
Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi sos spageti homemade perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2kg tomato ranum
- 2 labu bawang putih | dikisar kasar
- Daun thyme segar /kering secukupnya
- Daun parsley segar/ kering secukupnya
- Oregano segar/kering secukupnya
- Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
- Garam dan gula perang secukup rasa
- Minyak zaitun untuk menumis
- 1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.

2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.

3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.

4. Kupas kulit tomato hingga habis.


5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.


6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.

7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.

8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.

9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.

11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.

12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.

INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Link asal resipi: https://goo.gl/XdCJjV
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuah Lontong & Sambal Bilis Yang Sedap, Mudah

Kuah Lontong @ Kuah Lodeh pasangannya tentulah Sambal Bilis. Dimakan bersama nasi himpit, memang enak tak terkata. Menu ini sangat sesuai dinikmati di waktu pagi dan sinonim sebagai juadah pilihan di pagi raya. Bagi anda yang bercadang untuk masak Kuah Lontong dan Sambal Bilis, resipi perkongsian dari saudari Hajah Arani ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK KUAH LONTONG & SAMBAL BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/4 biji kubis
1 batang lobak merah- potong panjang
9 tangkai kacang panjang
1 ikat suhun
1 keping fucuk – potong panjang
1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
1/2 biji kelapa parut
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
3.Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4. Masukkan serbuk kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur-sayuran, suhun dan tempe yang telah digoreng. Kacau guna api perlahan sahaja.
5. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap.

RESIPI SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis – beli online disini
Minyak masak secukupnya
160gm cili kering – rebus dan kisar – beli online disini
1-2 keping gula melaka – beli online disini
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 keping asam gelugur atau secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis – beli online disini
Sedikit aji – jika suka
2 helai daun pandan
2 biji bawang besar Holland – hiris
BAHAN KISAR:
1 kg bawang merah
15 ulas bawang putih – optional
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Tips: mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul-betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi.
2.Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya berperisa dan sebati.
3. Masukkan asam keping dan daun pandan.
4. Masukkan juga cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat.
5. Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga betul-betul masak.
6. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi.
7. Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa.
8. Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa-apa rasa yang kurang. Sedia untuk dinikmati.

Nota:
Sambal dimasak semalaman lebih awal, lagi sedap.
Selepas diangkat, bolehlah senduk keluar minyak yang berlebihan dalam sambal.
Kredit resipi & foto: Hajah Arani
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Hidangan Pajeri Terung Yang Sedap & Pekat, Confirm Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kari Mamak Ikan Jenahak. Resipi Istimewa Buat Penggemar Kari Power.

Sesekali masak lauk kari kaw ni, pasti puas hati. Kena pula dengan Ikan Jenahak segar. Lagi bertambah-tambahlah sedap menunya. Bagi anda yang bercadang nak masak lauk kari hari ni, resipi ni boleh dicuba.
KARI MAMAK IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ikan Jenahak
- 4 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan halba campur
- 1/2 cawan air asam jawa
- 250ml santan kotak
- 8 ulas bawang merah | hiris
- 5 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia muda | hiris memanjang
- 1 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
- 5 biji bendi
- 2 biji terung panjang
- 2 biji tomato
- 2 biji cili hijau
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
- Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
- Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
- Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
- Tutup api dan kari sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Anda juga tukar ikan kepada ikan merah atau pun bawal untuk resipi ini jika suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Menu Jalanan Indonesia & Singapura Yang Paling Popular Untuk Dicuba.

Anda yang pernah berkunjung ke Negara jiran Indonesia dan Singapura, pastinya ada beberapa makanan yang menjadi ingatan kerana kedua-dua negara ini mempunyai pelbagai jenis makan, terutama di Indonesia. Terdapat pelbagai jenis makanan dijual digerai-gerai tepi jalanan. Untuk mengimbau kenangan atau anda yang belum mencuba, berikut 7 menu streatfood Indonesia dan Singapura yang disediakan oleh Puan Azian Hasan, Penulis Buku Resipi boleh anda cuba.

