Bagi yang suka mencuba resipi-resipi homemade, hari ni menu yang boleh anda cuba ialah Bebola Ayam homemade @ homemade chicken balls. Resipi yang dikongsi oleh saudara Farid Sham Qaseh Pakcik ni sememangnya menjimatkan. Malah kualiti, rasa serta kebersihannya juga lebih terjamin. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BEBOLA AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg isi ayam (dikisar / cincang)
300 gram tepung ubi
5 ulas bawang putih.
1 sudu teh serbuk perasa
1 sudu teh garam
1 sudu baking powder
1/4 sudu teh serbuk lada hitam / putih.
1/4 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung ubi & baking powder) di dalam bekas besar. Gaul rata.
Ads
2. Kemudian masukkan tepung ubi dan gaul lagi. Adunan tak boleh terlalu lembik. Jika lembik, tambahkan tepung ubi.
3. Masukkan baking powder dan gaul sehingga sebati.
4. Sementara tu didihkan air dalam periuk. Bila air dah mendidih, boleh memulakan proses membulat-bulatkan adunan tadi.
5. Bentukkan bebola menggunakan tangan kiri. Tangan kanan digunakan untuk memegang sudu bagi tujuan memasukkan bebola ke dalam periuk berisi air mendidih.
Ads
6. Bila bebola dah timbul ke permukaan air bermakna iadah masak dan boleh diangkat.
Ads
7. Toskan terlebih dahulu kemudian boleh disimpan dalam bekas untuk
8. Boleh dinikmati pada bila-bila masa ikut citarasa.
Masakan tradisional Kelantan seperti ayam percik dan kerutup memang digemari ramai, namun kedua masakan ini bukan hanya sesuai di musim perayaan tetapi juga sebagai hidangan untuk makan tengahari atau malam keluarga. Kedua menu ini sebenarnya mudah disediakan, tak percaya anda boleh cuba ye, resipi ada disediakan di sini.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kali ini RASA ingin kongsikan cara buat ayam masak merah dengan menggunakan versi paling simple. Yalah, kadang kita tak ada banyak bahan di rumah untuk membuat ayam masak merah yang cukup lengkap bahannya seperti resipi masakan kenduri.
Nah, dengan bahan-bahan paling minimum, anda sudah boleh menikmati ayam masak merah yang sedap.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
1/2 senduk cili kering (direbus dan dibuang biji)
5 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
BAHAN-BAHAN
8 ketul potongan ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit air (jika suka ada kuah)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
CARA MEMBUAT
1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam namun jangan terlalu kering.
3. Angkat ayam dan kurangkan minyak masak.
4. Dengan sedikit baki minyak masak yang ditinggalkan dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
6. Jika suka berkuah sedikit, masukkan air.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan potongan bawang besar.
9. Gaul sebati sehingga keseluruhan sos membaluti ayam.
10. Siap!
Inilah dia resipi ayam masak merah yang cukup simple. Tidak perlu serai dan bahan-bahan lain. Sesuai untuk orang bujang.
Back to basic. Cara paling mudah goreng ayam rangup ala-ala kfc. Jimat dan boleh di nikmati panas-panas. Jom ikut cara Puan Noorastella masak ayam rangup . Pasti tak cukup satu nanti.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!