Bagi penggemar manisan, Puding Gula Hangus atau Puding Karamel perkongsian resipi oleh saudari Khairun Nisa ini merupakan salah satu resipi yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ringkas dan senang sahaja cara penyediaannya. Boleh cuba bila-bila masa yang anda inginkan.
Hotel Crystal Crown PJ memang kaya dengan idea bakeri dan pastrinya. Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi berkongsi resipi pistachio biscotti dan karipap pastri ayam yang sungguh enak.
.
Biscotti dibakar dua kali untuk rasa rangup dan ringan berongga. Manakala karipap ayam penuh berperisa dengan kulit pastri puff memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba, boleh dijadikan sajian petang yang menambat selera.
PISTACHIO BISCOTTI BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
200gm tepung gandum
140gm gula
3gm tepung penaik
150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata. 2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan. 3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit 4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. 5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis 6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup. 7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar selama dua kali Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali Keistimewaan : Ringan dan rangup Anggaran kos : RM 20
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
CHICKEN CURRY PUFF BAHAN-BAHAN :
6 keping puff pastri | siap dijual di pasaraya
1 cawan isi ayam | dibuang tulang
1 biji bawang besar | dicincang
1 biji telur | dipukul
1/4 cawan air | untuk memasak inti
2 sudu besar minyak masak | untuk menumis inti
1 sudu teh garam | atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk kari
3 biji telur rebus | dibelah dua.
2 biji kentang
CARA MEMASAK :
Untuk inti : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak 3. Masukkan kentang hingga empuk, dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam 4. Tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan 4. Masukkan air, dan tutup semula dan biarkan hingga inti betul-betul masak. 5. Potong telur rebus belah dan ketepikan.
Untuk menyediakan curry puff : 1. Ambil kepingan pastri puff dan potong tiga segi atau bentuk yang dikehendaki. 2. Masukkan 1 1/2 sudu besar inti dan letakkan ditengah,masukkan hirisan telur rebus, ambil lagi sekeping pastri dan tutup di atasnya 3. Tekan keliling pastri, boleh gunakan garfu sampai melekat. 4. Sapukan telur yang dipukul di atasnya, agar ia masak emas keperangan. 5. Bakar di dalam ketuhar, selama 12 minit (atau sampai keperangan) dalam ketuhar bersuhu 160 darjah C.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Paf dan pastri Keistimewaan : Inti kari ayam dan telur rebus mengenakkan pastri puff Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda memilih untuk membuat pastri sendiri, simpan dalam peti sejuk dan buat sehari lebih awal.
RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor
Panas panas ni dapat makan puding dingin dari peti sejuk ni memang nyaman sangat kan. Ni dia puding buah naga @ dragon fruit yang mengancam selera dengan warna unggu yang cantik dan nampak begitu sedap.
Bahan-bahan utamanya adalah agar-agar, susu cair dan buah naga, kos minima tetapi kelazatannya memang maksimalah. Kalau tak suka manis, boleh aje kurangkan sedikit sukatan gulanya.
PUDING BUAH NAGA SUSU * Guna loyang 7 inci
BAHAN-BAHAN :
1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali 20 gram
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
CARA MEMASAK : 1. Tuangkan air ke dalam periuk, dan masukkan agar-agar tali. Kacau sampai larut dengan api sederhana.
2. Masukkan susu cair, dan kemudian letak gula. Letakkan sedikit sedikit, kalau rasa dah manis okay aje, tak payah nak habiskan secawan tu. Ikut selera dan tahap kemanisan yang disukai.
3. Akhir sekali masukkan potongan buah naga. Tak payah lama, supaya buah naga tak hancur. Potongan naga tu cantik bila dah mengeras puding nanti.
. 4. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin
Berbaloi untuk dicuba nih, hidang lepas makan tengahari nanti tau.
Kredit : cuti_makan
via FB : Senangnya Masak
ANDA GEMAR MEMBELI BELAH CARA ONLINE. JOM LAYARI DI SINIUNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.
Mi kicap yang paling ringkas dengan bancuhan sos kicap istimewa dan minyak bawang putih untuk rasa yang menyelerakan. Ditambah lagi dengan aroma minyak bijan dan taburan bijan.
MI KICAP SAYUR ALA CINA
BAHAN SOS KICAP: (untuk 1-2 hidangan)
Halia
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masukkan sedikit air dan masak biar sampai pekat sedikit.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
6-7 ulas bawang putih – cincang halus
Minyak (agak-agak lebih sedikit dari bawang)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng bawang putih sehingga kekuningan, terus tutup api. Ketepikan.
BAHAN MI:
Ada yang menggunakan mi kuning, boleh juga menggunakan mi kering seperti yee mi, mee kolo, mi segera. Ikut selera tekak masing-masing.
BAHAN LAIN:
Sayur sawi
Minyak bijan
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan sos yang dibancuh kedalam mangkuk.
Selepas itu letakkan mi dan 2-3 sudu minyak bawang serta sedikit minyak bijan.
Gaul sampai sebati dan bolehlah dihidangkan di dalam mangkuk
Hias dengan bijan dan sayur yang dicelur.
Boleh juga kalau hendak letak isi ayam atau daging.
INFO:
Jika hendak rasa pedas boleh hiris cili padi dan letakkan sedikit kicap cair.
Cuba resipi Tempe Goreng Pedas Daun Limau yang rangup, wangi dan pedas memikat. Rahsia rangup sempurna & cara memasak yang mudah, sesuai untuk snek atau lauk harian.