Burger Malaysia atau pau sambal ini asalnya biasa-biasa saja. Tapi bila ia datang dengan pau goreng yang gebu, isi sambal mewah disumbat ikan bilis garing dan salad kerinting yang segar, burger Malaysia ini jadi premium.
Burger Malaysia versi kayangan ini diilhamkan oleh Azlina Ina. Nampak sedap sungguh kan. Beliau turut berkongsi resipi burger Malaysia istimewa ini untuk kita cuba sendiri. Nak buat berniaga pun boleh, dihalalkan katanya.
Burger Malaysia kayangan
Bahan-bahan untuk sambal
10 ulas bawang merah dan 2 labu bawang besar belah 4
1/2 genggam bilis halus
4 ulas bawang putih
(Kisar 3 bahan di atas dan ketepikan)
20-30 tangkai cili kering (rendam air panas tos & kisar dengan sedikit air masak dan minyak supaya biji lada hancur)
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
Garam, gula dan perisa
Minyak masak
Cara membuat sambal:
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Lebih pun tak mengapa. Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
Ads
2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan gula biasa sedikit ikut kemanisan yang dikendaki, tambah gula melaka seketul.
3. Masak api perlahan, lagi lama lagi sedap (Mak ina akan masak akan lebih dari 2 jam ya. Dah garing tambah air sikit-sikit sampai sambal bertukar warna maroon dan minyak naik atas permukaan.
4. Akhir sekali baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa, lebih kurang 1 sudu besar.
Sambal yang dimasak lama, akan lebih tahan lama jadi untuk berniaga lebih bagus masak lama.
Untuk sambal ini mak masak 3 jam, tambah air banyak kali sampai pekat dan sebati jadi tak sakit perit bila makan. Boleh simpan luar 7-8 hari tak basi dan tak rosak.
Bahan untuk doh
BAHAN A
1 kg tepung High Protein
Garam sedikit.
150gm gula
40 gm susu tepung
10 gm yis
5 gm bread improver
BAHAN B
550 gm -air sejuk
1 biji telur
BAHAN C
100 gm marjerin – 100gm
Ads
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan. Pukul speed 1 bagi bahan-bahan bercampur.
2. Ubah speed 2 bila doh dah betul betul sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai elastik.
3. Rounding kan 35g, untuk sukatan ini 1 kg dapat 50 biji.
4. Kemudian tabur sikit tepung atas tray. Tutup doh dengan wrap biar selama 30 minit.
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana ya. Dah goreng tos.
Ads
6. Tip untuk burger nampak cantik, warna sekata waktu panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas. Biar larut baru goreng burger.
7. Waktu isi burger pastikan sambal tadi jangan ceduk bahagian minyak supaya tak meresap dalam burger (sebaiknya ceduk dulu minyak, ketepikan). Masukkan ikan bilis yang digoreng garing dan juga salad segar.
Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.
Chef Muhammad Aizat Sha’rani (kanan sekali) dan pasukan
Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
500 gm makaroni
50 – 80 gm mentega
2 sudu makan tepung gandum
500ml susu segar
250 gram keju parut (shredded)
6 ekor udang | dibuang kulit
Setangkai daun parsli | dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk. 2. Udang direbus. Angkat dan tos. 3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan. 4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau. 5. Masukkan udang dan cendawan. 6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api. 7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati. 8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata 9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa 10. Masukkan daun parsli dan kacau rata. 11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 25 hingga 30 minit Cara memasak: Rebus dan reneh Jenis masakan: Sajian barat Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef :Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna @gandum
2 sudu teh serbuk penaik
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan mentega | dicairkan
1 1/2 sudu makan gula kasterr
1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder. 2. Pukul telur hingga betul-betul kembang. 3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati. 4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan. 5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang Waktu memasak:15 hingga 20 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Waffle Belgium Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung serba guna
1sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
4 cawan gula putih
½ cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan minyak masak
Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. 2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih. 3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Letakkan adunan di dalam beg piping. 6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F. 7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan. 8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A) Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef :Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
300gm tepung gandum
6 gm yis
20 gm mentega
10 gm gula halus
1 sudu teh bread improver
¼ sudu teh garam
1½ sudu makan madu
170ml air
1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
1 cawan isi ayam | dicincang halus
1 biji bawang besar | dihiris dadu
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
2.5 sm halia | ditumbuk halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan rempah kari daging
½ sudu makan sos tomato
Sedikit daun bawang | dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
5 biji cili padi
¼ batang lobak merah
Sedikit parutan keju cedar
Sedikit air
CARA MEMASAK : Doh: 1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. 2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. Inti ayam : 4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. 5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. 6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan. Calzone : 7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan. 8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. 9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan. 10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu 11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang Waktu memasak:30 hingga 40 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef :Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging cincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang besar holland |dicincang
1 cawan sup tomato
1 cawan puri tomato
½ cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
12 biji bun burger
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing. 2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak. 3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala 4. Sudukan daging cincang di atas roti burger. 5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger Waktu memasak:30 hingga 35minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan: Burger Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Hangat di grup-grup masakan resipi Creamy Chicken Thai Bread ni. Nampak sedap kan? Cara membuatnya mudah sahaja. Tidak perlu bakar pun. Hanya goreng sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tahrunnisah Jali ni.
