Tak seronok jadinya bila tengah basuh pinggan dan sinki tiba-tiba tersumbat. Terus potong mood. Perkara ini pastinya terjadi kerana lebihan makanan yang terkumpul hingga menyebabkan saluran paip tersumbat. Untuk elak masalah ini daripada berlaku, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Norliza Zakaria. Mudah sahaja dan paling best, modal hanya serendah RM6.40.
CARA ATASI MASALAH SINKI TERSUMBAT
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- Cuka – RM3.50 – beli online DISINI
- Soda bikarbonat – RM2.90 – beli online DISINI
- Air panas yang baru mendidih
CARA-CARA:
1. Tabur soda bikarbonat pada lubang sinki. Letak banyak pun tidak mengapa.
2. Biarkan seketika.
3. Kemudian, curahkan cuka. Biarkan dalam 10 minit. Hati-hati dengan tindak balas cuka dan soda bikarbonat.
4. Curahkan air panas yang baru mendidih.
5. Kemudian, buka air paip dan pastikan air mengalir laju. Itu bermakna sudah tidak tersumbat.
Kredit: Norliza Zakaria
Anda mencari SODA BIKARBONAT? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Tanam Daun Pegaga Sendiri Di Rumah. Boleh Buat Air Rebusan Berkhasiat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cerita Peti Sejuk. Inilah 10 Cara Simpan Makanan Yang Sebenarnya.
Peti sejuk ibarat penyelamat kepada makanan-makanan agar tetap segar ketika dimakan dan boleh disimpan untuk jangka waktu yang relatif. Namun, sayangnya ada beberapa bahan makanan tertentu yang ternyata tidak bertahan lama. Atau, bahan makanan tertentu akan menimbulkan bau yang menyengat sehingga merosakkan makanan lain.
Okay, supaya kita tidak terus membazir, ambil tahu dulu cara menyimpan yang sebenar agar lebih tahan lama dan rasa makanan tersebut tetap asli dan terpelihara.
- Jangan mencuci buah sebelum disimpan kerana akan mempercepat pembusukan. Macam mana ya?
- Buah-buahan tidak memerlukan kelembaban yang tinggi. Hindari mencuci buah sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk karena akan merosakkan kelembaban sehingga mudah busuk. Letakkan buah-buahan di rak tengah yang terbuka.
- Beberapa buah tertentu seperti pisang, avocado, tembikai dan limau, tidak akan tahan lama jika dimasukkan ke dalam kulkas. Cukup simpan buah-buah ini di suhu bilik atau di udara terbuka.
- Untuk buah yang sudah dipotong, perahkan jus lemon untuk menmbuangk oksidan buah yang mencegah warna menjadi kecokelatan serta kehilangan kerangupannya. Boleh juga dimasukkan ke dalam mangkuk dengan bungkus plastik (plastic wrap).
- Untuk buah yang masih dalam keadaan segar boleh disimpan dalam selama 1 hingga 2 minggu. Sedangkan untuk buah yang sudah dipotong hanya 3-4 hari.
- Buah Epal sebaiknya dipisahkan dengan buah lainnya kerana ia mengeluarkan gas tertentu yang menyebabkan buah atau sayuran cepat membusuk
- Simpanlah secara terpisah dengan buah-buahan lain yang sudah masak..
- Agar rasa dan tekstur epal tidak berubah, simpan dengan cara membungkusnya ke dalam plastik berlubang sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Berbeza dengan buah, sayuran memerlukan kelembaban yang lebih tinggi dan lebih cepat busuk berbanding buah.
- Cuci bersih sayuran untuk mencegah bakteria yang menyebabkan daunya layu dan kekuningan. Tunggu kering sebelum memasukkannya ke dalam plastik berlubang atau dibungkus dengan kertas. Kalau cendawan wajib dibungkus kertas, kerana ia mudah berpeluh dan busuk jika dibungkus dalam plastik.
- Jauhkan dari buah-buahan dan bawang merah serta bawang putih untuk menghindari gas yang menyebabkan kekuningan.
- Letakkan di bahagian rak atau laci khusus sayuran. Sayuran dapat disimpan 2-3 hari atau lebih dalam peti sejuk.
- Simpan telur dengan meletakkan hujung yang kecil berada di bawah agar tidak cepat busuk
- Kalau nak simpan dalam peti sejuk cuci bersih telur untuk menghilangkan kotoran dan lap hingga kering.
- Simpan dalam tempat telur yang disediakan dengan meletakkan hujung yang kecil berada dibawah. Cara ini akan memastikan bekas udara yang berada di atas tidak tertekan oleh berat telur agar tidak mudah pecah busuk.
- Telur dapat disimpan dalam peti sejuk selama 3-5 minggu.
