Siapa tak suka dengan ikan bakar ni, makan pula dengan nasi panas-panas. Memanglah layan. Kalau tekak nak merasa resepi ikan bakar sedap, ini min kongsikan. Nak guna untuk segala jenis ikan pun takpe janji ikan. Siakap, pari ke selar ke semua boleh. Kena plak cicah dengan air asam. Meleleh leleh air liur .
Bahan pes ikan bakar: 2 inci lengkuas 3 inci halia 5 batang serai 8 biji bawang merah 1 biji bawang Holland 1 sudu udang kering @ jika tak ada guna belacan 8 biji cili padi. – boleh tambah kalau nak lg pedas berapi 3 biji cili merah 3 helai limau purut
Cara memasak: 1. Kisar semua bahan sampai lumat. 2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu. 3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping . 4.Tumis smpai pecah minyak. *nak bakar ikan, lumur jer atas ikan tu,letak dalam aluminium foil. Balut bagi kemas bakar atas dapur. *udang dan sotong pun sesuai juga. *tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
Sambal Air Asam KISAR: 7-10 biji cili padi (ikut citarasa nak pedas bubuh lebih) 2 biji cili besar(merah) 2 biji bawang merah 2 sudu pes asam jawa adabi 1 sudu belacan Garam gula(secukup rasa) Dah siap kisar, campur dengan bahan hirisan di bawah: 1 biji tomato-hiris 3 biji cili padi -hiris 1 biji bawang besar-hiris 2 biji limau nipis(perahkan) Gaul semua bagi sebati. Kredit resipi : Habeebah Md Daud
Hidangan Ayam Masak Kurma wajiblah pekat, barulah sedap bila dimakan. Nak sediakan pun mudah. Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam, lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang. Kali ini mari kita cuba resipi Ayam Masak Kurma seperti yang dikongsikan resipinya oleh Nor Azimah Ali
RESIPI AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK DIKISAR:
1/2 ekor ayam 1/2 biji kelapa (dibuat santan) boleh juga guna santan kotak 5 ulas bawang merah –BELI ONLINE 2 ulas bawang putih –BELI ONLINE 1 inci halia seinci –BELI ONLINE Sepotong lengkuas-BELI ONLINE
4 sudu makan rempah kurma 1 sudu makan rempah kari bancuh dengan air Rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih) 1 biji kentang 1 biji bawang Holland potong besar-besar –BELI ONLINE 1 biji tomato Sedikit cili padi –BELI ONLINE
CARA MEMASAK:
1.Tumis rempah 3 beradik sehingga naik bau.
2. Tuangkan bahan yang dikisar. Tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan bancuhan rempah kurma/kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Biar isi ayam kecut dulu, supaya rempah sebati dengan isi ayam. Barulah sedap rasanya.
5. Apabila isi ayam sudah kecut, barulah masukkan santan, garam dan tunggu hingga mendidih.
6. Masukkan kentang, bawang besar, tomato dan cili padi.
7. Biarkan seketika. Padamkan api. Siap untuk dihidangkan.
Apa sarapan anda pagi ini? Kalau anda sudah jemu dengan makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan makanan berat yang seangkatan dengannya, apa kata anda cuba menu berasaskan roti pula.
Resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.
RESIPI ROTI PISANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)- Beli sini
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)
CARA MEMBUAT:
1. Sapu majerin di atas roti.
2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.
3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.
4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.
6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.- Beli sini
7. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kek Fruits Pastry menjadi trending di media sosial sekarang. Pernah viral suatu masa dahulu ketika tahun 2010 kini resipi ini seperti membuat ‘comeback’ mengejutkan semua yang gemar mem’baking’. Rugi jika kamu tidak mencuba resipi ini memang mudah dibuat dan sedap! Selamat mencuba.
Resepi adalah dari gabungan dari Glazed, Kak Rima dan juga Kak Azlita Aziz. Sebenarnya bila tengok balik resepi ketiga tiga ni lebih kurang sama. Beza 10 – 20 gram saja.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 : Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik. Dan bukan juga keras kejong. Yang sedang sedang saja . Pukul bersama dengan gula caster sehingga menjadi creamy.
LANGKAH 2: Okay, cun dah. Adunan menjadi creamy, dan bertukar warna menjadi sedikit putih.
LANGKAH 3: Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan lahan. Sampai telur hilang dari pandangan saja. Jangan over beat masa ni.
LANGKAH 4: Masukkan campuran bahan kering yang sudah diayak tadi. ( ayat buku resepi)
LANGKAH 5: Kau orang pun mesti hampir hampir terlupa pasal dua benda alah ni kan. Haha. Sepatutnya kena masuk masa selepas masuk telur tadi. Layan Tik Tok la ni sampai lupa.
LANGKAH 6: Terakhir sekali, masukkan Greek Yogurt atau Sourcream. Beli dah lama dah Yogurt ni tapi baru kesempatan nak buat. Expired date pun di saat hari kek ini dibuat. Haha.
LANGKAH 7: Ini adunan yang dah sebati serasi bersama. Wangi sungguh. Bau Vanilla, bau masam lemon zest, bau butter lagi.
LANGKAH 8: Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8inc yang telah diglis dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu. Basic baking tu kan.
LANGKAH 9: Maka susun lah buah buahan mengikut kreativiti masing masing ya. Seeloknya cari buah yang masam masam dan tidak ‘watery’. Tapi kalau nak rare, letak buah tembikai pun boleh.
LANGKAH 10: Sedia untuk diseksa didalam oven selama 45 minit. Suhu 160c atas bawah.
TIP:
Cucuk dengan lidi / cake tester untuk pastikan kek dah betul masak. Nak cucuk dengan jari pun boleh kalau kebal. Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan.
Untuk dekorasi, boleh dust dengan snow powder atau icing sugar. Kalau nak buat jual, seeloknya guna snow powder, ianya tahan lama berbanding icing sugar. Tak larut dalam kek.
Potong siap siap. Buat minum petang ibu ibu di taman petang ini sambil membawang.
Jika diikutkan resepi nya seakan Sourcream Buttercake saja, kemudian diletakkan buah buahan diatas adunan sebelum dibakar. Maka terhasil lah satu gabungan rasa masam manis kehidupan.
NOTA: Ini adalah Vanilla Flavour jenis oil based. Banyak brand dijual. Antara nya brand Chef Amer. Beza antara Vanilla Essence kebanyakkan ialah jenis water based. Bau nya akan hilang akibat dari sejatan semasa proses pembakaran kek. Jadi bertukar lah pada Vanilla jenis oil based, bau tetap kekal dalam produk sekalipun diseksa berjam jam di dalam oven.
Ketahui cara pilih ketam segar dengan 10 tip mudah untuk mendapatkan isi yang padat, manis dan berkualiti. Panduan lengkap sebelum membeli ketam di pasar atau pasar raya.