Nasi kukus macam dekat gerai memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Siap kongsi resipi sambal belacan lagi. Selamat mencuba!
Bagi yang sangat mementingkan kesihatan, jus buah-buahan tanpa gula adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana setiap jenis buah mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia bukan sahaja enak bahkan mampu memberi pelbagai khasiat pada tubuh sama ada untuk detoks, tingkatkan imunisasi dan sebagainya. Apa kata anda cuba 10 resipi jus sihat daripada MBG yang kami kongsi ini. Sangat mudah untuk dibuat dan jika inginkan buah-buahan yang segar dan bermutu tinggi, anda boleh membelinya di mana-mana outlet MBG.
JUS ANGGUR PISANG BERSAMA PIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji pisang | hiris
1 biji buah pir | hiris,buang biji
10 biji anggur
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar buah pisang, pir dan anggur hingga lumat dan sebati. Tambah sedikit air mengikut keperluan.
Sedia dinikmati.
Info chef: Elok untuk membantu mengawal paras gula dalam darah.
JUS BUAH NAGA DAN OREN BERSAMA EPAL
BAHAN-BAHAN:
½ biji buah naga | hiris
1 biji buah oren | hiris, buang biji
1 biji buah epal | hiris buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan buah naga, buah oren dan buah epal. Kisar hingga sebati. Masukkan air secukupnya.
Tuang ke dalam cawan. Sedia dinikmati.
JUS JAMBU BATU, EPAL DAN OREN
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal | buang biji, potong dadu
½ biji jambu batu | buang biji, potong dadu
1 biji oren | buang kulit dan biji, potong dadu
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua buah di dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan halus.
Masukkan air secukupnya
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu melancarkan perkumuhan.
JUS BERI YOGURT
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah pir | potong
20 biji beri biru
5 biji strawberi
Sedikit yogurt kosong
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur kesemua buah-buahan bersama yogurt ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.
Masukkan sedikit air jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati. Bagus untuk membantu sistem penglihatan.
Info chef: Boleh tambah ais jika suka.
JUS KIWI DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
¼ biji nanas | buang kulit
2 – 3 biji buah kiwi | buang kulit
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan nanas dan kiwi ke dalam pengisar.
Tambah sedikit air jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Berkhasiat untuk menghalang osteoporosis.
JUS MANGGA LOBAK MERAH DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak merah | kupas kulit
1 biji pir | buang kulit, potong dadu
1 biji epal | buang biji, potong dadu
1 biji mangga | buang biji dan kulit
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua buah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan lumat.
Masukkan sedikit air masak jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Bagus untuk menyejukkan badan dan membuang toksin di dalam badan.
JUS PISANG SITRUS
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji pisang | buang kulit
1 – 2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji perahan lemon
CARA MEMASAK:
1.Kisar buah pisang dan oren ke dalam pengisar hingga halus.
Masukkan perahan lemon. Kisar sekejap lagi.
Tambah air jika perlu. Tuang ke dalam bekas dan sedia dihidangkan. Boleh tambah ais jika suka.
Info chef: Kaya antioksidan dan memberikan rasa tenang.
JUS SADERI DAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 – 3 batang saderi
1 -2 batang timun Jepun | kupas kulit
1-2 biji epal hijau | buang kulit dan biji
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar batang saderi, epal dan timun hingga lumat. Masukkan air jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu mengurangkan kolesterol.
JUS UBI BIT MERAH OREN DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi bit merah | kupas
1-2 biji oren | kupas kulit dan buang biji
1-2 biji epal | kupas kulit dan buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar ubi bit merah, oren dan epal hingga hancur dan lumat.
Tambah sedikit air jika perlu dan kisar lagi.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan stamina.
JUS BUAH NAGA BERSAMA STRAWBERI DAN YOGURT BERSUSU
BAHAN-BAHAN:
5-6 biji buah strawberi segar
½ biji buah naga
Sedikit yogurt kosong
Sedikit susu segar
CARA MEMASAK:
Kisar buah naga, strawberi hingga hancur.
Masukkan yogurt dan susu. Kisar lagi.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Anti anemia dan menguatkan tulang. Boleh masukkan sedikit pemanis kurma jika suka.
Ayam goreng adalah antara makanan yang paling mudah nak dibuat. Orang ramai pun suka. Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap? Lagi-lagi ayam berempah. Nah, kami kongsikan resipinya.
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
Bahan kisar
3 batang serai
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Halia sebesar ibu jari
Bahan Lain:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili. Jika nak pedas boleh tambah lagi.
2 sudu makan rempah kari daging
Sedikit perasa dan garam
1 tangkai daun kari.
1 sudu makan tepung jagung.
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan dalam bekas berisi ayam dan gaul sebati.
2. Perap 1 jam dan boleh digoreng.
3. Tabur daun kari yang digoreng sekali.
Jimat dan mudah! Pelajari cara membuat sabun pencuci pinggan limau kasturi buatan sendiri yang berkesan menanggalkan minyak dan tahan berbulan-bulan. Panduan lengkap langkah demi langkah.