SATE MINANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- Air secukupnya untuk merebus
- 6 helai daun limau purut
- 2 batang serai
- 2 sudu makan tepung beras | campur dengan sedikit air
- 2 keping asam gelugor
- 1 sudu teh garam
- Lidi pencucuk secukupnya
- Sedikit bawang goreng
- Nasi impit atau ketupat
- Keropok sayur
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 2cm kunyit hidup
- 2 sudu makan biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging ke dalam periuk bersama air, daun limau purut, serai, asam gelugor dan bahan-bahan kisar.
- Renehkan atas dapur dengan api sederhana.
- Apabila daging sudah lembut keluarkan dari periuk, toskan dan potong dadu kecil.
- Kemudian masukkan campuran tepung beras dalam periuk berisi air rebusan tadi.
- Masak sambil sentiasa kacau sehingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam. Setelah cukup rasam tutup api dan ketepikan.
- Cucukkan daging dengan lidi, kemudian bakar di atas bara api.
- Letakkan sate yang telah dibakar dalam pinggan bersama nasi impit dan tuangkan kuah ke atasnya.
- Akhir sekali taburkan bawang goreng di atasnya dan hidangkan bersama keropok sayur.
INFO CHEF: Selain daging anda boleh gunakan isi ayam atau perut lembu sebagai isian sate.
………………..

GADO-GADO
BAHAN-BAHAN:
ISIAN:
- 1/4 biji kubis | hiris halus
- Segengam tauge | buang ekor dan celur sekejap
- 2 keping tauhu | goreng dan hiris nipis
- 2 biji telur rebus | belah dua
- 2 biji kentang | rebus dan dipotong empat
- 1 biji tomato | potong empat
- 3 keping tempe | hiris nipis dan digoreng
- Sedikit keropok bawang.
BAHAN KUAH:
- 300gm kacang tanah | goreng sangai dan tumbuk
- 1/4cawan air asam jawa
- 200ml santan
- 2 sudu makan gula merah
- 2 helai daun limau purut
- 1 sudu teh garam
- 5 sudu makan minyak
- Sedikit air
BAHAN KISAR KUAH:
- 2 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
- Kemudian masukkan kacang tanah kisar yang telah dicampur dengan sedikit air.
- Seterusnya masukkan air asam jawa, gula merah dan garam.
- Renenhkan atas api sederhana hingga timbul mingak.
- Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah pekat dan cukup rasa.
- Tutup api.
- Sementara itu sediakan bahan isian gado-gado.
- Susun bahan isian kecuali keropok ke dalam pinggan,
- Tuangkan kuah kacang dan gaul rata.
- Gado-gadao sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Campurkan kuah kacang dan gaul rata bila ia sedia untuk dimakan.
……..

NASI PECAL
BAHAN-BAHAN:
- 5 helai daun limau purut
- Sedikit daun cekur
- 2 sudu makan asam jawa | bancuh dengan air panas
- 6 batang kacang panjang | potong pendek dan celur
- Segengam tauge | celur
- Segengam kankung | potong pendek dan dicelur
- Tauhu | goreng dan dipotong kecil
- Tumpi atau rempeyek
BAHAN GORENG:
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 300gm kacang tanah | goreng berasingan
CARA MEMASAK:
- Kisar kesemua bahan-bahan kuah yang digoreng bersama daun limau dan daun cekur sehingga hancur dan halus.
- Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan garam, gula dan air asam jawa.
- Jika kuah pekat boleh tambahkan air panas.
- Untuk menyediakan nasi pecel,Letakkan nasi putih ke dalam pinggan.
- Susun bahan-bahan pecel di tepinya dan tuangkan kuah pecel di atasnya.
- Akhir sekali hidangkan bersama tumpi atau rempeyek di atasnya.
INFO CHEF: Nasi pecah adalah makanan popular dan mudah dibeli dari penjaja jalanan di daerah Jawa Timur Indonesia.
………….

