak

Kek pandan bersantan, menu mudah untuk minum petang. Memang sedap dan mudah untuk dibuat.
Tidak perlu guna planta atau marjerin pun kek dah jadi gebu gebas. Jom kita intai resipi perkongsian oleh Siti Sarah Hamid ini.
KEK PANDAN BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
1 cawan gula – beli online DI SINI
200ml santan – beli online DI SINI
2 sudu makan susu pekat – beli online DI SINI
1 sudu serbuk penaik
1 sudu ovalette
Emulco pandan
Pewarna hijau
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken

CARA MASAK:
1. Putar telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik. Masuk sedikit demi sedikit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
5. Letak adunan di dalam loyang 8×8 dan panaskan ketuhar dalam 5-10 minit.
6. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Kredit resipi & foto: Siti Sarah Hamid via Loyang & Acuan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ropa Inti Daging, Mudah Je Nak Buat Kuih Warisan Orang Terengganu Ni
Ini Tipnya NakTelur Rebus Menjadi Dengan Cantik & Senang Dikupas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

