Bagi penggemar Donat gula klasik, resipi perkongsian saudari Mizzmoon Moon ini antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan yang sukar.
Jika anda ada bread maker, gunakan sahaja. Mudah. Namun jika tiada, uli sahaja doh menggunakan tangan. Hasilnya sama gebu dan elok.
Jom cuba resipi ni. Bolehlah buat untuk suami dan anak-anak nanti. Buat untuk jualan pun sesuai.
RESIPI DONAT GULA KLASIK YANG SEDAP, LEMBUT & GEBU
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Guna fungsi no.9 menguli selama 30 minit atau boleh uli guna tangan sahaja.
2. Bila adunan telah sebati dan kenyal, keluarkan dari bread maker dan terus timbang doh seberat 30 gram sebiji. Terus rounding kemas @ bulatkan.
3. Biarkan doh seketika. Selepas 10 minit, tekan doh dan leperkan. Buat lubang di tengahnya.
4. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam.
5. Goreng donat guna api perlahan. Balik-balikkan sekali sahaja setiap permukaan supaya dapat ring donat yang cantik dan donat tidak meresap minyak.
6. Setelah diangkat, sejukkan donat sebentar.
7. Kisar dan haluskan sedikit gula kastor kemudian boeh terus boleh bedakkan donat tadi.
Bila dapat makan kuih muih melayu yang cukup rasa, terasa kepuasannya dan terimbau zaman lalu. Oleh kerana penyediaan mempunyai langkah yang tertentu membuatkan rasanya pun sedap. RASA kongsi resipi kuih muih melayu yang disukai ramai.
PULUT PANGGANG SAMBAL IKAN
BAHAN-BAHAN SAMBAL IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
8 biji cili kering | dikisar halus
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1/2 inci halia | dikisar halus
5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
4 sudu makan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
2.Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
3.Setelah bahan tumis nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
4.Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga sambal kering dan berderai.
2.Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah dua sudu makan minyak masak.
3.Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang dan sudukan satu sudu makan pulut. Ratakan.
2.Letakkan dua sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
3.Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
4.Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Gunakan inti bercampur dengan ikan rebus selar/tenggiri.Rasanya bartambah lazat dengan gandingan kelapa pedas bersama isi ikan dan pulut lemak manis.
1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Bahan A –
Pukul telur hingga kembang. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacaukan.
Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau lagi sehingga sebati.
Bahagian luar (warna hijau)
Ambil enam helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat. Satukan adunan bahan A dan bahagian luar (warna hijau).
Bahan Inti
Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara penyediaan
Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
Tuangkan adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
Balut periuk kukus dengan kain supaya air tidak menitik. Kukus bahan hingga 7-8 minit atau hingga masak.
5.Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jangan sesekali lupa untuk alas kain pada penutup periuk pengukus supaya wap air tidak terjatuh pada permukaan kuih semasa proses mengukus agar permukaan kuih licin dan cantik.
BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
2 kilo ubi kayu kuning @putih.
2 ½ cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Sagu dari ubi kayu
CARA MENYEDIA DAN MEMASAK:
Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
Kemudian sagat ubi dengan sagat kelapa.
Setelah habis sagat perah ubi dengan kain bersih untuk mengeluarkan airnya.
Air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 minit di dalam mangkuk atau besen.
Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan-lahan dan akan dapati sagu ubi kayu.
Kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
Tuang adunan dalam acuan yang telah disapu dengan minyak kelapa atau butter.
Bakar dalam oven 180C selama 11/2 jam atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan ubi yang disagat/diparut terkumpul sagu ubi yang banyak sebelum bancuh adunan yang lain. Semakin banyak dapat sagu ubinya lagi sedap bingka ubi tu
LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pisang, yang sudah dilecek
1/4 cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN :
Panaskan periuk kukus.
Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
Sudukan adunan sebanyak tiga sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Info chef: Elakkan menggunakan pisang yang kelat dan masam seperti pisang nangka.Pisang yang terbaik adalah pisang emas atau restali.manis dan lemak.
ONDE-ONDE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum (untuk elak daripada kuih terlalu liat)
1 cawan jus pandan (boleh juga gunakan air kosong dengan pewarna pandan)
2 keping gula melaka (dipotong dadu)
1/2 biji kelapa parut muda (diambil bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
Bancuh tepung pulut, tepung gandum, garam dan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka ditengahnya dan bentukkan seperti bola.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut.
5. Apabila timbul, angkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan buah melaka dalam kelapa parut muda bercampur sedikit garam.
7. Siap dihidangkan.
Info chef: Kelapa parut di stim terlebih dahulu supaya tidak cepat basi.
Apam bakar resepi tradisi yang mudah untuk disediakan. Makan kosong tanpa tapai, ragi atau pisang pun sedap tapi kalau nak lebih flavor boleh juga tambah bahan-bahan seperti yang disebutkan tadi. Syahida Mohd Azmi berkongsi resepi turun-temurun keluarganya untuk sarapan pagi. Tak cukup satu kalau makan ramai-ramai!
Resepi Apam Bakar
BAHAN-BAHAN:
2 Cawan Tepung beras
1 Cawan Tepung gandum
Yis – 1 ½ sudu besar / nak guna setengah paket pun boleh (paket yang 11g)
Air suam – 1½ cawan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan kecuali air.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tak terlalu cair tak terlalu pekat.
Perap selama 30 minit.
Goreng guna kuali ‘non stick’, api kecil dan tutup penutup dia macam dalam gambar.
Boleh dimakan bersama nyiur. (Kelapa parut tu gaul-gaul dengan sedikit garam)
Tips:
Nak bagi lebih lembut dan sedap, kena tambah pisang lecek 2,3 biji.
Cucur Udang Jagung ni memang sedap jika dipadankan dengan Kuah Kacang. Kombinasi keduanya membuatkan sajian ini jadi kegemaran ramai. Cara membuatnya pun tidak sukar. Sesuai bagi anda yang taka da banyak masa di dapur. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK CUCUR UDANG JAGUNG & KUAH KACANG TANPA SANTAN
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!