Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak.  Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga..

COKODOK PISANG

Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
  • 2 sudu makan marjerin
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
  2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
  3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
  4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO:

  1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
  2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
  3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
  4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

APAM PISANG GEBU

Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

BAHAN-BAHAN

  • 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan
  • 4 biji telur A
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam (optional)

CARA PENYEDIAAN

IKLAN
  1. Panaskan kukusan. 
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  3. Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
  4. Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
  5. Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil2.(Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
  6. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (Jika gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 – 45 minit).

INFO:

  1. Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka.
  3. Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.

Kredit resipi & foto:  Lyza Sweetnely

BINGKA PISANG

Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci)

  • 1 sisir pisang masak (10 – 13 biji) – di lenyek kasar
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3/4 cawan gula pasir*
  • 1 cawan santan*
  • 1 cawan susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan kemudian baru di potong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.

 Kredit resipi & foto: Yatie

IKLAN

LEMPENG PISANG

Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg pisang Abu | lenyekkan
  • 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
  • 5  sudu makan gula kabung
  • Sedikit garam halus
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
  2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
  4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
  5. Enak dihidangkan panas-panas.

BANANA FILLED FRENCH TOAST

Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • Roti Bata
  • Nutella / Peanut Butter Lady’s Choice
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu kotak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji pisang (dihiris bulat)
  • Butter

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
  2. Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket ditengah. Sapu nutella dibahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang didalam poket.
  3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit butter. Biarkan masak kekuning-kuningan.
  4. Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)

Kredit resipi: Aimi Muhamad

BANOFEE PIE

Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
  • 2 biji pisang ranum | dihiris
  • Hirisan coklat secukupnya
  • 200gm krim putar

BAHAN KERAK:

  • 200gm biskut digestive
  • 50gm mentega
  • 80gm gula
  • 50gm serbuk badam

BAHAN KRIM:

  • 2 biji kuning telur
  • 45gm gula kastor
  • 25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
  • 50gm dairy heavy cream
  • 200gm susu segar

CARA PENYEDIAAN

  1. Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
  2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
  4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
  5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
  6. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
  7. Sedia untuk dinikmati.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI