Bagi penggemar Tat Telur, pasti pernah merasa keenakan Tat Telur Portugis yang biasa dijual di kedai-kedai bakeri. Harga boleh tahan mahal. Jika nak beli dalam jumlah yang banyak, agak ‘gerun’ nak membayarnya. Jadi kalau nak puas makan, apa kata anda hasilkan sendiri. Resipi perkongsian dari saudari Faridah Ainuddin ni antara yang terbaik boleh dicuba. Memang menjadi! Anda bolehlah cuba.
RESIPI TAT TELUR PORTUGIS GUNA PUFF PASTRY SEGERA
BAHAN-BAHAN ( dapat 25 biji tat):
Ads
Puff pastry segera – boleh beli di pasaraya
BAHAN KASTARD:
4 biji telur
Sedikit esen vanilla
150ml air
250ml susu penuh krim ( full cream) – boleh gantikan dengan susu cair
120gm gula kastor
1 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Canai ‘manja’kulit pastri dan jangan terlalu nipis. Semasa mencanai, tabur sedikit tepung gandum supaya tidak melekat.
2. Ambil acuan dan letakkan di atas pastri. Potong pastri lebih besar sedikit dari acuan. Sekeping pastri boleh dapat 5 biji tart. Satukan lebihan pastri, bulat-bulatkan, canai semula dan terap. Jika tiada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.
3. Masukkan pastri ke dalam acuan dan tekan supaya rapat. Pastikan tiada gelembung udara. Ketepikan seketika dan pada masa yang sama, boleh panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Ads
4. Untuk menyediakan kastard, satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.
5. Tapis adunan kastard tadi dan barulah dituang ke dalam acuan berisi pastri tadi. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 40 minit.
Jika anda ada anak-anak yang berlainan selera, resipi kek 4 perisa dalam satu perkongsian saudari Suraya Harun Narasit ni boleh anda cuba. Istimewa resipi ni, hanya menggunakan satu adunan sama, anda boleh hasilkan empat jenis kek berlainan rasa. Malah tak perlu banyak kali bakar. Memang jimat masa dan kos. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA MASAK KEK YANG ADA 4 PERISA DALAM 1
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
4 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga semua bahan sekata.
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Kemudian perasakan setiap satu bahagian dengan perisa kegemaran. ( empunya resipi guna perisa Cip coklat campur badam, kelapa pandan, pelangi dan coklat.)
5. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan sedikit mentega.
6. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau hingga masak. Masa membakar mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
7. Setelah masak, sejukkan atas redai sebelum dipotong dan dinikmati.
Menu cepat dan murah disediakan bila kita tengah lapar. Sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam.
TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
Telur
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Cili merah-dihiris
Cili hijau-dihiris
Kubis bunga-potong kecil
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Serbuk perasa/kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan seperti sedikit bawang merah, cili merah, cili hijau, kubis bunga dengan telur. Agak-agak berapa banyak telur bersalut dengan bahan-bahan lain.
2. Perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa.
3. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah disatukan dengan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Goreng sampai telur sebati.
4. Selepas itu masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
INFO:
Jika suka boleh lebihkan bawang dan tukar cili besar ke cili padi untuk lebih pedas.
Sebut je puding memang ramai yang tak pernah jemu makan, kadang tengok je dah kecur air liur, macam tarasa-rasa sedapnya kat tekak. Lebih sedap bila ia dihidangkan sejuk-sejuk, memang menyelerakan. Tapi kalau nak makan yang sedap-sedap kenalah buat sendiri. Takda resipi, cuba je empat jenis puding yang RASA kongsikan ini.
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
2. PUDING TEH HIJAU
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk gelatin
2 sudu makan air sejuk
300gm susu segar
50gm gula
1 ½ sudu makan serbuk teh hijau
CARA MEMASAK :
Taburkan serbuk gelatin ke dalam air sejuk. Biarkan selama 10 minit sehingga kembang. Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro teknik ‘double-boil’ sehingga gelatin mencair. Sejukkan seketika tetapi jangan sampai memekat.
Panaskan susu segar dan gula. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan.
Masukkan larutan gelatin ke dalam sebatian teh hijau. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan sejuk di dalam bekas puding.
Sedia dinikmati.
3. PUDING COKLAT HERSHEY’S
BAHAN-BAHAN:
50gm gula
400ml susu penuh krim
30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
1 sudu makan serbuk agar-agar
1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
Sedikit krim putar
Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
Sedia dinikmati ketika sejuk.
4. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN
BAHAN A (PUDING):
1 1/2 cawan susu segar
½ cawan air kelapa
5 sudu makan isi buah kundang
5 sudu makan isi buah oren
100gm chia seed
1 sudu makan madu
5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
50gm isi buah kundang | potong kasar
50gm isi buah oren | potong kasar
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
INGIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN PEMPROSES MAKANAN TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.