
Sup Bunjut ni memang antara bahan wajib ada kalau nak masak hidangan sup yang sedap dan enak terutamanya sup daging, sup tulang dan sup ayam. Nampak macam bahan yang ringkas je tetapi kalau tiba-tiba nak masak sup tapi tak ada bahan ni, memang tak keruan jadinya. Nak ke kedai semata-mata untuk beli uncang ni, agak tak berbaloi. Jadi anda boleh buat sendiri dengan mencuba cara perkongsian dari page Delihayat Kitchen ni. Mudah sangat-sangat. Boleh buat stok dekat dapur.
CARA BUAT CAMPURAN SUP BUNJUT
BAHAN A (untuk 1 bunjut):
- 1 keping kulit kayu manis – pecahkan jadi kecil, ambil sedikit sahaja.
- 1 kuntum bunga lawang – ceraikan
- 3 kuntum bunga cengkih
BAHAN B (dipecah-pecahkan):
- 1 sudu makan ketumbar
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh lada putih
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 3 biji buah pelaga – pecahkan
- Secubit biji sawi
- Secubit biji kas-kas – jika tiada, boleh abaikan
CARA MEMBUAT:
1. Ambil bahan B dan pecah-pecahkan (tumbuk sedikit sahaja).
2. Kemudian masukkan bahan A dan B ke dalam kain kasa (kain balut luka). Kain ini boleh dibeli di farmasi.
3. Bentukkan uncang dan lilit menggunakan benang. Sedia untuk digunakan dalam masakan.
INFO RASA: Boleh buat dalam jumlah yang banyak dan simpan uncang sup bunjut dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Delihayat Kitchen
Resipi Daging Bakar Bersama Sos Ala Danok. Menu Popular Selatan Thai Ni Memang Sedap!

Salah satu resipi daging bakar yang paling sedap dan membuka selera. Bagi anda yang sukakan menu ini, memang wajib cuba. Resipi daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thailand ni memang menyelerakan. Tak susah nak sediakan menu ni. Daging diperap dengan ramuan khas membangkitkan rasa enak ditambah pula dengan sos masam manis menambahkan lagi selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni! Anda pasti suka.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
- 2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
- 2 sudu besar sos tiram*
- 2 sudu besar kicap cair*
- 1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
- 1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
- 1 sudu kecil lada sulah*
- 2 sudu besar gula perang*
- 3 sudu besar susu cair*
- 1 sudu kecil serbuk cili *
- Sedikit serbuk perasa*
- Sedikit minyak masak
- 1 ketul arang size kecil
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
1. Perap daging selama 3-4 jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*)
2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
3. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
4. Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
5. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja.
6. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.
SOS PENCICAH DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN:
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
- 1 sudu besar serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)
- 4 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau tidak ada boleh ganti dengan gula perang
- 1 sudu sudu besar pes asam jawa – cairkan dengan sedikit air panas
- 2 sudu besar thai chilli flakes
- 3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya sahaja
- 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati.
- Sesuaikan mengikut rasa anda. Siap untuk dihidang bersama daging bakar.
Kredit resipi & foto: Adnilsam Apat
Rahsia Buat Sup Tulang Yang Sedap, Tumis Batang Saderi & Bubuh Lobak Merah Kisar

Selain tomyam, pasti anda juga gemar makan sup betul tak? Bayangkan anda sedang menikmati sup tulang bersama nasi dan sambal kicap, fikir sahaja sudah terliur, bukan? Jika anda teringin hendak makan sup tulang lembu, boleh cuba resepi seperti yang dikongsikan oleh Fazniza Razali. Cara penyediaan ialah memasak secara manual bukan menggunakan ‘pressure cooker.’ Selamat mencuba!
RESIPI SUP TULANG LEMBU
BAHAN-BAHAN 1:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih – beli online
Halia dalam 2 ketul – beli online
1 sudu ketumbar
**bahan ini dikisar sampai halus
BAHAN 2:
3 batang saderi
1 batang lobak merah
**ini pun dikisar sampai hancur
BAHAN 3:
3 batang kulit kayu manis – beli online
4 biji bunga lawang – beli online
10 biji bunga cengkih – beli online
10 biji buah pelaga – beli online
1 senduk serbuk sup – beli online
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah 2)
3 batang saderi (dihiris)
3 biji bawang besar (dibelah 4)
Air
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
2. Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi pada tulang-tulang empuk. Jika tidak empuk lagi, tambah air sehinggalah semua isi pada tulang empuk.
3. Kalau ada ‘pressure cooker’ boleh cepat masak. Resipi yang dikongsikan ini menggunakan cara manual jadi mengambil masa sehingga hampir 1 1/2 jam untuk isi-isi daging empuk.
4. Apabila isi daging telah empuk, masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang sudah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perasa.
5. Masak sehingga ubi kentang empuk lebih kurang 10 minit.
6. Apabila sudah masak, bolehlah angkat. Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Hidangkan.
Sumber kredit: Fazniza Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sekali Buat Dapat 30 Biji. Resipi Golden Fries Ball Ni Memang Sedap & Mudah
Resipi Apam Jagung Yang Senang Nak Buat, Guna Jagung Dalam Tin Je
Biskut Chocolate Almond Slices Sekali Makan Confirm Nak Lagi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lidah Lembu Bakar Dan Air Asam, Terliur Dibuatnya

Sedap makan lidah lembu. Selain dibuat sup, salah satu cara menyediakan hidangan berasaskan lidah lembu adalah dibakar. Kemudian dimakan dengan cara dicecah pada air asam. Memang sedap. RASA berikan resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah.
LIDAH LEMBU BAKAR & AIR ASAM
BAHAN PERAP
1 kg lidah lembu | potong 3
3 cm kunyit hidup | atau 2 sudu besar serbuk kunyit
Garam | jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Letakkan lidah lembu dalam bekas. Taburkan kunyit dan garam.
2. Perap seketika.
3. Panaskan kuali dan letakkan lidah lembu di atasnya.
4. Balik-balikkan sehingga masak.
BAHAN AIR ASAM (KISAR HALUS)
2 ulas bawang merah
3 tangkai cili padi merah
2 tangkai cili padi hijau
2 tangkai cili merah besar
2 sudu besar asam jawa | bancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan | dibakar
3 sudu besar gula
BAHAN AIR ASAM (HIRIS)
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato | dipotong dadu
2 tangkai cili padi hijau | hiris halus
CARA MEMBUAT AIR ASAM
1. Masukkan bahan hiris ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam mangkuk tadi.
3. Kacau sehingga sebati. Sedia dinikmati dengan lidah lembu bakar.
Selamat mencuba!