Terasa nak makan karipap tapi tak rajin nak uli doh dan masak intinya? Resipi Karipap Telur ekspress perkongsian saudari Sakura Hanami ini antara yang terbaik yang anda boleh cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hanya perlukan prata segera yang ada dijual di pasaraya dan intinya hanya bahan yang cukup ringkas. Jika mahukan inti yang lebih berperisa, boleh sesuaikan mengikut selera masing-masing. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KARIPAP TELUR EKSPRESS
BAHAN-BAHAN: Roti prata sejuk beu segera (flaky/plain) Telur Cili merah – hiris Bawang besar – hiris Daun sup – hiris Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ambil sekeping roti prata. Letakkan di dalam pinggan berlekuk. Tujuannya supaya telur tidak meleleh keluar bila dimasukkan nanti.
2. Taburkan hirisan cili dan bawang besar hiris dengan secukupnya.
Ads
3. Seterusnya pecahkan sebiji telur, tabur sedikit garam dan juga hirisan daun sup dengan secukupnya.
4. Tangkupkan prata dan kelim bahagian hujungnya. Tekstur prata yang lembik, memang agak mencabar untuk mengelim.
5. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana panas dan goreng karipap tadi. Jangan besar sangat nanti doh hangus, tetapi dalam masih mentah.
6. Bila karipap masak, teksturnya berminyak. Jika ada, masukkan karipap ke dalam air fryer untuk mengurangkan minyak. Masak seketika pada suhu 140C selama 10 minit.
7. Jika tiada air fryer, boleh guna teknik sama menggunakan ketuhar. Hasilnya memang tidak berminyak berbanding ditoskan menggunakan tisu.
8. Karipap Telur sedia untuk dinikmati.
NOTA: Prata jenis kosong (flain) juga sedap. Bak kata empunya resipi rasanya sedap, lembut dan rangup halus.
Di kalangan warga selatan atau Johor, sup tulang merah ni memang cukup popular. Dihirup begitu sahaja atau makan dengan nasi dan roti, perrghh past ilicin pingan. Menurut empunya resipi Lailawati Ahmad sup ni main campak aje, InsyaAllah menjadi. Senang la kot membuatnya.
Kata empunya resepi sup tulang merah atau Bonesteak main campak taruk je ok. Nak tahu jadi ke tidak kenalah cuba kan..
SUP TULANG MERAH
BAHAN-BAHAN : • 6 kg tulang kaki kambing
Bahan-bahan rempah:
• 2 cawan sos cili
• 1 1/2 cawan sos tomato
• 1 cawan tomato puri
• 4 cawan lada kering blend (nak lebih pun ikut suka)
• Bawang merah 1 cawan setengah (bersihkan)
• Bawang besar 2 hingga 3 biji (bersihkan)
• Bawang besar dan bawang merah bersihkan | kisar
• Halia besar ibu jari kaki, | belah dua ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan dia
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Basuh bersih tulang-tulang lepas tu masukkan dalam periuk yang sesuai.
2. Masukkan bahan-bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
3. Bila dah nak dekat masak tulang-tulang tu baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya.
4. Letak sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi.
5. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada dekat tulang-tulang tu lembut.
6. Setiap 10-15 minit kacau-kacau sup tu, bila daging yang ada dekat tulang-tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
7. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit dan masaklah sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis ye.
. Resepi: Lailawati Ahmad FB : Petua & Resepi CitarasaKu
Sedapnya Daging Goreng ThaiTyle perkongsian Chef Azahari Abdullah ni. Bahan-bahan nampak mudah dan hasilnya pun buat rasa tak sabar nak cuba. Anda bercadang nak masak lauk daging hari ni? Resipi terbaik ni antara yang boleh dipertimbangkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING GORENG THAI STYLE
BAHAN-BAHAN:
800gm daging
5 sudu teh biji ketumbar – dikisar / ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk / dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – dikisar / ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Mentega atau marjerin untuk menumis
BAHAN SOS:
3 sudu makan serbuk cili thai
Gula kabung atau gula somtam – jika tiada, guna 2 sudu makan gula putih
2 sudu makan beras – sangai dan kisar halus
2 sudu makan jus limau nipis
3 sudu makan air asam jawa
Kicap sotong atau sos ikan secukupnya
3 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
Daun ketumbar & daun bawang secukupnya
Sedikit air – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kemudian satukan dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.
3. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi. 4. Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging keluar dan daging kelihatan keperangan. 4. Tambahkan sos. Gaul sebati dan masak lagi hingga daging empuk.
Masak sup fishball pun sedap. Letak di dalam bihun goreng atau mi goreng sebagai bahan tambahan juga enak. Dalam menyediakan masakan ini, carilah fishball yang bertanda halal, lebih puas menikmatinya. Fishball ni boleh juga dibuat secara homemade. Buat sendiri lagi terjamin kebersihannya. Kalau ada yang nak cuba buat dikongsikan resepi.
HOMEMADE FISHBALL
Bahan-bahan:
6 ekor ikan sardin/ikan kembung/ikan Selayang
Lada hitam
Garam
2 sudu besar tepung ubi
Air secukupnya
Sup bunjut
Daun saderi
Cara membuat:
1) Guna ikan sardin, ikan kembung atau ikan Selayang.Ikan yang banyak isi sesuai je. Hiris nipis ambil isinya sahaja (kisar sampai hancur). Kalau nak rebus dulu pun boleh cuma manis ikan tu kurang sikit. 2) Masukkan lada hitam sikit, garam bukit sikit.Kalau siapa suka pedas nak letak paprika pun boleh 3) Masukkan tepung ubi dan gaul rata. 4) Panaskan air kalau nak sedap letak sup bunjut dan daun saderi masa didih kan air tu. Sementara gentel bulat-bulat.Masukkan dalam air tu tadi, biar 3 minit.ok siap masak. 5) Kalau suka sayur, tambah sayur dalam adunan ikan tadi gentle-gentel jadi lah bebola ikan dan sayur.
*bebola ikan ini boleh untuk makan tengah hari atau malam sebelum pukul 7. Sedap kalau dibuat sup boleh makan macam tu je. Setiap hidangan 4 hingga 5 biji cukup yang lain boleh frozenkan nak makan tinggal terjunkan je dalam sup ke dalam sayur ke.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.