Cara Masak Paru Goreng Yang Betul-Betul Rangup & Sedap

Share

Paru goreng yang rangup seakan keropok memang enak. Lebih membuka selera jika ia dimasak sambal, rendang atau pelbagai jenis masakan lain yang menaikkan lagi keenakannya. Walaupun menu menggunakan paru ini nampak mudah,  namun untuk menyediakan paru goreng yang sedap, rangup dan tidak hanyir, tetap ada caranya. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau kongsikan tip dan teknik  untuk mendapatkan rasa paru goreng yang garing dan sedap tanpa berbau hanyir. Jom cuba.

 

TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU

 

1. Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam.
2. Kemudian rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.


4. Akhir sekali, basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.

5. Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.

6. Rebus paru sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.

7. Setelah masak, angkat paru tadi dan toskan airnya. 

 

CARA MASAK PARU GORENG GARING

1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.

2. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.

3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. 

Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.


4. Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.

5. Paru Goreng Garing siap dimasak. Sedia untuk dinikmati.  Nak makan cicah sos pun boleh. 

 

Kredit resipi, petua & foto: Afy AL Habibi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN