Resipi Ibu Sambal Kicap perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni memang pelbagai guna dan sedap. Hanya satu resipi ni, anda boleh menikmatinya dengan pelbagai hidangan seperti Bihun Sup, Soto, Tauhu Bergedil, Pisang Goreng dan bermacam-macam lagi. Malah Sambal Kicap ni juga tahan lama. Sekali buat, boleh tahan berbulan-bulan. Best kan? Jom cuba. Pasti puas hati.
RESIPI IBU SAMBAL KICAP ALA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
Sedikit gula
Secubit garam jika perlu
CARA MEMASAK:
Ads
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili padi serta bawang putih hingga kekuningan. Angkat. ( Cili padi perlu dipatahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan ia meletup masa menggoreng.)
2. Masukkan bahan goreng tadi ke dalam bekas pengisar.
3. Masukkan kicap. Kuantitinya sehingga menutupi paras bahan tadi.
4. Tambahkan kicap pekat dan kicap cair untuk warna sambal yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut cita rasa. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sambal hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh tambah perisa jika perlu.
7. Ibu Sambal Kicap ni sesuai dinikmati bersama pelbagai sajian makanan seperti Soto, Bihun Sup, Bergedil Tauhu dan lain-lain lagi.
CARA SIMPAN IBU SAMBAL KICAP SUPAYA TAHAN LAMA
Ads
1. Masukkan sambal kicap ke dalam bekas yang bertutup.
2. Guna sudu kering setiap kali mengambil sambal dari dalam bekas.
3. Sambal Kicap akan memekat bila disimpam lama dalam peti sejuk. Jadi boleh tambah air masak dan kacau sebati. Jika perlu, perasakan ikut cita rasa anda.
Istimewa buat anda yang suka beli barang secara online, RASA nak kongsi voucer FREE SHIPPING yang boleh guna hingga 30/6/2020. Boleh beli macam-macam. Tak payah susah payah ke kedai. Memang berbaloi!
Kebanyakan orang Kedah mesti tahu sambal lengkuas kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam.
Namun menurut pemilik yang berkongsi resipi ini, Jona MJ, lebih suka makan dengan nasi kosong atau ratah begitu saja pun sedap.
Resipi ini diajar oleh ibu mertuanya yang merupakan orang Baling, Kedah.
RESIPI SAMBAL LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
2 penumbuk lengkuas muda – beli online di sini 15 batang serai – beli online di sini 30 biji cili padi (kalau tak suka pedas, boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh, ikut selera) – beli online di sini Belacan (besar ibu jari) – kalau nak lebih pun boleh – beli online di sini 4 sudu besar kerisik (nak lebih pun lagi sedap) – beli online di sini Garam secukup rasa 5 biji limau kasturi | diperah nak airnya saja (perah lepas semua dah tumbuk) – beli online di sini
*Saya simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan, baru ambil sikit dan campurkan dengan kerisik. *Tip: kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Sambal ni jadi macam serunding.
Bila bercakap tentang biji getah, pasti ada yang teringat memori pada zaman kanak-kanak bermain dengannya. Itu pun kalau duduk di kampung, tapi bagi warga kota mungkin ada yang tak pernah tengok atau silap hari bulan tak pernah main pun dengan biji getah ni kan?… Lagi pelik kalau cakap biji getah boleh dimakan.
Makan biji getah?
Ya, kenapa tak percaya? Selain menjadi salah satu alat permainan kanak-kanak, bermain laga buah getah, biji getah juga digunakan sebagai makanan dengan cara diperam. Kalau nak tahu Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang.
Asam Rung
Tiada benda lain yang nak dimakan?
Sebetulnya biji getah memang boleh dimakan. Tetapi cara memakannya bukanlah seperti memakan kekacang. Biji getah harus diproses dahulu. Cepat cuba resipi pelik ni. Barulah rare kan!!
Resipi Sambal Biji Getah / Sambal Rong
Bahan-bahan:
Cili padi
Biji getah
Garam
Cara-cara membuatnya:
Kupas kulit getah yang keras untuk mengambil isi dalamnya.
Buang kulit ari.
Nak mudah, keringkan dulu biji getah sehingga biji getah lekang dari isinya.
Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat.
Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat.
Kredit resipi: rileklah
Boleh cuba juga sambal kaw-kaw berapi pasti buat kamu menangis. Klik link RASA.
Sedapnya Yong Tau Foo. Hidangan ini sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan ia mudah didapati di pasar-pasar malam. Rahsia keenakan hidangan ini terletak pada sosnya. Jika sedap rasa sos, makan enaklah sajian Yong Tau Foo yang disediakan. Bagi anda yang nak sediakan sendiri hidangan Yong Tau Foo untuk ahli keluarga, resipi kuah hitam dan kuah merah perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang boleh dicuba.
BAHAN KUAH HITAM
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan taucu
2 sudu makan sos masam manis
3 sudu makan kicap pekat manis
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu makan cili kisar
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan sos masam manis
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...