Kain pengelap atau kain lap memang sangat penting dan perlu ada di dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan sisa kotoran, sisa minyak masak dan sebagainya. Bila dah diguna untuk mencuci kotoran, kesan yang melekat itu tentunya agak susah dibersihkan.
Ada kalanya, walau dibasuh dengan sabun yang banyak, kain pengelap tetap kelihatan kurang bersih dan berbau. Khas untuk anda, RASA kongsikan satu petua mudah yang mampu menjadikan kain pengelap anda kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Jom cuba.
Masalah nasi basi ni memang tak berkesudahan. Sama ada nasi atau periuk yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Pelbagai petua dicuba namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
kredit: organicfacts.net
Penat bertukar jenis beras, apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil beberapa kuntum bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh dan rendam beras seketika bersama-sama cengkih kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi akan menjadi lebih harum dan lambat basi.
Selalu terjadi santan yang kita simpan dalam peti sejuk akan jadi berketul-ketul bila hendak digunakan. Sudahnya bila hendak gunakan untuk membuat gulai hasilnya jadi tak cantik.
Jika berdepan dengan masalah ini boleh gunakan tip berikut untuk memastikan santan berketul ini jadi elok semula. Caranya cukup mudah hanya letak daun pisang saja
1. Panaskan santan dalam periuk tapi pastikan guna api perlahan saja.
2. Pastikan santan sentiasa dikacau.
3. Kemudian masukkan daun pisang yang dipotong di dalam santan tadi.
4. Teruskan mengacau santan dalam pada yang sama santan yang berketul atau pecah tadi akan lerai dan elok semula.
Telur adalah lauk wajib ada dalam kebanyakan dapur, selain murah, ia sedap dan mudah dimasak dengan pelbagai cara. Telur juga tahan disimpan lebih seminggu. Namun walaupun disimpan dalam peti sejuk, jika dibiarkan lama telur juga akan hilang kesegarannya. Tapi korang mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu sama ada telur itu masih segar atau tak. Berikut tanda-tandanya:-
Tahu tak, ada dua jenis putih telur dalam sebiji telur, putih yang cair dan pekat. Hal ini lebih ketara dilihat pada telur ayam segar berbanding telur ayam lama yang sukar dikesan perbezaan tekstur kerana yang pekat sudah menjadi cair.
Telur baru atau segar tidak ada sebarang tanda darah atau benda asing, sedangkan telur lama atau tidak segar ada tanda titik darah atau benda asing.
Bentuk kuning telur segar atau baru adalah bulat dan letaknya di tengah putih telur pekat. Pada telur lama, bentuk kuning telur tidak bulat dan kedudukananya tidak di tengah putih telur yang pekat. Sebab itulah jika membuat telur mata menggunakan telur lama kejadiannya tidak sesempurna menggunakan telur baru di mana kuningnya berada di tengah-tengah.
Kuning telur yang segar mudah diambil menggunakan tangan berbanding telur lama. Lapisan putih telur pekat yang meliputi kuning telur sudah cair, menyebabkan sukar mengambilnya dengan tangan dan boleh menyebabkan ia mudah pecah.
Jika korang tidak mahu menggunakan telur lama, ada baiknya pecahkan dahulu telur dalam mangkuk sebelum memasukkan dalam kuali atau dimasukkan dalam adunan kuih. Daripada info di atas korang boleh tahu telur itu masih baru atau lama.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...