Popia Basah memang sedap. Berinti sayur segar, kulit popia yang lembut serta sos pedas yang enak menjadikan kudapan ini sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya bila ke pasar malam. Kulit popia basah ni berbeza dengan kulit popia yang sejukbeku tu. Kalau nak cuba buat secara homemade, saudari Lenny Hartiny Sapar ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan hanya guna 4 bahan.

CARA BUAT KULIT POPIA BASAH SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 biji telur putih
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, garam dan putih telur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jadikan bancuhan seakan adunan cucur. Peram selama 1-2 jam. Tekstur tepung agak kenyal sedikit.

Mudahnya… Inilah Cara Buat Kulit Popia Basah Secara Homemade
3. Ambil tepung dengan tangan dan sapu nipis pada kuali non-stick hingga rata. Masak guna api kecil dan biar hingga kulit masak.

IKLAN

Mudahnya… Inilah Cara Buat Kulit Popia Basah Secara Homemade
4. Angkat kulit popia tadi dan ulang langkah sama hingga adunan habis.
5. Sedia untuk digunakan untuk membuat Popia Basah.

Mudahnya… Inilah Cara Buat Kulit Popia Basah Secara Homemade

IKLAN

Kredit resipi & foto: Lenny Hartiny Sapar

 

IKLAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:

Cara Buat Popia Basah Sedap Secara Homemade.

Resipi Murtabak Daging Kulit Popia Paling Sedap & Mudah

Kek Keju Meleleh Pandan Sedap. Masak Guna Pengukus Je.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI