Sedapnya kuih Apam Balik panas-panas ni. Sekeping je tak cukup. Tapi ramai yang tak berani nak cuba masak secara homemade sebab tak ada dapur khas. Usah risau sebab walau tak ada dapur khas untuk apam balik, anda masih boleh masak kuih ni. Guna kuali non stick je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.
RESIPI APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu cair / full cream
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
Ads
CARA-CARA: 1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat. 2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat. 3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati. 4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan). 5.Perap adunan selama 1 jam.
BAHAN TABUR / INTI:
Ads
Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 tin jagung manis
Mentega / marjerin secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin. 2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi. 4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
Ads
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat. 6. Sedia untuk dinikmati.
Petua:
Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.
Potato Fritters atau CucurKentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek minum petang untuk anak-anak dan suami. Ada pelbagai jenis resipi yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS) SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang – kupas kulit dan parut
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun sup/ daun bawang secukupnya
Sedikit emping cili ( chilli flakes)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.
2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Cekodok Labu perkongsian saudari Zurila Ghani ni. Nampak sangat menyelerakan. Menurut empunya resipi lagi, cekodok ni memang lembut. Kalau buat pagi sampai ke malam masih lagi best. Jom cuba. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.
CARA BUAT CEKODOK LABU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 potong labu
2-3 sudu makan santan
Air secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Susu pekat manis secukup rasa
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Buang kulit labu, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan, sedikit garam dan sedikit air hingga tenggelam labu. Rebus hingga empuk.
3. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis. Biar ada rasa lemak-lemak manis. Jumlah tepung pula pastikan lebih dari labu.
4. Adunan pastikan tidak lembik. Cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Jika lembik, nanti cekodok akan serap minyak.
5. Panaskan minyak dan goreng cekodok guna api sederhana hingga garing dan masak sempurna.
6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Pulut Pagi antara popular di kalangan masyarakat Pantai Timur. Menu ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, ini min sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
Kukus atau tanak pulut bersama daun padan hingga masak.
Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!