Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail boleh dijadikan panduan
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
Ads
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
Ads
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Ramai yang buat stok sambal siap masak di rumah untuk memudahkan kerja memasak. Bila dah ada sambal siap masak ini senang nak buat pelbagai lauk sambal. Cuma ceduk dan gaul saja nanti.
Tapi selalunya sambal ini tak tahan lama kalau tak diletakkan dalam peti ais. 2-3 hari boleh jadi dah tak elok dimakan. Supaya tahan lama boleh gunakan retort cara kampung yang diajar oleh penjual sambal hijau, Wan N Wan M.
Katanya sambal tahan lebih lama jika sebelum disimpan dibuat proses ‘retort’ ini. Caranya turut dikongsi oleh beliau. Berikut adalah perkongsian Wan N Wan M.
Ini cara saya untuk sambal hijau saya buat tahan lama. Boleh letak dekat luar lebih kurang sebulan tanpa perlu simpan dalam peti sejuk.
Tapi, kalau dah buka penutup, kena simpan dalam peti ais lah. Bila nak makan boleh rendam botol kaca tu dalam air panas untuk cairkan minyak.
Kaedah ini dipanggil ‘retort’ cara kampung. Kalau nak diikutkan, ada mesin khas untuk retort makanan. Tapi buat niaga kecil-kecilan dekat rumah, inilah kaedah paling mudah untuk sambal tahan lama.
1. Sediakan electric steamer atau periuk pengukus biasa.
2. Susun sambal yang siap dimasukkan dalam botol dan ditutup kemas dalam periuk pengukus. Kukus selama 30 minit.
3. Dah siap kukus keluarkan dan boleh disimpan di luar peti ais dan boleh tahan selama sebulan Jangan buka penutup sambal kecuali bila hendak dimakan.
Inilah hasilnya.
Tip
Jika dah dibuka untuk makan, dan tak habis kenalah simpan dalam peti ais. Bila nak sambung makan, rendam botol dalam air panas saja.
Info
Retort ini dalam bahasa mudahnya adalah dapat meningkatkan jangka hayat makanan. Produk yang siap dimasak telah dipanaskan pada suhu pensterilan dalam beberapa minit bertujuan menghapuskan bakteria dalam makanan dan menghalang ia daripada rosak.
Lauk ayam goreng memang hampir setiap hari ada atas meja. Tapi bagi yang mengamalkan pemakanan sihat atau mahu jimatkan minyak, ramai yang memilih goreng menggunakan airfryer.
Walaupun begitu tetap juga menggunakan sedikit minyak supaya hasil ayam goreng sedap. Namun sebenarnya ada cara menggunakan air fryer untuk menggoreng ayam tanpa menggunakan setitik pun minyak. Dikongsi Tsu Feh Sufiah kaedah ini juga menghasilkan ayam goreng yang sedap dan rangup.
Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Cuba tengok hasil ni! Misi goreng ayam tanpa minyak berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup. Nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam.
Caranya senang saja;
1. Basuh bersih ayam
2. Lumurkan ayam dengan ;
– Bawang putih (tumbuk lumat)
– Sedikit halia (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit serbuk & garam
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer , suhu 180 darjah. Masa 15 minit.
Notak: Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
Ramai mak-mak tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos. Namun pernahkah ada waktunya anda ingin menggunakan tepung jagung tapi dah kehabisan. Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung. Sebenarnya boleh saja tukar dengan tepung lain yang ada di dapur. Berikut beberapa tepung yang boleh digunakan sebagai gantai tepung jagung :-
Tepung Ubi
Tepung yang diperbuat dari ubi kayu ini mempuyai rasa dan warna hampir sama dengan tepung jagung, Sebab itu kalau anda gunakan sebagai penganti tepung jagung, ia tidak akan mengubah rasa. Cara penggunaannya, anda hanya perlu larutkan tepung ubi dalam air mendidih, Jangan guna air sejuk kerana ia tidak larut dalam air sejuk. Namun pastikan nisbah airnya adalah betul, jika kurang hasil bancuhan akan menjadi pekat kenyal. Tepung ubi juga tidak sesuai untuk makanan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, sebab itu ia lebih sesuai sebagai campuran dalam tumisan dan sup.
Tepung Beras
Tepung beras adalah alternatif terbaik penganti tepung jagung. Teksturnya lebih pekat padat tidak lembik ata kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggunakannya, satu sudu makan tepung jagung bersamaan 3 sudu makan tepung beras. Ia sesuai digunakan untuk campuran dalam sos atau tumiasan, jika dicampurkan dalam bahan gorengan ia akan memberikan tekstur rangup.
Tepung Serbaguna
Tepung gandum serba guna adalah campuran tepung gandum rendah protein dengan tinggi protein. Namun tepung ini ada sedikit bau tepung, oleh itu ia sesuai anda gunakan untuk makanan yang kuat bau supaya engan bau tepung tidak akan begitu ketara. Sifatnya hampir sama dengan tepung jagung, ia boleh membantu memekatkan kuah masakan. Jika ingin menggunakan tepung ini nisab penggunaannya adalah satu sudu makan tepung jagung bersamaan dua sudu makan terpung serba guna.
Tepung Sagu
Tepung ini berasal dari batang pokok sagu. Pati sagu yang menjadi tepung ini mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, sebab itulah tepung ini boleh memekatkan masakan. Jika digunakan dalam kuih muih seperti biskut ia akan memberikan tekstur yang rapuh.
Tepung Kentang
Tepung ini diperbuat dari kentang, namun ia tidak berbau atau memberi kesan rasa kentang. Ia antara tepung paling sesuai sebagai penganti tepung jagung. Nisbah penggunaannya sama sahaja, anda boleh selaraskan ikut cita rasa. Namun semasa mencampurkannya dalam masakan, perlulah menggunakan api sederhana.
Diharapkan dengan info ini anda boleh manfaatkan dalam mengolah pelbagai jenis masakan kegemaran anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api gaya Ori Nismilan dengan petua hilangkan getah menggunakan limau kasturi dan asam keping. Resipi kampung yang lemak, pedas dan sangat menyelerakan.