Resipi Puding Karamel tanpa telur. Bagi anda yang ada alahan terhadap telur tetapi teringin nak makan Puding Karamel, resipi perkongsian saudari Yus Sue ini boleh anda cuba. Bebas telur, nampak mewah dan menyelerakan. Malah menurut empunya resipi, tekstur puding ni sangat lembut, wangi dan sedap. Jadi selamat mencuba!
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
BAHAN GULA HANGUS:
2 sudu makan gula pasir | boleh tambah jika suka lebih karamel
1 sudu teh pes vanilla @ esen vanilla (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan gula hangus, tabur gula ke dalam loyang bersaiz 8 inci. Leta kata sdapur dan masak guna api kecil hingga gula menjadi perang. Ratakan di keseluruhan loyang. Ketepikan.
Untuk puding pula, satukan semua bahan diatas. Masak guna api sederhana. Aduanan mesti sentiasa dikacau agar tepung tidak berketul-ketul.
Masak hingga mendidih dan adunan kelihatan sedikit pekat. Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam atau hingga puding mengeras.
Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang. Boleh hias mengikut kreativiti masing-masing.
Kalau anda pencinta baking, tentu saja membuat kek yang satu ini sangat mudah. Rasanya pun sedap. Anak-anak gerenti suka.
Kek Span Chocolate Rice
Bahan-bahan:
250gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
225gm gula pasir
4 butir telur
180 ml air soda
1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu makan emulsifier (pelembut adunan)
150 gm chocolate rice
Cara memasak:
1. Kacau telur, gula dan emulsifier hingga gula larut dan tekstur adunan mengembang.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit dengan kecepatan sederhana.
3. Masukkan air soda, lalu kacau hingga semua rata.
3. Masukkan chocolate rice, lalu kacau hingga rata. Tuang ke dalam loyang kek mini yang dilapisi kertas roti.
Letak sedikit chocolate rice di atasnya.
4. Kukus selama 15-20 minit dalam kukusan yang sudah dipanaskan.
5. Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit @yummy.idn
ADA YANG NAK MEMBELI BARU PERIUK KUKUS, BOLEH LIHAT DI SINI.
Bosan dengan nasi putih je, apa kata hujung minggu ni anda masak nasi bertumis untuk memberikan kelainan rasa. Ini ada enam menu nasi yang ringkas dan kebanyakan bahan-bahannya ada di dapur anda. Pilih je mana yang anda dan keluarga suka.
Belum cuba belum tahu, dah cuba nak buat lagi… Jadi jomlah kita masa aneka nasi yang super ringkas dan sedap ni. Nasi ni juga boleh dimasak sebagai juadah di Hari Raya nanti.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1kg beras bashmati | rendam 30 minit, tos
1 liter air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 cawan puri tomato
3 sudu minyak sapi
2 sudu minyak masak
1 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
3cm halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunya cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? Resipi mudah perkongsian saudari Nur Aqilah Jufri ini anda boleh cuba. Fishball @ Bebola Ikan Goreng sahaja… Ya, macam yang ada dijual di pasar malam tu. Cicah dengan sos cili thai, waduh, nikmatnya… Anak-anak pasti suka ni. Jom lihat cara-caranya.
1.Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam, telur dan air ke dalam bekas.
2. Gaul kesemua bahan sehingga jadi pekat dan tepungnya tidak berketul-ketul.
3. Seterusnya masukkan bebola ikan @ fishball yang sudah dibilas dengan air dan ditoskan.
4. Gaul rata bebola ikan tadi bersama tepung sehingga semua bersalut sempurna.
5. Cucuk bebola ikan dengan lidi sate atau jika tiada lidi, boleh terus digoreng begitu sahaja juga tiada masalah.
6. Pastikan bebola ikan digoreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Fishball Goreng ini sedap dimakan bersama sos thai yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya sos nya tidak terlalu pekat.