Di musim perayaan ini, bila adik beradik yang dekat datang berkumpul pastinya kita akan masak dalam jumlah yang banyak. Namun ada juga yang ragu-ragu tentang cara dan teknik memasak nasi ni. Maklumlah, biasanya masak nasi dalam 1-2 pot sahaja sehari. Panduan masak nasi dalam jumlah yang banyak, gebu dan lambat basi yang dikongsi oleh Noorastella Muhamma ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
TUTORIAL MASAK NASI PUTIH YG MUDAH, GEBU BERDERAI SEBIJI-BIJI,
TAHAN LAMA, SEDAP DAN WANGI.
1. Isikan air dalam periuk hingga penuh. Masak atas dapur gas hingga mendidih. Ia bertujuan untuk nasi yang tahan lama dan tidak cepat basi.
2. Bila air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Boleh juga letak daun pandan semasa merebus supaya berbau wangi.
3. Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dengan kuantiti beras yang ingin dimasak. Dalam gambar ini, jumlah untuk masak 3 kilo beras sekaligus. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yang ingin anda masak.
Ads
4. Basuh bersih-bersih beras yang hendak di masak. Pastikan beras dicuci berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang.
5. Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yang paling tepat adalah dengan menggunakan jari tengah. Masaklah berapa banyak beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sebelum ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.
6. Kaji beras yg anda gunakan.
Ads
Beras biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah garisan jari tengah.
Beras yang perlu guna banyak air, sukatan air guna garisan atas jari tengah.
Beras yang jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah.
Kawan-kawan boleh rujuk gambar jari tengah yang saya ikat gunakan getah untuk memudahkan kawan faham sukatan air beras.
7. Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul-betuldi tengah garisan jari tengah.
8. Masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo, masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yang masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.
Ads
9. Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan untuk aroma nasi yang wangi dan menyelerakan.
10. Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yang terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yang cantik dan tidak cepat basi.
Sesekali makan BuburAyam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Salah satu resipi Bubur Ayam yang paling mudah adalah yang dikongsi oleh saudari Ana Mariana Ismail ni. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
Musim perayaan begini, nasi impit memang antara hidangan yang wajib ada dalam menu Hari Raya. Zaman dulu, ibu-ibu kita buat sendiri nasi impit, homemade. Tak sukar pun buatnya jika tahu teknik yang betul.
Untuk resipi nasi impit kali ini, Fauziah Amin sudi berkongsi penyediaan nasi impit homemade. Menurutnya, beras pun memainkan peranan untuk menghasilkan nasi impit yang lembut dan sedap.
Buat nasi impit sendiri, selain sedap ianya menjimatkan juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripadanya.
Jika guna plastik yang bersaiz comel atau kecil, dah masak nanti hasilnya pun comel juga. Jadi, saya gunakan plastik besar bersaiz 5×8. Besar lebih mudah. Dah macam bantal bayi.
Dah masukkan beras ke dalam plastik, lipat hujung plastik dan staplekan saja.
Sukatan beras adalah setengah daripada plastik.
Buatlah lubang-lubang pada plastik menggunakan garpu atau lidi sate. Jangan gunakan pisau, bimbang plastik terkoyak.
Setelah selesai, bolehlah direbus selama 2 jam dan boleh angkat. Lembut je. Lebih lama tempoh merebus, lebih elok. Nasi impit tak mudah basi.
Pulut kuning yang lembut, sedap dan cukup lemaknya memang enak. Namun tak ramai yang mahir dalam memasak hidangan ni. Sesekali teringin nak makan bersama rendang, macam tak berbaloi untuk tempah. Jadi jom belajar masak Pulut Kuning ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Zara Lyana ni. Memang mudah!
1. Bersihkan beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan air. Paling minimum, rendam selama 6-7 jam sebelum kukus. ( empunya resipi hanya rendam guna air kunyit tanpa letak asam keping.)
2. Tos beras pulut dan keringkan airnya.
3. Carik-carikkan daun pandan dan letak dalam periuk kukusan sebagai alas. Kemudian letak beras pulut diatasnya.
4. Jangan risau beras pulut tidak akan jatuh.
5. Ratakan beras pulut dan lubangkan menggunakan jari seperti dalam gambar.
6. Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus pulut selama 30-45 minit.
7. Bila dah masak, angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dibancuh dengan sedikit garam. Fungsi garam adalah untuk menaikkan lagi rasa lemak pada santan.
8. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan jangan berlebihan. Takut nanti pulut terlebih lembik. Gaul santan dan pulut hingga sekata.
9. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus kembali selama 5-8 minit. Fungsi kukusan kali kedua ini adalah supaya pulut tahan lama dan tak cepat basi.
10. Siap dan boleh dinikmati mengikut selera dan citarasa masing-masing.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!