Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Tokyo perkongsian saudari Izza Howzin. Ia juga dikenali dengan nama ApamManja. Nak cuba? Ini resipinya.
APAM TOKYO/APAM MANJA
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
1 cawan tepung gandum – diayak
1/2 sudu teh serbuk penaik – diayak bersama tepung
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan marjerin cair
Secubit garam
BAHAN INTI KASTARD PANDAN:
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan air pati pandan pekat
1 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan didalam periuk atau kuali.
IKLAN
2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat.
3. Padamkan api dan sejukkan inti.
4. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke atas kuali tidak lekat dan sudukan inti dengan secukupnya.
IKLAN
7. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.
8. Sedia untuk dinikmati.
IKLAN
Apam Tokyo ni juga sedap jika menggunakan inti Kastard dan Kaya.
BAHAN UNTUK INTI KASTARD:
1/2 cawan tepung gandum – diayak
1 sudu makan tepung kastard – diayak
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak/cair
1 sudu teh pewarna
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Masak guna api sederhana besar dan masak hingga likat.
BAHAN INTI KAYA:
60gm gula
125ml air panas
1 sudu makan tepung jagung
170gm gula
300ml santan
3 biji telur
Daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula menjadi gula hangus. Masukkan air panas.
Satukan semua bahan lain dan bancuh hingga larut.
Tuang bancuhan ke dalam periuk berisi gula hangus. Masak sehingga likat.
Jika nak hasilkan kaya yang seperti yang dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika. Hasilnya memang cantik licin.
Info: Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh juga menggunakan coklat.
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
Pukul telur sampai kembang
Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Ini dibawakan secara DIY cara membuat samosa menggunakan kulit popia yang senang sesangat. Kalau ikut langkah demi langkah gerenti jadi punya. Selain sedap dan ringkas resipinya, apa kata anda buat lebih kemudian frozenkan dan boleh jual di kalangan rakan-rakan. Mana tahu boleh dijadikan bisnes sampingan untuk pendapatan tambahan.
SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1 cawan hirisan kubis
1 cawan parutan lobak merah
1 biji bawang merah | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lada sulah
Minyak masak | untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
LANGKAH 5: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Resipi apam solo ini sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tak kira waktu pagi atau petang. Boleh buat dalam kuantiti yang banyak.
Ikut saja resipi yang diberikan oleh puan Haslindawati Omarini. Resipi ini menggunakan acuan lompang kecil lebih kurang 55 pcs/Cup kertas paling kecil)