- Pastikan daging, ikan dan ayam segar tetap pada plastik pembungkusnya, atau gunakan alas piring jika tanpa pembungkus
Biarkan daging, ikan, dan unggas tetap dalam pembungkus. Kalau buka bungkusan boleh meningkatkan risiko terdedah kepada bakteria Jika daging tidak dibungkus masa di beli,masukkan dalam bekas agar kandungan airnya tidak menitis dan terkena makanan yang berada di bawahnya.
- Produk susu baiknya dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana kemasannya menjadi hal yang sangat penting
- Untuk menyimpan susu, ada baiknya menggunakan botol plastik kerana Bakteria lebih mudah tumbuh di bekas kotak dari pada botol plastik. Jika kotak susu sudah dibuka, susu harus diminum dalam waktu 7 – 10 hari.
- Biarkan keju, yoghurt, krim masam, susu, dan krim tetap dalam kemasannya. Jika sudah dibuka, jangan masukkan dalam bekasnya semula. Letakkan di mangkuk atau piring dengan bungkus plastik.
- Untuk Keju, gunakan bungkus aluminimum foil jika sudah dibuka. Untuk keju keras seperti cheddar boleh bertahan 3-4 minggu setelah dibuka. Sedangkan untuk keju seperti ricotta boleh bertahan satu minggu setelah dibuka.
- Kentang berfungsi untuk menyerap bau busuk dari bahan makanan atau makanan yang telah dimasak yang dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Sebenarnya, kentang tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk kerana zat tepungnya akan berubah menjadi zat gula. Letakkan di tempat yang lebih gelap, dingin dan jauh dari jenis bawang-bawangan. Jika terdapat pertumbuhan bercambah, sebaiknya segera dibuang.
- Untuk menyerap bau busuk dari bahan makanan atau makanan yang sudah dimasak, masukkan belahan kentang di beberapa tempat dalam peti sejuk. Belahan kentang tersebut cukup diganti setiap tiga hari sekali dengan yang masih segar.
- Pisahkan tomato dan timun, gas dalam tomato akan membuat timun cepat busuk
Sebaiknya, gunakan kertas atau surat khabar lama sebagai alas atau sebagai pembungkus agar tomato dan timun sentiasa kering sehingga lebih awet di dalam peti sejuk.
- Bungkus rapat kacang-kacangan dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Ketahanan jenis kekacang yang disimpan dalam peti sejuk sangat tergantung pada jenisnya. Sebaiknya, bungkus dengan rapat dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar dapat bertahan hingga 3-5 hari ke depan.
- Jauhkan bawang dari bahan makanan lain kerana mengandung gas dan bau yang menyengat
Cuci bersih bawang setelah dikupas atau diiris, simpan dalam bekas plastik kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar gas dan baunya tidak mencemari bahan makanan lain. Bawang boleh bertahan hingga 4 hari atau lebih.
- Sisa makanan yang dimasak, boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan tahan bocor.
- Simpan lebihan masakan dalam bekas horizontal agar boleh sejuk lebih cepat. Pastikan kedap udara dan tahan bocor.
- Jika makanan habis dimasak, sejukkan lebihan makanan dalam waktu dua jam dari memasak.
- Jangan meletakkan masakan berdekatan dengan bahan mentah lain untuk mencegah pemaparan bakteria. Aroma dari bahan mentah juga boleh terserap ke makanan.
- Makanan lebihan yang mengandungi daging boleh disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 hari.
So ada tak korang buat macam ni? Jangan kata tak payah. Cuba dulu. Selain petisejuk kemas, kita juga boleh mengelakkan pembaziran.
Dah Ambil Batang Serai Ambil Untuk Masakan, Daunnya Jangan Buang. Masih Berguna
Serai memang banyak kegunaan untuk masakan. Malah ramai kalangan kita yang menanam sendiri pokok serai ini di rumah.
Selalunya bila tuai pokok serai, kita hanya ambil bahagian batangnya untuk diguna dalam masakan sementara bahagian daunnya akan kita potong dan buang. Rugi rupanya bila dibuang.
Daun serai ini ada kegunaan tersendiri terutama untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Menurut Hasmie Harun daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh. Caranya turut dikongsi oleh beliau.
Daun serai jangan buang, masih berguna!
Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ini. Caranya;
- Waktu tuai serai ambil sekali daunnya. Kemudian potong separuh, bahagian bawah untuk kegunaan memasak manakala daunnya jangan dibuang.
2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun).
3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi)
4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Info ekstra
Daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Artikel ini diolah dari Vanilla Kismis & Hasmie Harun
Ini Cara Pilih, Simpan & Guna Daun Limau Purut Dalam Masakan.
Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.