Kek Buah Kukus memang sedap dan merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian PuanHasniza Hassan ni.
Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.
Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.
KEK BUAH KUKUS KLASIK
BAHAN A:
600gm tepung gandum
4 sudu teh Cream of Tartars
2 sudu teh Bicarbonate of Soda
300gm Mixed Fruit (gaul semua dan ketepikan)
BAHAN B:
450gm marjerin planta
225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
5 biji telur ayam gred B/A
3 sudu teh esen vanila (pukul semua bahan sehingga ringan)
BAHAN C:
225gm gula kasar
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.
Ads
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.
6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.
Ads
7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.
8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
Ads
12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.
13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
17. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin nak makan kek tapi oven rosak atau di rumah memang tiada ketuhar. Supaya tetap boleh merasa, boleh bakar kek atas dapur gas saja.
Sebenarnya cara inilah juga yang diguna pakai oleh orang tua kita dulu untuk memasak kek. Jangan bimbang hasilnya tetap elok cantik dan gebu.
Cara buat kek marble bakar atas dapur gas
Bahan-bahan:
1 cawan marjerin (cap Pelangi )
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu kecik esen vanilla
5 bijik telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah
Cara membuat:
Pukul gula bersama marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla dan susu cair.
Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Akhir sekali masukkan tepung yang sudah diayak.
Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letak pewarna pada setiap satu adunan. Tuang adunan dalam loyang (corak ikut cita rasa).
Cara masak kek atas dapur gas
Ambil periuk besar yang boleh muatkan loyang, letak atas dapur. Masukkan loyang dalam periuk dan tutup periuk.
Masak dengan api yang kecil dalam 45 minit atau hingga kek masak.
Tip penting
1) Periuk perlu ditutup semasa membakar kek
2) Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim/kukus
3) Boleh letak alas bahagian dalam periuk dengan tudung periuk, pasir atau bahan yang tahan panas sebelum letak loyang kek. Letak terus loyang dalam periuk pun boleh.
4) Kek masak dalam tempoh 45 minit, jika belum masak dalam waktu itu, tambah masa 5 ke 10 minit lagi.
5) Tak perlu panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau ada yang nak panaskan dulu, terserah.
Tak lengkap raya tanpa biskut Almdon London ni. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun suka. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat! Menurut empunya resipi ni lagi, sudah 12 tahun beliau guna resipi biskut ni untuk berniaga dan customer memang suka. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba!
RESIPI ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex ( perangup biskut)
140gm gula aising ( boleh juga guna gula kastor)
2 biji kuning telur
150-200 biji badam ( goreng tanpa minyak atau panggang 15-20 minit hingga masak. Pastikan badam betul-betul sejuk sebelum guna.)
1/2kg coklat masakan ( untuk celup biskut)
Sedikit cocoa butter ( boleh abaikan jika tak ada)
Badam cincang secukupnya
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati. Anggaran pukul dalam 2 minit sahaja.
2. Masukkan tepung yang sudah diayak dengan emplex dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Cubit doh sebesar duit 10 sen dan masukkan badam. Bulatkan secara membujur. Lakukan hingga habis doh.
4. Bakar biskut selama 25-30 minit dengan suhu 180C menggunakan api atas bawah. Setelah masak, sejukkan biskut.
5. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boiler. Masukkan cocoa butter dan kacau sebati.
6. Celupkan biskut ke dalam coklat dan masukkan ke dalam cawan kertas.
7. Tabur badam cincang dan biarkan coklat mengeras.
8. Jika nak bagi coklat cengkam biskut dengan elok, boleh letak dalam peti sejuk selama 6-7 minit. Cuma kena berhati-hati kerana jika lebih masa, coklat boleh berpeluh dan tak cantik.
Korang dah mula mengumpul biskut raya ke? Ada yang terlebih rajin lebih suka membuatnya sendiri. Lagi puas makan katanya. Biskut Batang Buruk ini kalau buat awal pun boleh simpan buat kuih raya nanti atau mungkin juga boleh buat kudapan lepas bertarawih.
BISKUT BATANG BURUK Bahan-bahan: * 2 bungkus besar kulit popia * 3 bungkus tepung kacang hijau * 800 gram gula aising * 2 biji putih telur – sebagai pelekat * Straw saiz besar * Minyak – untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Potong kulit popia memanjang seperti didalam gambar mengikut ukuran pembaris 2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung di straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat 3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi sekejap dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya 4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan 5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan. 6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising – kisar gula sampai jadi halus. 7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati. 8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat 9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Nota: Ada yang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau, hanya gaulkan bagi rata. Resipi ini dapat 2 kilo setengah, kalau nak buat sikit, boleh bahagikan 2 bahan-bahan di atas.
Resipi Roasted Chicken Wings ala Pizza Hut yang sangat sedap, mudah dan berbaloi. Ikuti langkah lengkap untuk hasil panggang yang juicy, enak dan memikat selera keluarga.