Resepi Bun:
500gm tepung gandum
80gm gula yang dikisar halus/kastor
5gm garam
20gm susu tepung
5gm bread softener
5gm bread improver
12gm instant yis
1biji telur saiz A atau 2 biji saiz c – (Pecahkan dalam mangkuk dan tambah garam. Kacau hingga sebati)
70gm mentega / saya guna shortening
225gm air sejuk /kalau guna 2 biji telur saiz c, kurangkan air kepada 180-190gm
BAHAN SALUT:
Serbuk roti oren & putih
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan keringke dalam bekas. Ketepikan.
2. Pukul telur bersama garam. Ketepikan.
3. Campurkan yis ke dalam gelas berisi air suam. Tambah 1 sudu teh gula kastor, Biarkan 5 minit sehingga ia berbuih dan mengembang.
4. Masukkan bahan cecair iaitu bancuhan yis dan juga telur ke dalam campuran bahan kering. Uli hingga sebati.
5. Masukkan butter atau shortening. Uli hingga doh licin dan elastik dalam 20-30 minit.
6. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik sekali ganda.
7. Setelah doh kembang, tumbuk doh. Kemudian bulat-bulatkan doh seberat 30gm setiap satu. Rehatkan lagi selama 15 minit.
8. Sediakan serbuk roti ( breadcrumb). Campurkan kedua-duanya dan pecahkan telur di dalam bekas berasingan.
9. Ambil doh yang telah direhatkan selama 15 minit tadi dan celup ke dalam bancuhan telur.
10. Kemudian golek-golekkan ke dalam bekas berisi serbuk roti tadi. Lakukan hingga habis doh.
11. Letakkan doh diatas loyang dan biarkan selama 10 minit. Tutup permukaan roti dengan kain atau plastik.
12. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan doh yang bersalut breadcrumb tadi. Masak hingga kekuninggan menggunakan api sederhana.
13. Angkat dan toskan minyak.
Bahan Inti Creamy Chicken:
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji bawang besar | dipotong dadu
2 ulas bawang putih | dipotong dadu
2 keping dada ayam | dicincang halus
1/2 biji capsicum hijau | dipotong dadu
1 biji tomato | dipotong dadu
5 biji cendawan butang | dipotong nipis
1 sudu kecik lada hitam | tumbuk
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dalam periuk. Masukkan tepung gandum. Kacau sekata selama 3 minit. Kemudian masukkan susu segar.
2. Masukkan perapan ayam (ayam diperap dengan garam dan lada hitam tumbuk selama30 minit) dalam periuk tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan bawang,capsicum, cendawan butang dan tomato. Sentiasa kacau untuk elakkan inti hangus. Setelah inti kelihatan pekat, padamkan api.
4. Potong bahagian tengah roti dan masukkan inti.Hias mengikut kreativiti anda.
Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh atau pastri dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI * sesuai untuk pai bersaiz besar
Kredit Foto : pinterest.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.