Paru goreng yang rangup seakan keropok memang enak. Lebih membuka selera jika ia dimasak sambal, rendang atau pelbagai jenis masakan lain yang menaikkan lagi keenakannya. Walaupun menu menggunakan paru ini nampak mudah, namun untuk menyediakan paru goreng yang sedap, rangup dan tidak hanyir, tetap ada caranya. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau kongsikan tip dan teknik untuk mendapatkan rasa paru goreng yang garing dan sedap tanpa berbau hanyir. Jom cuba.
TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU
1. Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam. 2. Kemudian rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis. 3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru. 4. Akhir sekali, basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.
5. Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.
6. Rebus paru sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.
7. Setelah masak, angkat paru tadi dan toskan airnya.
Ads
CARA MASAK PARU GORENG GARING
1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.
2. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
4. Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.
Ads
5. Paru Goreng Garing siap dimasak. Sedia untuk dinikmati. Nak makan cicah sos pun boleh.
Nak cuba buat sambal yang menawan cita rasa? Jom try buat sambal tumbuk. Ramuannya digoreng terlebih dahulu. Kemudian ditumbuk satu per satu. Memang sedap tak terkata. Jom try. RASA berikan langkah demi langkah.
SAMBAL TUMBUK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar (dihiris)
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
1. Goreng semua bahan. Angkat dan toskan.
2. Letakkan semua bahan yang dah digoreng dalam pinggan.
3. Tumbuk semua bahan sedikit demi sedikit menggunakan lesung batu.
Akhir sekali, kaut semua bahan yang sudah ditumbuk dan letakkan dalam mangkuk. Sedia dinikmati. Boleh juga perahkan limau atau letak sedikit gula dan garam jika suka.
Anda pernah cuba resipi Daging Goreng Bollywood style ni? Nampak sedap dan membuka selera kan? Bahan-bahannya juga cukup mudah. Pasti sedap dinikmati bersama nasi putih panas. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa untuk hari ini, boleh cuba resipi perkongsian Sis Wani. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MASAK DAGING GORENG BOLLYWOOD STYLE
BAHAN-BAHAN:
Daging 1/4 keping Nise Kelantan / gula melaka – beli online disini Serbuk perasa secukupnya Bawang holland – hiris – beli online disini Hirisan cili Petai Minyak masak secukupnya
1.Hiris daging dan rebus hingga empuk daging dgn air sampai empuk. Petua untuk daging empuk: rebus daging guna api kecil dan tutup periuk supaya air cepat mendidih. HAsilnya daging memang lembut dan tidak liat.
2. Satukan bahan-bahan tumbuk dan tumbuk lumat. Jumlahnya boleh ditambah dan dikurang bergantung pada jumlah daging yang hendak dimasak.
3. Bila daging sudah empuk, masukkan semua bahan tumbuk tadi. Masukkan juga nise Kelantan dan serbuk perasa. Teruskan memasak daging.
4. Bila air rebusan sudah kering, masukkan sedikit minyak masak. Gaul daging supaya sekata.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, cili dan juga petai jika suka. Gaul sebati hingga sedikit layu.
6. Daging Goreng Bollywood style sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Jika bercadang nak buat majlis rumah terbuka hujung minggu nanti, resipi rendang negeri Sembilan ni boleh dicuba. Resipi yang cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Pasti puas hati.
RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
BAHAN KISAR:
15-20 biji cili api
2 batang serai
5-6cm kunyit
Sedikit lengkuas
BAHAN LAIN:
1 kotak santan
Kerisik secukupnya – optional
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
2 batang serai – dititik
Daun kunyit – jumlah ikut citarasa
Daun limau purut – jumlah ikut citarasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam bersama bahan kisar dan serai titik. Masak hingga ayam kecut. Ia bertujuan untuk keluarkan air ayam serta masak cili. Tak perlu letak minyak.
2. Bila ayam dan kering, masukkan sedikit air dan santan.
3. Biarkan mendidih dan bolehlah masukkan asam keping serta garam secukup rasa.
4. Bila kuah dah agak kering, masukkan kerisik.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
6. Teruskan masak hingga pecah minyak. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!