Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Hasilnya sama seperti Taufu Fa yang dibeli di Bazar Ramadan. Cubalah.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A: • 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya ) • 3200 ml air
CARA MEMASAK: 1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton. 2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan. 3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah. 4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air. BAHAN B ( CAMPURAN GDL): • 1 1/2 sudu teh GDL (beli online disini) • 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung (beli online disini) • 3 sudu besar air soya yang belum dimasak CARA MEMBUAT: 1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati. 2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.
CARA MEMBUAT TAUFU FA: 1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)
2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.
3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.
Ads
4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka. BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
• Air • Gula/gula melaka • Daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis. 2.Tapis dan sejukkan.
Ads
INFO: • Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap. • Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya. • Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Orang Melaka terkenal dengan asam pedas daging tetel atau ada yang panggil daging cincang. Bukan sahaja enak dimakan dengan nasi malah berselera juga dicicah dengan roti canai. Jangan pelik kalau datang ke Melaka makan roti canai kat warung mereka hidangkan asam pedas gantikan kari selain dari kuah dhal.
Asam pedas daging tetel Bahan-bahan:
Daging bercampur lemak (kalau daging saja tak sedap mesti kena ada lemak sikit potong cuci bersih toskan
1 biji bawang besar-kisar 2 biji bawang putih-kisar 4 batang serai- dititik Lengkuas-kisar Kunyit hidup-kisar Halia-kisar Jintan manis -kisar Jintan putih-kisar Ketumbar-kisar Daun limau purut ( dikeringkan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama) 1 sudu kerisik Air asam jawa secukupnya
Cara memasak: 1.Kisar bahan-bahan iaitu bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit basah,jintan manis,jintan putih,ketumbar
2. Setelah kisar halus bahan-bahan tadi campur dengan cili kisar .Gaulkan sekali.
3.Tumis garing biar sampai pecah minyak.
4.Masukkan daging tetel dengan serai.
5.Jangan lupa letak daun limau purut, tutup periuk masak pada api sederhana bagi daging tu betul-betul empuk.
6.Bila daging dah lembut baru masukkan air asam jawa.
7.Perasa garam dan serbuk ajinomoto.(tapi saya tak pakai)
Siap untuk hidangan tengah hari ini. Selamat mencuba Kredit:Aishah Ismail
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Dalam bulan Syawal ni menu lemang dan nasi impit memang antara menu yang jadi kegemaran ramai. Memang sedap kalau dimakan bersama rendang, serunding atau kuah kacang. Namun, ramai yang kurang pasti cara-cara untuk hasilkan nasi himpit homemade dalam kuantiti yang sedikit. Perkongsian Puan Khatimah ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pejal. Nak buat pun mudah je. Hanya guna bekas tupperware. Jom cuba.
CARA MASAK NASI HIMPIT BEKAS TUPPERWARE
BAHAN-BAHAN:
1 pot beras
3 pot air
(Boleh tambah daun pandan supaya wangi)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras dan masukkan air. Masak sehingga nasi masak. ( Jika masak guna periuk nasi elektrik, masak seperti biasa. Jika guna periuk tekanan, set HP 7 minit)
2. Bila nasi sudah masak, masukkan dalam bekas. Hentak-hentak sedikit dan padatkan. Biar nasi sejuk kemudian barulah ditutup penutupnya.
3. Biarkan nasi impit semalaman sebelum dipotong. Kalau nak cepat makan, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dah boleh potong.
4. 1 cawan sukatan beras cukup-cukup untuk saiz bekas tupperware empat segi. Boleh juga guna bekas lain ikut kesesuaian.
Selain nasi, bubur juga mengenyangkan. Bagi menyedapkan rasa boleh saja tambah lauk pauk lain seperti sambal dan ikan ikan masin. Nak makan bubur lambuk tidak semestinya tunggu bulan puasa. Boleh saja membuatnya jika suka.. Kalau nak rasakan kelainan boleh cuba buat bubur lambuk Trengganu yang berbeza dari bubur biasa kerana bahan-bahannya terdiri dari pelbagai antaranya daun kesom, daun kadok, pucuk paku hijau dan daun kunyit.
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu besar lada hitam
2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
3 daun ulat bulu
4 tangkai daun kesom
2 tangkai daun kadok
1 ikat pucuk paku hijau
1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
5 tangkai daun cekur manis
5 tangkai pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
1 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk lada
Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bubur nasi.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau hingga cukup rata dan sayur layu.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!