Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan bersama nasi panas, ada lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang nak belajar cara-cara membuat Sambal Hitam Pahang yang sedap dan mudah, saudari Fazima Yahya ada kongsikan resipinya. Bolehlah dicuba nanti.
RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Belimbing buluh secukupnya Garam kasar
BAHAN TUMBUK @ KISAR KASAR: Bawang merah – kisar Cili padi – ikut kepedasan yang digemari Ikan bilis (beli online disini) (nisbah sukatan: 1 cawan buah belimbing : 2 cawan bilis : 1 cawan cili padi)
CARA MEMASAK: 1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa letak air. Masak guna api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.
2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
Ads
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
Ads
6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama.
Sup Ikan jika kena gaya masak dan campuran rencahnya, memang sedap dan menyelerakan. Malah tidak hanyir. Biasa makan sup Ayam, Sup Daging dan ketam kan? Apa kata kali ini cuba resipi Sup Ikan Merah perkonsgian saudari Ainn Mustafar ni pula. Mudah je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK SUP IKAN MERAH PALING SIMPLE & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping isi ikan merah 1-2 biji bawang merah – hiris atau tumbuk – beli online disini 2-3 ulas bawang putih – hiris atau tumbuk – beli online disini Halia secukupnya – hiris atau tumbuk 1 sudu makan rempah sup 1 batang serai – titik Akar ketumbar 1 uncang sup bunjut Air secukupnya Garam secukup rasa Tomato Batang Saderi Daun sup/daun ketumbar/daun bawang 1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan. 2. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis seketika. 3. Tambahkan serai, akar ketumbar dan juga sup bunjut. Masukkan air secukupnya. 4. Bila air mereneh, masukkan ikan. 5. Bila ikan sudah hampir masak, masukkan garam secukup rasa. 6. Tambahkan juga tomato dan batang saderi. Masak seketika. 7. Tabur daun sup, daun ketumbar atau daun bawang ikut cita rasa. Sedia untuk dihidang.
NOTA: Jika suka boleh tambahkan asam keping atau asam limau.
Anda peminat mi goreng? Dapat pula mi goreng basah, memang tak cukup sepinggan. Minum petang ni jom masak mi goreng lada hitam. Mi goreng ni simple saja tapi memang sedap. Kalau tak nak kosong boleh letak ayam, udang dan sayuran seperti sawi dan tomato.Korang kena cuba. Memang kena dengan tekak bila dapat menikmati mi ni.
MI GORENG MERICO(LADA HITAM)
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar-sederhana besar
3 tangkai cili besar -hiris serong
5 tangkai cili padi-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
3 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
Bahan-bahan tambahan:
Udang kering
Dada ayam -dadu
Fish cake- potong dadu
2 biji telur
Sawi
Taugeh
Tomato belah dua
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam.
2.Dah layu masukkan ayam dan fishcake.
3.Bila ayam dan fishcake dah masak,ketepikan semua pecahkan telur
4.Kacau-kacaukan.
5.Masukkan mi yang dah direndam dengan air suam dan lada hitam gaul rata.
6.Tambahkan 2 sudu besar gula dan kacau rata.
7.Tambahkan 7-8 sudu besar sos cili.
8.Gaulkan.
9.Tambahkan kicap kipas udang dan sedikit air.
10.Biar kejap semua bahan tu serap sebati dengan mi.
11.Baru tambah garam sedikit dan perasa.
12.Akhir sekali, tambahkan sayur gaulkan dan siap untuk dihidang.
Lapek sagan atau lopek sogan ialah sejenis kuih/manisan masyarakat Minangkabau.Resipi ini dikongsikan oleh kenalan Chef Sue yang berasal dari Riau. Dia yang pertama kali memperkenalkan kuih ni kepadanya lebih 20 tahun lalu.
Kuih ni lebih kurang macam lepat pisang cuma tiada tepung gandum yang digunakan sebaliknya diganti dengan beras pulut. Membuatnya sangat senang. Menurut kenalannya, perkataan lapek atau lopek tu bermaksud lepat manakala Sagan atau Sogan bererti malas.
LAPEK SAGAN
Bahan-bahan:
250gm beras pulut – rendam sejam atau lebih kemudian toskan 10 biji pisang – lumatkan 1 biji kelapa parut – putihnya sahaja 1 cawan gula perang (boleh kurangkan) Secubit garam halus Daun pisang secukupnya (saya guna daun nyirik)
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pisang dalam mangkuk lalu gaul sebati.
2. Letak dua sudu makan campuran tadi ke atas daun pisang/nyirik lalu bungkus rapi seperti membungkus lepat.
3. Kukus selama 30 minit.
Note: *Beras pulut susu pilihan terbaik sebab teksturnya lebih lembut dari beras pulut biasa. Boleh juga campurkan beras pulut hitam jika suka tetapi jika guna pulut hitam, kukus separuh masak dahulu pulut hitam tu baru gaul dengan bahan-bahan lain. *Pisang – biasanya guna pisang awak/abu/nangka/lemak manis. Nak guna pisang berangan, pisang tanduk pun boleh juga. *Kelapa – sebaik-baiknya pilih kelapa yang agak muda dan ambil bahagian putihnya sahaja. Kredit: Sue M Arukin
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.