![Untitled design (14)](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design-14-2.png)
Anda suka pasta? Jika YA, resipi ini wajib dicuba. Nampak macam hidangan dari restoran kan? Ternyata anda pun boleh buat sendiri di rumah.
PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm spageti
- 15 biji bawang putih |dicincang halus
- 5gm chili flakes
- 5gm serbuk parsli
- 60gm minyak zaitun |untuk menumis
- 30gm serbuk lada hitam
- 8 keping salami daging
CARA MEMASAK:
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
- Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
- Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
- Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
- Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami kemudian dihiris panjang.
- Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Ringkas Di Kala Perintah Duduk Diam-Diam Di Rumah
![Menu Ringkas Di Kala Perintah Duduk Diam-Diam Di Rumah](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/03/Untitled-design-2020-03-19T112737.944.jpg)
Kita manfaatkan masa sekarang ni (perintah duduk diam-diam di rumah) dengan buat perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada keluarga.
Siang tadi saya buat personal coaching dengan menantu, ajar dia buat homemade noodles. Saya bagitau, kalau setiap hari dia belajar satu menu/resipi dari saya, dalam 360 hari (setahun) dia dah boleh buat buku masakan sendiri bertajuk “Air tangan ibu mertuaku” hehehe.
Jom tengok resipi dan cara-cara membuatnya. As always, feel free to share! 💕💕
HOMEMADE NOODLES
Bahan-bahan:
400grams tepung high protein (guna tepung gandum biasa pun boleh)
200ml air (air biasa saja)
1 biji telur – grade B
Secubit garam
Cara-cara:
1. Masukkan tepung, garam dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli adunan. Air gunakan secukupnya sahaja (mungkin kurang sikit).
3. Uli hingga menjadi doh yang tak melekat pada mangkuk pengadun selama 8-10 minit (medium speed).
4. Keluarkan doh dari mangkuk pengadun, tabur sedikit tepung dan tutup dengan tuala dapur kering dan rehatkan doh setengah jam.
5. Canai doh nipis (ikut tebal mana yang disukai). Masa canai doh tu tabur sedikit tepung.
6. Lipat dua doh (macam lipat buku). Hiris doh ikut ketebalan yang disukai (gunakan pisau yang kering dan tajam).
7. Leraikan doh yang dah dihiris menjadi mi panjang dan tabur dengan tepung.
8. Didihkan air yang banyak dalam periuk, celur doh hingga empuk. Lalukan mi yang dah dicelur bawah air paip dan toskan. Sedia dihidangkan atau dimasak ikut citarasa.
*Tadi saya buat mi sup ikan senangin goreng.
Cara buat kuah Mi sup ni;
1.Didihkan 1 liter air rebusan kulit udang + 1 liter air rebusan tulang ikan dalam periuk.
2. Lima ulas bawang putih + 1/2 inci halia ditumbuk lumat dan tumis agak garing.
3.Masukkan dalam kuah sup, tambah garam & lada sulah secukup rasa. Didihkan lagi beberapa minit. Siap untuk dihidangkan dengan mi tadi.
Boleh tambah apa2 seperti taugeh, sawi celur, daun bawang, bawang goreng dan paling penting tambahkan chili oil dan hirisan isi ikan Senangin yang digoreng garing.
Enjoy!!!
#recipebychefsuearukin
Laksa Lemak Kedah Kaw Kaw Licin Satu Periuk
![Laksa Lemak Kedah Kaw Kaw Licin Satu Periuk](https://cdn.rasa.my/2022/02/433484.jpeg)
Pernah makan Laksa Lemak Kedah tak? Kalau belum pernah memang patut cuba resipi Laksa Lemak Kedah ni. Katanya resipi yang dikongsikan oleh Liyana Hassan di Facebook ni memang sedap gila, mantap, dan padu! Ish habislah diet macam ni asyik jumpa resipi sedap je. Disebabkan diet saya dah hancur, korang pun patut cuba resipi ni dan hancurkan diet korang juga hihi.
LAKSA LEMAK KEDAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian kisar hancur. (Boleh guna ikan lain juga)
1-2 biji bawang besar di kisar
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1-2 batang serai dititik
5-6 tangkai daun kesum
4-5 keping asam keping
1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
Air
Garam
Gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak & tumis bawang kisar, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
3. Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
Jangan lupa rebus laksa ye
Ulam-ulam boleh letak timun, bawang, selom, cili padi hiris-hiris nipis
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Liyana Hassan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/hampir-9k-perkongsian-resipi-roti-puri-ini/
https://www.rasa.my/resipi-kerabu-pucuk-paku-penambah-selera/
https://www.rasa.my/resipi-nasi-ulam-yang-sedap-dan-lebih-sihat/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Mee Goreng Daging Basah Laku Keras, Sedap Ya Amat!
![Resipi Mee Goreng Daging Basah Laku Keras, Sedap Ya Amat!](https://cdn.rasa.my/2023/02/Untitled-design-2023-02-23T143151.455.jpg)
Sedapnya Mee Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mee ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mee goreng daging simple perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni? Jom semak resipi di bawah.
CARA MASAK MEE GORENG DAGING SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mee kuning
- 2 sudu makan cili kisar – beli online disini
- 1/2 biji bawang besar – tumbuk – beli online disini
- 3 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini
- 200gm daging – hiris nipis
- 1 inci halia – dihiris halus
- 1 pokok sawi – potong
- 1/2 batang lobak merah – potong jejari
- 2 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 3 sudu makan sos cili – beli online disini
- 3 sudu makan kicap pekat – beli online disini
- 1 kiub pati daging – beli online disini
- 1 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini
- 1/2 cawan air
- Gula dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk hingga wangi.
2.Masukkan cili kisar. Masak hingga garing dan masukkan daging.
3.Tambahkan sedikit air dan biarkan daging empuk.
4.Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub pati daging, gula dan sedikit sahaja garam. Biarkan mereneh sebentar.
5.Seterusnya masukkan mee yang sudah dibasuh dan ditos, diikuti hirisan lobak merah dan juga sawi.
6.Masukkan 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos.
7.Gaul rata dan masak hingga mee menjadi lembut.
8. Mee Goreng Daging siap dimasak dan bolehlah dihidang dengan taburan bawang goreng dan daun sup.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official