Telur adalah lauk wajib ada dalam kebanyakan dapur, selain murah, ia sedap dan mudah dimasak dengan pelbagai cara. Telur juga tahan disimpan lebih seminggu. Namun walaupun disimpan dalam peti sejuk, jika dibiarkan lama telur juga akan hilang kesegarannya. Tapi korang mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu sama ada telur itu masih segar atau tak. Berikut tanda-tandanya:-
- Tahu tak, ada dua jenis putih telur dalam sebiji telur, putih yang cair dan pekat. Hal ini lebih ketara dilihat pada telur ayam segar berbanding telur ayam lama yang sukar dikesan perbezaan tekstur kerana yang pekat sudah menjadi cair.
- Telur baru atau segar tidak ada sebarang tanda darah atau benda asing, sedangkan telur lama atau tidak segar ada tanda titik darah atau benda asing.
- Bentuk kuning telur segar atau baru adalah bulat dan letaknya di tengah putih telur pekat. Pada telur lama, bentuk kuning telur tidak bulat dan kedudukananya tidak di tengah putih telur yang pekat. Sebab itulah jika membuat telur mata menggunakan telur lama kejadiannya tidak sesempurna menggunakan telur baru di mana kuningnya berada di tengah-tengah.
- Kuning telur yang segar mudah diambil menggunakan tangan berbanding telur lama. Lapisan putih telur pekat yang meliputi kuning telur sudah cair, menyebabkan sukar mengambilnya dengan tangan dan boleh menyebabkan ia mudah pecah.
Jika korang tidak mahu menggunakan telur lama, ada baiknya pecahkan dahulu telur dalam mangkuk sebelum memasukkan dalam kuali atau dimasukkan dalam adunan kuih. Daripada info di atas korang boleh tahu telur itu masih baru atau lama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI