Sup daging, sup tulang, sup perut dan sebagainya memang sedap. Makan panas-panas, kuah semangkuk pun habis. Namun  dalam sedap kita menikmati hidangan, tak sedar banyak rupanya lemak-lemak yang menyebabkan kolesterol tu dah kita telan. Aduhhh…

Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan nak nikmati sup secara lebih ‘tenang’, boleh cuba kaedah ni. Agak melambatkan kerja-kerja memasak tetapi berbaloi demi kesihatan yang baik. 

Selalunya sebelum memasak sup, anda akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu supaya empuk. Sup yang terhasil bukan sahaja mengandungi pati-pati daging malah lemak juga. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau  tulang.

CARA ASINGKAN LEMAK DARI  SUP 

1. Mula-mula rebus daging atau tulang dengan air biasa hingga empuk.

2. Kemudian asingkan daging dan tulang.  Sejukkan sup seketika.

IKLAN

Cara Buang Lemak Dari Air Rebusan Daging & Tulang. Barulah Sedap Buat Sup!

 

3. Ambil ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel . Celup mangkuk berisi ais tadi di permukaan sup (sila rujuk gambar) selama beberapa minit.

IKLAN

Cara Buang Lemak Dari Air Rebusan Daging & Tulang. Barulah Sedap Buat Sup!

4. Hasilnya, lemak-lemak yang ada dalam sup akan melekat pada mangkuk. Ulang beberapa kali hingga anda puas hati. 

Cara Buang Lemak Dari Air Rebusan Daging & Tulang. Barulah Sedap Buat Sup!

IKLAN

5. Cara lain untuk asingkan lemak dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.

 

Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.

 

Kredit petua & foto: Nileya Nazri

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI