Jemu dengan kek biasa? Apa kata anda hasilkan kek dari buah tembikai pula. Ya..Jangan tak tahu, dengan buah tembikai manis pun kita boleh gubah menjadi kek. Nampak sedap kan? Yang penting, lebih sihat & kaya dengan vitamin.
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ads
½ biji tembikai
100gm kepingan badam | dibakar sedikit
225gm krim putar
Sedikit buahan segar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ads
Potong tembikai mengikut bentuk sebiji kek.
Pukul krim putar sehingga kembang dan sapukan ke sekeliling buah tembikau tadi untuk membentuk menjadi kek.
Akhir sekali, hias kek tembikai dengan buah-buahan segar seperti strawberi, anggur dan potongan kiwi.
Tabur badam di sekeliling kek tembikai.
Sedia dinikmati.
INFO CHEF : Untuk lebih enak, masukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu dan selepas itu barulah boleh dipotong dan dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Roti Telur Sardin Homemade resipi perkongsian saudari Siti NurFarizah Mohamad ni. Ringkas tetapi nampak sedap dan menyelerakan. Jika dekat dapur ada roti sandwich yang susah nak habis, boleh cuba resipi ni. Sesuai untuk minum petang dan juga sarapan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI ROTI TELUR SARDIN HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan ikan sardin, bawang merah, bawang putih, hirisan cili, daun bawang dan daun sup. Gaul rata hingga sebati.
2. Pecahkan telur dalam bekas berlainan dan pukul sedikit. Kemudian masukkan campuran sardin tadi. Gaul rata.
3. Celupkan kepingan roti yang telah dipotong ke dalam mangkuk berisi bancuhan telur dan sardin. Ratakan.
4. Panaskan kuali non-stick dan masukkan sedikit minyak. Kemudian masak kepingan roti hingga masak dan kekuningan.
Congo Bar ni macam kek buatnya. Boleh dihidang masa berbuka atau dibuat untuk juadah kek raya pun okay.
Tak sampai 10 bahan pun, kata LaLa Kellys yang berkongsi resipi ini “Memang padulah pekena time siang dan malam, senang aje buatnya bolehlah makan dengan keluarga.”
Lembut dan sedap aje lalu kat tekak.
CONGO BAR
BAHAN-BAHANNYA :
CARA MEMASAK :
1. Satukan gula dan mentega, kacau sampai sebati. 2. Masukkan telur dan tepung, kaup balik sampai sebati 3. Masukkan coklat coin. 4. Taburkan coklat cip dan kepingan badam sebagai hiasan
5. Bakar api atas bawah dengan suhu oven 150 Celcius selama 30 minit, ikut oven masing-masing
Sekarang ini, musim demam roti jala. Pelbagai corak, warna dan juga rekaan yang timbul sehinggakan begitu meriah apabila juadah roti jala diletakkan dalam bekas.
Sangat mudah untuk membuatnya. Perkongsian daripada Nor Al Fatihah ini diharapkan dapat membantu mak-mak di luar sana menceriakan anak-anak.
ROTI JALA AISKRIM PADDLE POP
BAHAN-BAHAN ROTI JALA:
3 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu teh garam halus 1 biji telur gred B 3 sudu besar minyak masak – beli online di sini ½ cawan susu cair/santan – beli online di sini 2 ½ cawan air Pewarna pink, biru, kuning & oren Manik warna (optional) Botol roti jala muncung 3
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan di dalam bekas adunan. Kacau sebati dan kisar hingga halus 2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan campur pewarna setiap satu. Masukkan semua ke dalam botol roti jala muncung 3.
3. Jalakan adunan pink dulu di atas non stick pan menggunakan api kecil. Bila sudah kering dalam 30 saat, angkat, tak payah diterbalikkan dan gulung. Cubit-cubit menjadi ketulan-ketulan kecil.
*Buat cara yang sama untuk warna kuning dan biru. 4. Jalakan adunan oren pula sebagai kon aiskrim. Jalakan melintang panjang dulu, kemudian menegak.
5. Bentangkan roti jala oren. Letak beberapa biji roti jala pink, biru dan kuning di atasnya. Balut dengan roti jala oren tadi hingga kemas.
6. Tabur manik warna di atas aiskrim. Kalau tak nak letak pun boleh saja. Hanya untuk hiasan dan untuk cantikkan lagi.
Satukan semua bahan di dalam periuk. Kacau dulu baru buka api. Masak dan kacau sentiasa di atas api sederhana hingga kuah pekat. Hidangkan roti jala bersama kuah manis
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.