Batang keladi buat masak asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya memang sedap. Cuma sebelum masak penting untuk kita gunakan cara yang betul bagi membersihkan sayur ini.
Kalau salah cara tekak boleh jadi gatal-gatal bila dimasak nanti. Petua membersihkan batang keladi ini ada dikongsi oleh Safiyyah Osman. Ujarnya petua ini diturunkan sendiri oleh peniaga yang menjual keladi di pasar. Caranya;
1. Tarik buang kulit hijau yang ada dekat batang keladi walaupun peniaga keladi dah tarik siap-siap sebelum dijual. Selalunya ada yang terlepas pandang jadi tarik kulit ini semasa membasuh batang keladi. Sila pakai sarung tangan supaya tangan tak jadi gatal.
Ads
2. Basuh bersih dan toskan. Sental sikit keladi sewaktu basuh.
3. Bila hendak masak batang keladi tadi, letak asam keping 3-4 keping dan bubuh garam kasar sikit. Masak air sampai mendidih.
4. Masuk batang keladi dan masak sampai empuk atau lembut. Semasa merebus balik-balik kan supaya semua bahagian keladi kena air rebusan. Bila dah empuk angkat dan toskan. Buang air rebusan, dah boleh guna batang keladi untuk masak. Confirm tak gatal.
Ads
Jika nak masak asam pedas rebus bahan kisar sampai mendidih dan masukkan batang keladi yang siap tos tadi.
Tercari-cari cara mudah halau lipas? Maklumlah serangga jenis ni kalau berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Nak hapuskannya memang mudah lebih-lebih lagi jika guna racun serangga. Namun jika guna di kawasan dapur atau ada anak kecil, agak tak bersesuaian. Bimbang ia akan membahayakan anak dan juga mengotori makanan. Jadi apa kata cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan berbahaya.
PETUA HALAU LIPAS
1. SABUN MANDI
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2. LEMON
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3. BUAH PELAGA
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4. DAUN PANDAN
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5. DAUN BAY
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6. BAKING SODA & GULA
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Nak tahu cara mudah kilatkan sinki lama? Ha…Ni caranya. Sinki ‘stainless steel’ yang bersih dan cantik sebenarnya membantu memberikan ‘mood’ yang elok serta menaikkan semangat memasak geng mak-mak. Bila nampak kemas, barulah bersemangat nak cuba menu yang sedap-sedap. Sinki ni pun bukan jenis yang boleh pakai buang. Lama kelamaan, ia akan kelihatan pudar dan kusam. Untuk kilatkan sinki ni, tak susah mana. Ada cara yang boleh dicuba. Guna tepung gandum je. Jom tengok cara-cara yang anda kena buat.
CARA KILATKAN SINKI GUNA TEPUNG GANDUM
(Image credit: Joe Lingeman)
BAHAN-BAHAN:
Air sabun panas – sabun bancuh dengan air panas
Tuala kecil
Tepung gandum
Span cuci pinggan
CARA-CARA:
1. Basahkan sinki dan cuci menggunakan air sabun panas.
2. Lap sinki menggunakan tuala hingga betul-betul kering.
3. Tabur tepung gandum di permukaan sink. Jika kurang yakin, boleh je tabur tepung di separuh bahagian sinki terlebih dahulu untuk lihat perbezaannya.
4. Gosok permukaan sinki menggunakan span basuh pinggan yang kering. Lakukan seperti anda kilatkan kereta. Hasilnya, sisa makanan yang melekat akan tertanggal dan permukaan sinki anda akan lebih berkilat.
5. Ulang cara ini sebulan sekali untuk hasil yang sempurna dan berpanjangan.
Usia periuk dah 22 tahun, digunakan untuk memasak saban hari di rumah tapi periuk tahap legend yang kebiasaannya hitam ini masih elok bersih berkilat.
Supaya periuk kita pun kekal bersih begini, Zainun Mamat berkongsi tip yang digunakan sejak dulu. Cara beliau memang mudah dan murah, cuma cuci dengan lebihan sabun mandi.
Tip periuk guna 22 tahun masih bersih berkilat
Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi. Setiap hari kita masak dan selepas memasak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya.
Cara saya, cuma gunakan sabut besi untuk cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun mandi yang dah kecil jangan dibuang ya.
Langkah mencuci
1. Rendam sabut besi dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit biar jadi berbuih.
2. Kemudian bolehlah sental periuk. Bilas dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3. Sabut besi ini juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.