Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis.

Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.

Pernah Makan Bunga Durian? Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my

 

Pernah Makan Bunga Durian? Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my

 

Pernah Makan Bunga Durian? Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my

Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.

IKLAN
Pernah Makan Bunga Durian? Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni
kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/

Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.

1. BUNGA DURIAN GORENG BELACAN ( sumber:  nazronshahahmad.blogspot.my)

Pernah Makan Bunga Durian? Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm bunga durian (dicelur dahulu bagi lembut)
  • 2 sm belacan(dibakar dan ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih/diketuk
  • 1 biji bawang besar/dihiris
  • 1 biji cili merah/dihiris
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili sehingga layu sedikit.
  2. Kemudian masukkan belacan yang telah di sebatikan dengan 1/2 cawan air
  3. Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan kuahnya pekat. Bunga durian siap untuk dihidangkan.

2. ASAM LEPAS BUNGA DURIAN (sumber: zanavilla.blogspot.my)

Pernah Makan Bunga Durian? Orang Sarawak Dan Indonesia Cukup Suka Ni

BAHAN- BAHAN :

  • 3 ekor ikan kembung
  • 200gm bunga durian
  • 5 biji bawang merah /ditumbuk
  • 2 sm halia/ditumbuk
  • 2 sm belacan/ditumbuk
  • 3 batang serai/diketuk
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan tumbuk, serai, pes cili, asam gelugur dan air ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api sederhana sehingga merene, kemudian masukkan ikan diikuti bunga durian.
  3. Masukkan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih . Bila masak boleh lah ditutup api.
  4. Boleh dihidang bersama ikan masin dan nasi panas. 
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI