Idea perkongsian saudari Nor Fatihah ini memang sangat kreatif. Dari bancuhan roti jala biasa, anda boleh hasilkan roti jala berbentuk tembikai dan lobak merah. Memang menarik. Nak makan pun terasa sayang. Sesuai juga dijadikan hantaran atau buah tangan. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
BAHAN ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna merah, oren dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas. Kacau dan tapis.
2. Bahagikan kepada tiga bahagian dan campur pewarna merah, oren dan hijau. Adun rata.
3. Masukkan adunan ke dalam botol atau acuan roti jala.
4. Corakkan bentuk lobak merah dan tembikai dan biarkan masak.
Ads
5. Lipat dan gulung roti jalan seperti di bawah.
6. Sedia untuk dinikmati bersama kuah serawa ataupun kari.
Ads
Roti Jala TembikaiRoti Jala Lobak Merah
KUAH SERAWA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan gula melaka
Gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan | disimpul
1 biji telur | dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air. Bertujuan untuk memekatkan kuah.
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan santan, air, gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau rata dan didihkan di atas api.
2. Kemudian masukkan telur dan garam. Kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung gandum dan air. Kacau lagi hingga kuah pekat.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama roti jala tadi.
Roti jala yang dihidangkan bersama kuah Serawa Durian
Info chef: Untuk biji tembikai, anda boleh hasilkan dengan menabur bijan hitam ataupun titiskan coklat cair diatas roti jala.
Jika menyebut kuih talam, siapa saja tidak menyukainya. Rasanya lemak manis memang tidak cukup sepotong. Namun membuat kuih talam ini tidak semua orang pakar. Ada yang berkali-kali membuatnya, baru menjadi. Buat yang suka sangat dengan kuih talam, bolehlah cuba buat. Ada rezeki menjadilah kuihnya boleh diberi pada jiran tetanga untuk merasa.
TALAM LABU Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
2 cawan labu yang telah direbus(kisar saja senang bersama santan)
1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu tepung ubi -BELI ONLINE DI SINI
1 cawan santan
1 cawan gula
secubit garam
Bahan lapisan atas:
2 cawan santan
2 cawan air suam
1/1/2 cawan tepung gandum(kalau nak keraskan sikit bahagian atas jadikan 2 cawan)
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan lapisan bawah kacau hingga sebati. 2.Masukkan ke dalam loyang saiz 9. 3.Panaskan terlebih dahulu pengukus bila dah panas masukkan loyang ke dalam pengukus, kukus selama 10 minit. 4.Selepas itu masukkan semua bahan lapisan atas ke dalam loyang tadi dan dikukus selama 25 minit hingga 30 minit atau sampai masak dengan api yang sederhana perlahan.
Teknik mendonut tanpa perlu diuli memang memudahkan kerja. Elok kembang gebu donut yang dihasilkan memang sesuai untuk ibu-ibu sibuk bekerja menyediakan donut ini. Selamat mencuba!
RESIPI DONUT GEBU TANPA ULI
BAHAN-BAHAN:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
*campurkan bahan di atas dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
Biarkan selama 30 minit atau sehingga donut kembang.. Lepas tu boleh goreng.
TIP: Untuk frozen, goreng sekejap je ye.
Kongsi Resepi: Che Eda
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Potato Fritters atau CucurKentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek minum petang untuk anak-anak dan suami. Ada pelbagai jenis resipi yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS) SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang – kupas kulit dan parut
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun sup/ daun bawang secukupnya
Sedikit emping cili ( chilli flakes)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.