Bagi penggemar karipap, resipi karipap gergasi perkongsian saudari Liyana Ahmat ni pastinya wajib dicuba. Nampak sedap malah ia juga menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan tidak memerlukan kos yang banyak. Jadi bolehlah cuba buat untuk anak-anak. Pasti laris.
RESIPI KARIPAP GERGASI INTI TELUR
BAHAN DOH:
1kg tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
½ cawan minyak masak
3 sudu makan marjerin
Sedikit air – bancuh dengan garam secukupnya
BAHAN INTI:
Ads
Telur
Bawang secukupnya
Daun sup secukupnya
Lada sulah berperisa secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum dan tepung beras. Gaul.
2. Panaskan minyak dan marjerin. Kemudian tuang ke dalam bekas tepung tadi. Uli dan masukkan air bergaram sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Perap doh selama 1 jam.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Leperkan doh dan letak dalam pinggan supaya telur tidak melimpah.
4. Pecahkan telur dan tabur bawang, daun sup serta lada sulah berperisa jika suka.
5. Kelim bahagian tepi karipap dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar.
Ads
6. Goreng dalam minyak panas Biar dalam 5 saat dan terbalikkan supaya bentuk karipap menjadi cantik dan tidak bengkok.
7. Masak guna api perlahan sehingga masak. Tanda inti karipap dah masak ialah apabila ia menjadi ringan. Angkat dan enak dinikmati bersama sos.
Ads
8. Jika nak buat karipap yang kembung, pukul telur, bawang, cili dan daun sup seperti membuat telur dadar sebelum dimasukkan ke dalam doh. Hasilnya karipap akan jadi kembung.
Wadai Kararaban korang pernah nampak dan dengar tak nama kuih ni. Kuih tradisi dari suku kaum Banjar. Kaya berempah dan lemak santan cukup merangsang selera.
Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam laman FBnya. Anak-anak muda rasanya ramai yang tak kenal kuih ni, hehehe. Mehlah belajar buat kuih ni adik-adik dan juga mak-mak juga, khazanah negara ini. Rugi kalau tak dipopularkan.
.
Kuih dari tepung beras ini unik dengan penggunaan rempah ratus kulit kayu manis dan jintan manis.
WADAI KARARABAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 cawan santan pekat
Bahan B :
100g gula melaka dicairkan
secubit garam
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Bahan C :
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK : 1. Sangaikan jintan manis dan kisar halus , tapis dan ketepikan . 2. Satukan pula serbuk kayu manis , santan dan juga jintan manis tadi di dalam periuk . masak seketika menggunakan api kecil . 3. Tutupkan api dan ketepikan . 4. Satukan pula ke semua Bahan B kecuali daun pandan , kacau sebati . 5. Masukkan separuh adunan Bahan B ke dalam Bahan C . aduk rata . 6. Tambahkan daun pandan ke dalam baki Bahan B tadi dan masak atas api perlahan sehingga mendidih . 7. Pastikan adunan sentiasa dikacau . 8. Kemudian satukan Bahan B bersama Bahan A dan Bahan C . kacau sebati . 9. Panaskan kukusan . 10.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak ( sy guna acuan muffin ) . 11.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak . 12.Sejukkan sebelum dipotong .
Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).
RESIPI KETUPAT LEMAK / TAWAR
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 sudu makan garam kasar
2 sudu makan gula
Daun palas secukupnya
Daun palas
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.
3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.
5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.
INFO RASA: Setelah siap dibungkus, ketupat palas juga boleh digoreng. Ikut citarasa masing-masing.
Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.