Andai ke restoran Thailand, pasti terbaca di buku menu hidangan Shrimp Omelette @ Telur Goreng Udang. Menurut empunya resipi saudari Ana Farhana, disebabkan beliau teringin sangat nak cuba, beliau cuba masak sendiri. Hasilnya? Memang menjadi dan rasa sangat sedap. Teksturnya rangup diluar dan lembut di dalam menjadikan menu ini begitu digemari ramai. Ada isi udang! Memang enak. Jom cuba.
RESIPI SHRIMP OMELETTE @ TELUR GORENG UDANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 2 biji telur 1/2 sudu teh gula 1-2 sudu besar sos ikan – beli online disini Sedikit lada sulah – beli online disini 1 biji cili padi 4 ekor udang – potong kecil
1.Dalam mangkuk besar, campur gula, sos ikan, lada sulah, cili padi, udang dan telur. Jangan pelik kalau letak gula. Memang resipi asalnya sebegitu. Jika tidak suka, abaikan.
2. Pukul sebati campuran telur ini seperti dalam gambar.
3. Untuk memasak, kena guna kuali besar dan minyak yang banyak. Tekniknya ialah bila minyak sudah panas, tuang campuran telur tadi dari atas kuali, biar jauh sikit. Ia bertujuan untuk dapat efek telur yang rangup dan garing macam di restoran Thai.
4. Masak telur. Bila telah garing, terbalikkan lagi sebelah. Masak lagi hingga garing keduanya.
5. Shrimp Omelette siap disediakan. Enak dimakan dan nikmat bila tergigit hirisan cili.
Raya masih ada dua minggu lebih lagi. Stok biskut pulak tinggal seredak aje. Bukan ada orang lain makan pun, anak beranak kita juga, dek sebab ‘berkurung’ kerana PKPB.
Usah risau biskut menggunakan ramuan kopi dan juga kopi memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Lebih enak bila digabung kedua kopi dan coklat, menjadi perasa mocha.Namun tetap sedap jika dibuat dengan salah satu ramuan ini.
Jom semak biskut kopi dari Norliyana Harun dari Dinda Delights pasti menceriakan bila dijadikan kudapan musim raya.
.
1.MOCHA ALMOND BUTTER COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
125gm mentega
45gm gula aising
140gm tepung gandum
1/4 sud teh serbuk penaik
5-10 titisan mocha compound
Badam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega dan gula aising dan pukul sebati. 2. Masukkan mocha compound. 3. Masukkan tepung dan adun sebati. 4. Masukkan doh didalam piping bag picit adunan mengikut bentuk yang dikehendaki. Letakkan sebiji almond diatasnya. 5. Panaskan ketuhar dan bakar selama 25 minit pada suhu 160 darjah Celcius
Saiz hidangan : 3-4 orang,anggaran 30 keping Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Rasanya yang ranggup dan rapuh bila dimakan Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Mocha compund boleh digantikan dengan perisa mocha. Lebihkan titisan mngikut citarasa.
2. COFFEE NUT FINGER
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
100gm mentega
1/2 sudu makan shortening
50gm gula kastor
1/2 sudu teh esen kopi
1 biji kuning telur
Bahan B :
110gm tepung gandum
25gm nestum
1 sudu teh nutella
35gm tepung ubi
20gm serbuk badam
Bahan hiasan:
Coklat gelap
Badam (nibs) (dipanggang terlebih dahulu)
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega, shortening dan gula kastor. Pukul sebati bahan tersebut dengan menggunakan kelajuan paling rendah. 2. Setelah sebati masukkan telur dan esen coffee. 3. Masukkan semua bahan B dan dengan menggunakan tangan gaul sebati hingga membentuk doh. 4. Canaikan doh tersebut dan terap mengikut bentuk yang disukai. 5. Bakar selama 20-25minit pada suhu 160 darjah Celcius. 6. Cairkan coklat gelap, biskut yang telah sejuk dicelupkan ke dalam coklat tersebut dan terus digaulkan dengan badam nibs.
Saiz hidangan : 7-10,anggaran 80 keping Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Badam bercoklat Nutella dengan campuran bijirin yang enak Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Coklat gelap dicairkan menggunakan kaedah double-boil.
3.ESPRESSO CHOC CHIP COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
100gm mentega
1/2tbsp shortening
50gm gula kastor
1/2 sudu teh esen kopi
1 biji kuning telur
Bahan B :
110gm tepung gandum
25gm nestum
1 sudu nutella
35gm tepung ubi
20gm serbuk badam
Bahan hiasan:
Coklat gelap
Badam nibs (dipanggang terlebih dahulu)
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega, shortening dan gula kastor. Pukul sebati bahan tersebut dengan menggunakan kelajuan paling rendah. 2. 2. Setelah sebati masukkan telur dan esen kopi. 3. Masukkan semua bahan B dan dengan menggunakan tangan gaul sebati hingga membentuk doh. 4. Canaikan doh tersebut dan terap mengikut bentuk yang disukai. 5. Bakar selama 20-25minit pada suhu 160 darjah Celcius. 6. Cairkan coklat gelap, biskut yang telah sejuk dicelupkan kedalam coklat tersebut dan terus digaulkan dengan badam nibs.
Saiz hidangan : 7-10,anggaran 80 keping Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Badam bercoklat Nutella dengan campuran bijirin yang enak Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Lebih rangup bila badam dipanggang dulu.
Teh 3 layer ni memang ramai peminatnya. Rasanya sedap dan lemak-lemak manis dengan susu serta gula melaka. Nah, kami kongsikan resipinya supaya korang boleh buat sendiri di rumah.
TEH 3 LAYER
BAHAN-BAHAN
(resipi untuk 2 gelas)
• 3 ucang teh
• Sedikit air panas
• 3 keping gula melaka
• Ais
• 1/2 tin susu cair
CARA MEMBUAT
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika. Ketepikan.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
TIP
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat.
Biasanya bila buat kuah laksa kita guna ikan kan? Kali ini kita ubah selera dengan gunakan ayam. Resipinya sama macam masak laksa biasa. Cuma tukar ikan kepada ayam. Lagi mudah. Rasa pun lebih kurang. Ini resipi cara buat Kuah Laksa Ayam yang dikongsikan oleh Animarlina Abd Maulop
RESIPI KUAH LAKSA AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam 2 genggam cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing) – beli online 3 biji bawang besar Belacan (anggaran besar duit 20 sen) – beli online Bunga kantan (2 batang) Daun kesum (secekak lebih kurang) – beli online 5 hingga 6 keping asam keping (ikut masam mana nak) – beli online Garam secukup rasa – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Rebus cili kering. Kemudian kisar cili kering, bawang besar, belacan dan bunga kantan. Ketepikan.
2. Rebus ayam dengan sesudu garam dan juga asam keping. Selepas itu kisar ayam hingga halus. Campurkan sekali air rebusan ayam ketika kisar isi ayam.
3. Satukan semua bahan. Letak daun kesum dan bunga kantan lagi, asam keping dan garam secukup rasa. Kuah boleh diubah suai ikut mana kita suka. Ada yang suka letak serai dan ada yang tidak letak. Terpulang pada masing-masing. Bolehlah dihidangkan dengan laksa dan sayur-sayuran yang lain.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.