Pau kampung atau pau homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kini, tak perlu pun beli kerana anda boleh hasilkan sendiri pau sedap pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mawar Berduri. Pasti puas hati.
RESIPI DOH PAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan susu pekat manis
5 sudu makan minyak masak
½ paket yis (mauripan) – campur dengan satu cawan air. Kacau dan tunggu hingga naik buih
Inti pilihan secukupnya – inti kacang merah ( boleh beli di kedai bahan bakeri)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan tepung gandum, susu pekat manis, minyak masak dan bancuhan mauripan. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Rehatkan doh dalam bekas bertutup dan biarkan selama 30 minit.
3. Bila cukup masanya, ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan letak inti kacang merah dengan secukupnya. Lapik dengan kertas minyak supaya tidak melekat pada periuk.
4. Susun pau tadi di dalam periuk kukusan dan kukus selama 4 minit.
Ads
5. Untuk adunan ini, boleh dapat 15 biji pau.
Ads
INFO RASA: Selain inti kacang merah, anda juga boleh guna inti coklat, kaya, kastad, kentang, daging, sambal bilis atau sardin. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Menu makan malam ni min kongsi cara nak buat Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah makan malam, sangat mudah menyediakan dan sedap rasa. Menurut Puan Hidayah, zaman dulu dulu, zaman maknya, murtabak crackers ni diguna sebagai hantaran. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.
MURTABAK CREAM CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula- saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap.
800gm daging kisar ramli (2 bungkus)
2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu.
2 biji cili merah dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris halus
Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar, saya guna jenama good day
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi dialaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis
3 biji bawang putih
1 inci halia 1 biji bawang besar 1 sudu makan cili giling (saya tak letak sebab tak mahu pedas, budak budak yang nak makan) 3 sudu makan rempah kari daging
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakat kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
Cara menyusun biskut
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan menyucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masaklah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan pada dawai redai. Keluarkan dari loyang biarkan sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Tip 1. Tunggu sejuk baru diterbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak. 3. Tumis guna butter sikit,campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Biasa lihat tuna dalam tin yang tertera ‘ketulan tuna dalam air’ yang banyak dijual di pasaraya? Kalau nak tahu, tuna jenis ini didatangkan tanpa campuran perisa lain dan anda boleh gunakannya untuk hasilkan pelbagai jenis masakan enak. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Salah satu menu paling best yang boleh masak guna tuna ni ialah jadikannya sebagai inti Kuih Cara Berlauk. Memang sedap! Jom cuba. Pasti puas hati.
KUIH CARA BERLAUK EKSPRESS INTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
200ml santan
1 ½ cawan air
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam
BAHAN INTI:
1 tin tuna dalam air
1 biji cili merah
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
Tomato ceri secukupnya | dipotong 4
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, telur dan santan. Gaul sebati.
2. Letakkan pewarna, garam dan air. Bancuh adunan hingga sebati dan tak berketul. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, campurkan tuna, daun bawang, daun sup dan hirisan cili. Gaul rata.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Sapu sedikit minyak pada acuan dan panaskan menggunakan api kecil.
6. Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan sudukan inti serta tomato ceri.
7. Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
8. Setelah kuih masak, angkat dan ulang langkah hingga adunan habis.
Ni dia kue negro daripada tepung pulut dan tepung jagung yang sedap dikunyah. Berperisa koko dan pandan sedap makan sejuk dari peti ais.
Resipi yang dikongsi Farisha Sofea ni memang unik namanya Kue Negro asalnya dari tanah seberang, Indonesia. Di sana kuih dieja Kue yang Negro tu dah namanya macam ni..hee
CARA MEMASAK : 1.Satukan semua bahan bahagian coklat . 2.Kacau sebati . tapiskan . 3.Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah digris . 4.Kukus selama 10 – 12 minit . 5.Di dalam bekas lain , satukan semua bahan bahagian hijau . 6.Kacau sebati dan tapis . 7. Apabila adunan coklat sudah masak , tuang pula adunan bahagian hijau hingga memenuhi acuan 8. Kukus lagi selama 10 – 12 minit . 9. Ulang sehingga habis . 10.Apabila sudah sedikit suam , keluarkan kuih .