Dadih memang enak. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman ini.
RESIPI DADIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar tali
4 liter air
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
400gm krimer coffeemate
4 sudu makan gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.
3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
Ads
4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Ads
Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.
Sarapan pagi dengan roti sardin memang layan. Nak jadikan ia rangup,ada rahsianya. Gunakan sedikit limau untuk jadikan roti sardin tu jadi lebih rangup. Nak nampak kuning, letakkan sedikit serbuk kunyit.
Sedapnya Kuih Talam Berlauk perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Sangat mudah dan tidak sukar disediakan. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas dan mudah didapati di kedai serta pasaraya berhampiran. Inti pun guna daging burger sahaja. Berbaloi sangatlah cuba ni. Jom semak bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara memasaknya.
CARA MEMASAK KUIH TALAM BERLAUK SEDAP GUNA DAGING BURGER
BAHAN INTI 2 keping daging burger – cincang 1 biji bawang besar – cincang – beli online disini 2 ulas bawang putih – cincang – beli online disini 1 sudu makan serbuk kari – beli online disini Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN LAIN: Lada besar merah/hijau – hiris Daun sup – hiris Bawang goreng secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu dan naik bau.
2. Masukkan daging burger yang sudah dipotong-potong. Biarkan jus airnya keluar.
3. Letak serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Masak hingga daging kering airnya.
4. Angkat tumisan daging burger dan masukkan ke dalam tapis untuk tos lebihan minyak. Biarkan sejuk.
5. Ambil loyang dan oleskan dengan minyak masak. Alas plastik. Oles plastik dengan minyak. Sambil tu panaskan pengukus.
6. Tuang adunan tepung yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk. Masak gun api kecil selama 10-15 minit. Pastikan adunan sentiasa dikacau kerana ia mudah bergentel.
7. Bila adunan sudah pekat macam ni dan naik wap, padamkan api.
8. Terus pindahkan adunan ke dalam loyang tadi dan kukus selama 15 minit.
9. Selepas 15 minit, keluarkan loyang dari kukusan. Gores permukaan kuih dengan garpu.
10. Tabur inti daging tadi. Mampat dan ratakan.Kemudian sambung kukus lagi selama 15 minit.
11. Selepas 15 minit, cucuk kuih dengan lidi. Kalau lidi bersih, ia menandakan adunan sudah masak.
12. Tabur daun sup, bawang goreng dan hirisan cili. Kukus kembali dalam 2 minit.Tutup api dan biarkan kuih sejuk.
13. Bila kuih sejuk, keluarkan dari loyang perlahan-lahan.
14. Potong kuih menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
INFO: Selain inti daging burger, boleh juga masak inti menggunakan daging kisar, ayam, udang atau sardin.
Harum semerbak bila membakar korean garlic bread ni. Ada lebihan roti yang tak habis, boleh cuba guna roti gardenia ikut resepi ni. Tak sangka lagi sedap rupanya. Tapi kalau yang suka pakai roti bun pun boleh, buat dua sekali.Tambah serbuk badam di atas lagi rasa crunchy.
KOREAN GARLIC BREAD ALMOND
Bahan-bahan:
Roti gardenia/roti bun
Serbuk badam@badam cincang
Bahan A
1 ketul butter
1 biji telur
3-5 ulas bawang putih
1sudu madu@gula
Parsley
Bahan B
250gm Cream cheese
2 sudu susu pekat
3 sudu susu cair/susu segar
Cara membuat:
1.Sebatikan A dengan cara cairkan butter,kemudian masukkan bawang putih biarkan sejuk seketika,kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi bersama madu, parsley kering dan kacau sebati.
2.Untuk bahan B masukkan cream cheese ke dalam mangkuk.Aduk bersama susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan ketepikan.
3.Kemudian ambil sekeping roti buang bahagian tepinya,letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.
4.Salut roti ke dalam bahan A tadi susun atas dulang pembakar,dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga masak dan garing.Siap dihidangkan.
Resipi puding roti tawar paling mudah dan sedap menggunakan bahan ringkas. Tekstur lembut, berlapis cantik dan sesuai dijadikan pencuci mulut untuk seisi keluarga.