Sekarang ni kuih tepung boko ubi kayu tengah viral kan. Sana sini orang mula buat dan jual untuk dapatkan pendapatan sampingan.
Kalau nak rasa tepung boko ubi kayi yang asli, ini resipinya. Cubalah. Orang kata, resipi tradisi ni biar berpanjangan. Kan?
Ads
TEPUNG BOKO UBI KAYU
Bahan-bahan
3 cawan air
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
3 cawan ubi kayu (diparut)
Ads
Cara membuat
1. Isikan air dalam periuk. Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campur dengan 3 cawan ubi kayu parut. Gaul rata. Kukus 30 minit.
Bahan Lapisan Atas
1 cawan santan pekat boleh guna santan kara.
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
Ads
Cara membuat lapisan atas
1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masak atas api kejap sahaja sambil kacau. Api kecil.
2. Bila dah pekat sikit tutup api. Kacau sebati dan tuang atas ubi yang dikukus tadi. Siap.
Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Petang begini mula terbayang kuih muih yang enak. Tambah pula cuaca seakan mendung. Sejak kuih kaswi gedik jadi viral, hampir setiap hari menu ini lalu lalang di fb.
Kalau ikut yang cara viral, kenalah pakai acuan khasnya. Memang berebut orang nak beli acuan ni. Stok di kedai pun boleh habis. Bolehlah beli secara atas talian acuan viral ni.
Sebenarnya secara asas kuih kaswi ni dimasak guna loyang jer, macam opah kita buat dulu. Rasa lemak-lemak manis ditambah kelapa parut memang lengkap minum petang korang.
Tak kisahlah nak buat guna acuan apa, yang penting rasanya kuih kaswi, bukan kuih lain. Jomlah kita masuk dapur sediakan bahan-bahan nak buah kuih ni.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 cawan tepung ubi – beli online disini
1 sudu air kapur (secubit kapur + sesudu air kapur yang siap dibancuh) – beli online disini
1 cawan gula merah – beli online disini
1 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir – beli online disini
5 cawan air
Kelapa parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam garam
CARA MEMASAK:
1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api sekejap untuk hancurkan gula. Letak daun pandan untuk aroma. Bila gula telah larut, biarkan sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama 3 cawan air. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau sebati dan tapis.
4. Guna adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8.
5. Kukus adunan kuih selama 30 – 40 minit.
6. Bila Kuih Kaswi telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Kuih tradisional tetap menjadi pilihan walaupun pelbagai makanan unik dan yang telah diolah muncul dari sehari ke sehari. Antara yang mendapat tempat di hati dan menjadi pembuka selera adalah kuih ketayap, kuih peria dan kuih bakar pandan.
Tiga jenis kuih tradisional hasil perkongsian resipi Rahmah Rosmin ini pastinya menggamit kenangan saat ibu atau nenek kita membuat kuih ini dahulu.
Jom kita cuba buat.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
2 ¼ – 2 ½ cawan air pandan / secukupnya
Sedikit pewarna hijau epal – jika perlu
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan di atas, kemudian kisar hingga halus.
Panaskan kuali non stick. Pastikan pan telah panas, baru tuang adunan.
Tuang sedikit adunan, kemudian lenggangkan.
Bila dah masak, angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa. Kemudian, gulungkan kemas-kemas.
(INTI KELAPA)
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir (ikut tahap manis yang dikehendaki)
½ cawan air
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum (agar inti tak berderai)
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis air gula.
Masukkan kelapa. Kacau hingga air kering dan kelapa masak.
Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
*Kalau suka inti warna hitam, masukkan sedikit kicap pekat.
KUIH PERIA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
1 cawan @ secukupnya santan cair / air
Pewarna makanan hijau
Minyak masak
Inti kacang merah
Sarung buah – untuk membentuk jalur
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut, tepung gandum, garam, santan cair dan pewarna makanan ke dalam sebuah bekas dan uli sehingga membentuk doh.
Kemudian, oles sedikit tangan dengan minyak. Ambil sedikit doh kecil dan bentukkan membulat. Kemudian, leperkan dan letak di atas sarung buah.
Isikan inti kacang merah di tengahnya dan tutup kemas. Setelah itu, gulung bersama sarung buah. Tekan sedikit untuk membentuk corak.
Apabila sudah siap semuanya, kukus selama 8 hingga 10 minit dengan api sederhana kuat.
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
½ cwn gula pasir (manis ikut cita rasa)
½ sudu kecil garam
2 ¼ cwn santan
1 cawan jus pandan
3 biji telur
2 sudu besar marjerin
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil esen vanila
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan. Kemudian, Kisar hingga halus.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Panaskan sekejap atas dapur gas. Kemudian, tuang adunan dan taburkan bijan.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.