Sedapnya Ikan Siakap Rebus Thai perkongsian saudari Zat Hernani ni. Lengkap pedas, masam, masin dan manis. Memang cukup rasa. Menurut beliau lagi, nak masak resipi ni cukup mudah. Malah ada 2 cara yang boleh anda cuba. Pertama, anda boleh kukus atau rebus ikan bersama bahan-bahan kuah atau boleh masak ikan secara berasingan dengan kuahnya. Memang kecur liur dibuatnya!
Oh, ada petua. Untuk hasilkan rasa Ikan Siakap Rebus Thai yang lebih enak, masukkan jus perahan limau nipis di akhir masakan. Barulah kuah rasa tidak pahit. Bestkan? Jom cuba!
1. Rebus ikan bersama kicap cair. Masukkan juga akar ketumbar. Jika juga kukus ikan ini kerana rasanya lebih enak. (beli PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK disini)
2. Bila ikan sudah masak, toskan. Angkat dengan berhati-hati supaya isi ikan tidak terlerai. Letak dalam pinggan hidangan.
3. Ambil air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan cili merah, cili hijau & bawang putih yang dikisar kasar. PERINGATAN: buang biji cili supaya tidak memudaratkan kesihatan.
Ads
4. Masukkan sos ikan thai. Boleh sesuaikan jumlahnya ikut cita rasa.
5. Kemudian masukkan mushroom sauce. Sos cendawan ni sangat wangi. Biasanya orang Thailand akan guna ketika pesta makan sayur.
6. Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan kesemua bahan-bahan perasa. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh lebihkan bahan-bahan ikut selera masing-masing.
Ads
8. Tambahkan tomato ceri, daun ketumbar dan jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng simple tapi sedap ni? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
CARA MASAK MI GORENG DAGING CARA KAMPUNG
YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
100gm brokoli | potong kecil
2 biji telur
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging/air
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
4cm halia muda | hiris halus/nipis
1 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bulan puasa selera pun lain macam juga. Sedap kalau dapat makan nasi ulam. Memang berkhasiat kerana segala jenis daun daun herba digaul bersama untuk menghasilkan nasi ulam. Dapat pula makan dengan sayur keladi memang padu rasa.
Untuk yang mengidam nasi ulam ni kenalah rajin sikit untuk dapatkan daun daun herba ini. Buat sendiri lagi puas makan.
Nasi Ulam Bukit Gasing (Utk 3-4 orang makan)
Bahan-bahan:
Daun Kemangi
Daun Kaduk
Daun Kunyit
Daun Selum
Daun Pegaga
2 batang serai
Pucuk Gajus
Ulam Raja
5 ulas bawang merah
Bunga kantan (1 batang)
4 biji cili siam (hijau)
2 biji cili merah besar
*semua bahan di atas dipotong halus
*jumlah ulam dan jenis ulam yang hendak digunakan terpulang kepada cita rasa masing-masing.
2 sudu kerisik
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 ekor isi ikan yang dibakar dan ditumbuk (letak garam, jenis ikan terpulang ikut kesukaan)
3 sudu makan udang kering (disangai dan ditumbuk)
4 sudu makan ikan bilis (disangai dan ditumbuk)
3 biji limau kasturi / 1 biji limau nipis
Cara membuat:
Gaul semua bahan dan perah limau.
Nasi Bunga Telang
5 cawan nasi yang dimasak bersama bunga Telang
Gaul semua bahan ulam dan isi ikan bersama nasi bunga Telang.
Hidang bersama lauk sama ada Ikan Bakar, Gulai Lemak Ikan Masin, Telur Asin dan sebagainya.
Bila tiba bualan puasa, Colek Ayam antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya penduduk di negeri Pantai Timur. Biasanya bila selesai solat tarawih, hidangan colek akan dihidang. Terdapat pelbagai jenis colek yang boleh dinikmati dan rahsia keenakan hidangan ini adalah terletak pada sos nya. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibiada kongsikan resipi sos colek. Jadi anda boleh nikmatinya bersama keluarga.
RESIPI SOS COLEK AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
5 senduk sos cili thai (beli online disini) 1 sudu makan kicap pekat (tidak penuh sudu) (beli online disini) Air masak secukupnya 8 tangkai cili padi merah 1 biji lemon 2 tangkai bawang putih jeruk Bijan sangai 1/2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/3 cawan air (beli online disini)
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 keping isi ayam goreng
Parutan mangga
Tomaro ceri
Hirisan bawang merah
Hirisan cili padi
Daun salad
Parutan lobak merah
Bijan sangai secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili padi bersama bawang putih jeruk yang telah dibuang kulit dan tangkainya. Tambahkan air jeruk bawang putih kemudian kisar halus.
2. Dalam periuk bersesuaian, masukkan sos cili thai. Tidak perlu buka api.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi bersama 1 gelas air.
4. Seterusnya perah lemon dan masak guna api perlahan.
5. Tambahkan kicap pekat. Jika buat sos kurang dari sukatan yang diberi, hanya tambah secukupnya supaya sos tidak terlalu gelap. Kacau sebati. Tidak perlu tambah garam atau gula kerana sos telah mempunyai rasa.
6. Untuk memekatkan sos, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan biar hingga mendidih. Jika sos terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
7. Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan colek seperti ayam goreng, aneka cucur, aneka makanan gorengan, keropok dan sebagainya.
8. Lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.