Cara buat kek batik yang sebenar macam inilah…Bukan saja sedap, tetapi juga memukau dari segi rupa. Dihasilkan oleh Farizah FieMarissa, kek batik ini tampil unik dengan lukisan corak batik di atasnya, menjadikannya bukan sekadar pencuci mulut, tetapi juga karya seni.
Menggunakan resipi kek batik lembut popular oleh pempengaruh Khairul Aming sebagai asas, Farizah mengolahnya dengan kreativiti tersendiri. Menariknya, kek istimewa ini turut dijual sebagai salah satu produk beliau.
Lebih istimewa lagi, beliau tidak lokek berkongsi ilmu. Dalam satu hantaran di grup masakan terkenal di Facebook, Farizah berkongsi resipi lengkap dan teknik lukisan corak batik pada kek.
Cara buat kek batik yang sebenar
Ads
“Inilah namanya kek batik, batik. Saya lukis guna buttercream saja sebab kurang sabar nak handle white chocolate untuk canting. Kali pertama try lukis batik, banyak lagi yang perlu diperbaiki,”ujar Farizah.
Resipi Kek Batik Khairul Aming
Bahan-bahan
1 ketul mentega
1/2 tin susu pekat
2 biji telur
1 cawan Milo atau jenama lain
1/2 cawa susu cair
2 paket biskut Marie-patahkan
1 sudu teh serbuk kopi (jika suka)
1 sudu teh garam
Cara membuat
1. Panaskan kuali, cairkan mentega. Selepas cair, masukkan susu pekat.
2. Seterusnya tuang Milo dan serbuk koko. Kacau rata.
3. Selepas sebati masukkan susu cair Bersama serbuk kopi dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan biskut Marie yang dipatahkan. Kacau hingga coklat mengenai semua biskut.
Ads
5. Selepas coklat rata, letak dalam Loyang dan mampatkan. Sejukkan di dalam peti.
6. Untuk topping, masak chocolate coin dengan kaedah double boil. Kemudian curah atas kek batik yang sudah keras. Selepas coklat kering, bolehlah menghias mengikut citarasa.
Mulut teringin nak mengunyah kek . Kalau beli pun belum tentu dapat memenuhi citarasa. Kek Span Marble susu ni tak rugi membuatnya memang nyata sedap. Mana taknya bila campuran tepung jagung, susu tepung dan susu segar bersatu. Memang lemak berkrim dan nikmat terasa.
Raya tinggal beberapa hari je lagi. Bagi yang belum cukup bekalan biskut raya, boleh cuba resipi Chocolate Chip Cookies ni. Rangup dan sangat sedap! Nak buat pun mudah. Jom cuba!
CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN:
3/4 buku mentega ( mentega yang seberat 250gm. Ambil 3/4 sahaja)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan cip coklat
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga sebati sahaja.
2. Kemudian masukkan telur, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul lagi hingga rata.
Biasa kita dengar kek coklat moist aje, tapi kek Nescafe moist pun ramai penggemarnya. Bila membakar aroma kopinya harum mewangi. Apa tidaknya dalam ramuan ada nescafe, emulco kopi dan paling best ada serbuk koko juga. Memang mantaplah
Ni resipi kek nescafe moist yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans, buatnya pun tak lah susah sangat. Penggemar kopi dan koko pasti suka.
KEK NESCAFE MOIST
BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu besar ovalate
1 sudu kecil kopi emulcoe
*mix sampai kembang
Bahan diayak :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar nescafe halus
1 sudu kecil baking powder (serbuk penaik)
1sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
*kemudian tambahkan bahan ini ke dalam campuran yang dah kembang tadi : 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK : 1. Masukkan campuran tepung, dah selesai kacau guna tangan pun boleh. 2. 1/2 tin air nescafee latte panaskan dalam periuk 3. Tuangkan dalam adunan dan kacau 4. Panaskan pengukus, isi adunan dalam loyang dan kukus 30 hingga 40 minit
.
5. Topping terpulang kepada citarasa masing-masing.
Bayangkan anda duduk di sebuah kafe dengan secawan kopi premium di tangan, sambil dikelilingi suasana berinspirasikan jenama fesyen jalanan paling ikonik dunia. Itulah pengalaman...