HAINANESE CHICKEN RICE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN AYAM:
- 1 ekor ayam
- 3cm halia muda | hiris nipis
- 2 cawan air
- 2 cawan air sejuk
- 1 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh garam
BAHAN NASI:
- 2 cawan beras wangi | cuci dan tos
- 10 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 3 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan | simpul
SOS CILI:
- 3 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3sudu makan cuka
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
HALIA BAWANG PUTIH:
- 3 batang daun bawang
- 2 inci halia muda | parut halus
- 8 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu teh garam
- 8 sudu makan minyak sayuran
CARA MEMASAK:
- Masukkan ayam,,halia dan garam ke dalam periuk besar.
- Tuangkan air dan masak sehingga air mendidih.
- Buang lapisan lemak di bahagian atasnya dan teruskan mereneh selama 20 minit.
- Pindahkan ayam ke dalam bekas lain yang telah diisi dengan air sejuk. Biarkan sebentar.
- Simpan air rebusan untuk dijadikan sup dan untuk memasak nasi.
- Toskan ayam, potong dan susunkan ke dalam pinggan.
- Seterusnya campurkan kicap cair dengan minyak bijan, tuangkan ke atas ayam tadi.
- Untuk menyediakan nasi, Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia muda sehingga terbit wangi.
- Masukkan beras, minyak bijan, duan pandan dan garam. Kacau selama satu minit.
- Masukkan air rebusan ayam dan pindahkan keseluruhan nasi ke dalam periuk nasi automatik. Masak menggunakan periuk nasi automatic seperti biasa.
- Untuk membuat cili sos, kisar kesemua bahan sehingga hancur.
- Untuk membuat sos halia bwang putih, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
- Untuk menghidangkannya. Letakkan nasi dalam pingan. Susun tepinya dengann ayam dan timun di tepinya.
- Hidangkan nasi ayam dengan sos cili dan sos halia bawang putih.
INFO CHEF: Jika anda ke Singapura, anda boleh temui pelbagai jenis nai ayam.Paling popular adalah Nasi Ayam Hainam.
………………
SINGAPORE CHAR KWAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
- 450g kuey teow
- 10 ekor udang | bersih dan dibuang kulit
- 6 ulas bawang putuh | cincang halus
- 2 cawan tauge
- 1 cawan kucai
- 2 biji telur
- 3 sudu makan minyak
BAHAN SOS:
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap biasa
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
- 1 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
- Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga terbit bau.
- Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
- Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
- Tuang sos dan masak selama satu minit.
6.Buat lubang di tengah-tengah. Pecahkan telur.
- Biar sebentar dan kacau rata.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk anda yang ingin rasa lebih kicap, kurangkan garam dan lebihkan kicap.
……………

MURTABAK SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
KULIT MURTABAK:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan minyak
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak sapi
INTI
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang Holland | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu teh halia | cincang halus
- 2 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
- 1 1/2 sudu makan rempah kari daging
- 1/2 cawan air
- 4 biji telur
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
- Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
- Uli lagi selama 10 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
- Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
- Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
- Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
- Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
- Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
- Gorenglah hingga kekuningan.
- Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap, lebihkan daging kisar dan tebal intinya.
…………….
SINGAPORE CURRY LAKSA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1/3 cawan minyak
- 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 4 batang serai |titik
- 3 cawan santan
- 8 cawan air
- 250gm ikan bilis | rendam dan kisar
- 250gm isi dada ayam
- 2 sudu makan stok ayam
- 10 biji bebola ikan
- 10 biji tauhu Pong
- 1 sudu teh garam
- 250gm mi kuning
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 1/3 cawan air
BAHAN SAMPINGAN:
- Sedikit tauge
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 biji limau nipis
- 3 batang kacang panjang | potong 3-4cm kemudian celur
- 2 biji telur rebus | buang kulit dan belah dua
- 2 keping tauhu | digireng dan hiris nipis
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan kuah, campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tuangkan kesemua bahan tadi bersama daun kari dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
- Masukkan santan, air, ikan bilis, isi ayam, pati ayam , bebola ikan,tauhu pong dan garam.
- Masak sehingga kuah mendidih, kemudian renehkan sehingga kuahnya pekat.
- Keluarkan isi ayam, Carik-carikkannya, kemudian ketepikan untuk diletakkan atas mi,
- Untuk menghidangkan mi, anda masukkan mi kunin ke dalam mangkuk. Susun bahan sampingan di tepinya dn tuangkan kuah di atasnya.
- Taburkan isi ayam di atasnya, dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.
Koleksi Resipi: PUAN AZIAN HASAN (azianhasan.com)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




