Kalau ada famili besar atau anak ramai, nak makan piza memang banyak belanjanya. Harga piza sekarang pula memang bukan murah. Takkan nak makan sekeping seorang saja, memang tak puas.
Untuk lebih jimat jomlah buat sendiri. Boleh guna cara yang paling mudah, tak perlu susah-susah uli doh untuk roti, kita buat piza cara ekspres. Guna roll up wrap saja. Hasilnya akan jadi macam piza kulit nipis dan boleh dapat 5 keping piza.
Paling best, pizza simple dan ekspres ini hanya guna empat bahan saja. Cara membuat boleh ikut perkongsian Salsabila Hisham.
Pizza simple dan ekspres
Hasil pizza ini macam ala-la Domino roti nipis tu. Cuma perlu empat bahan saja iaitu
Roti Wrap Gardenia
Sosej
Mozarella Cheese
Lada Benggala
Ads
Cara membuat
Letak roti wrap atas baking paper. Letak sos tomato nipis atas roti, kemudian susun sosej (boleh guna sosej Ayamas Cheese) yang dihiris nipis. Nak tambah bahan lain pun boleh.
2. Kemudian tabur lada benggala yang dihiris memanjang (boleh guna lada benggala kuning, hijau atau merah).
Ads
3. Paling penting tabur mozarella cheese, boleh letak tebal jika suka. Pastikan guna jenis keju ini untuk efek keju tarik macam piza biasa.
4. Seterusnya boleh bakar dalam oven dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit. Api atas dan bawah.
Ads
5. Pastikan roti agak garing baru angkat. Hasilnya boleh dapat 5 biji pizza. Boleh makan sampai puas. Rasa tak cukup buat lagi.
Anda penggemar pastri? Resipi ni pastinya anda harus cuba! Pastri yang rangup dan inti yang enak. Memang kombinasi yang mengasyikkan!
PUFF TUNA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
Puff pastry secukupnya
Kuning telur secukupnya | untuk disapu atas puff
BAHAN INTI:
150gm isi tuna (dalam tin) | toskan
2 sudu makan mayones
1 labu bawang besar | potong dadu
2 biji cili merah | buang biji & cincang/hiris
Daun bawang secukupnya | cincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Keluarkan puff pastry (segera) dari peti sejuk dan biarkan ia pada suhu bilik. Ketepikan.
Campurkan kesemua bahan inti dan gaul rata.
Terap puff pastry mengikut cita rasa dan isi sesudu inti ke dalamnya. Tutup puff dan rapikan tepinya. Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung. Sapu sedikit kuning telur ke atas puff.
Bakar pada suhu 170C selama 10-12 minit atau hingga puff keperang-perangan.
Ada banyak roti kat rumah? Haa boleh buat Smoky Roti Pizza ni, guna roti biasa je pun dah boleh dapat hasil pizza yang premium. Gerenti anda puas hati! Bau Smoky Roti Pizza ni bila dimasak memang enak tak terkata. Lagi-lagi bila menggunakan keju Chesdale Smoked untuk mendapatkan rasa dan aroma salai yang sebenar, memang umphhh! Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Selamat mencuba!
SMOKY ROTI PIZZA
Bahan-bahan:
6 keping roti
4 sudu besar puri tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar mixed herbs
30 keping pepperoni
4 ulas bawang putih | dicincang
6 keping Chesdale Smoked
Cara Memasak:
Campurkan tomato, sos cili, sos tomato, mixed herbs dan bawang putih.
Sapukan campuran sos tadi di atas roti, letakkan keju Chesdale Smoked dan kepingan pepperoni.
Bakar di dalam ketuhar selama 170°C selama 10 minit – 15 minit.
Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Roti adalah salah satu makanan yang sangat sedap kalau kita kreatif mengolahnya. Makan roti bersama telur dan kepingan daging juga sudah cukup mengenyangkan. RASA kongsikan cara membuat roti dengan telur hancur dan kepingan daging.
ROTI DENGAN TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.