
Cuti sekolah ni macam-macam permintaan dari anak-anak.Jom buat cakoi, kudapan
yang disukai anak-anak. Ikut langkah ini, pasti menjadi. Gebu jadinya memang sedap dinikmati. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos manis.Kalau dah pandai nanti bolehlah buat banyak-banyak untuk jualan.
Cakoi
Bahan-bahan:
4gm baking soda
5gm garam
8gm baking powder
4gm tepung kastard
500gm tepung gandum
1 biji telur
30ml minyak
230gm air suam
Cara membuat:

1.Gaul tepung.
2.Gaul dan uli tepung tadi.
3.Uli sehingga permukaan licin. Rehatkan tepung 5 minit.
4.Uli lagi sebanyak tiga kali dan rehat tiga kali.
5.Akhirnya uli memanjang. Uli di atas tepung jika rasa melekit.
6.Bungkus dan simpan dalam 5 jam.
7.Lepas 5 jam potong setebal 1 cm dan lebar 15cm.
8.Potong lebar dalam 3cm setiap satu.

9.Potong dua lapis jadi satu.Ambil kayu tekan di tengah.

10. Waktu goreng tarik panjang.

11. Selalu pusing bila menggoreng.
Kredit : Chef Hassan HenCakoi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Anda mungkin berminat dengan
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

